Powered by Blogger.

Search This Blog

The Daily Jaji



💍I never imagined that I would one day get engaged in a hanbok, away from home. It was surely a moment to remember!

Saya dan keluarga buat keputusan untuk bertunang dari jauh memandangkan masa agak suntuk kalau nak tunggu saya balik dari Korea nanti. Saya dan tunang pun dah bersedia untuk terus melangsungkan perkahwinan lepas saya balik ke Malaysia nanti (inshaallah), jadi kami pun putuskan untuk bertunang secara maya. Thanks to technology, this is all possible!


My tunang outfit, a hanbok

I only brought one baju kurung to Korea and I had worn it for raya a few times before. So for my engagement, I wanted to wear something special, and since Im in Korea, I decided to wear a hanbok. A few days before tunang, I was searching for a hanbok rental place near campus. One evening after class, I was talking to one of my students, Farida while we were walking to go back. I told her about my plan to wear a hanbok for my engagement, and she happily helped me find a hanbok from her friend! So I got to borrow the hanbok for free! Alhamdulillah. Satu urusan dah dipermudahkan. Terima kasih Farida! 


Pelamin dan hantaran tunang

Walaupun saya di Korea, rumah di KL tetap kena berseri. Saya tempah pelamin tunang ringkas daripada @pelamin_by_erynasyraf. Eryn ada bagi beberapa contoh pelamin, dan saya pilih pelamin putih dengan bunga-bunga merah sebagai penyeri. Eryn datang pasang pelamin sehari sebelum majlis dan semuanya dipasang dengan baik. Tak ada caj tambahan pun untuk penghantaran dan pemasangan, semuanya dah termasuk dalam harga pelamin. Eryn siap sediakan karpet putih lebih lagi atas permintaan saya, untuk bagi rumah lagi berseri dan tetamu lagi selesa duduk.

Untuk hantaran pula, saya berikan 7 dulang untuk pihak lelaki. Gubahan hantaran saya tempah daripada @little_lilys_creations. Saya minta tolong sahabat saya, Nuur Syuhada Tarmizi untuk ambilkan barang hantaran dari rumah dan hantar ke rumah tukang gubah ni. Terima kasih Syu 💕Untuk hantaran ni saya pilih dulang warna dengan hiasan bunga-bunga besi warna emas dan kelabu. Cantik sangat! Saya puas hati dengan hasil tangan Mira (pemilik Little Lilys Creations). Terima kasih Mira!


Jamuan tunang di Cheras

Untuk jamuan di Cheras, saya gunakan perkhidmatan katering daripada Farhana Catering Bangi. Kami pesan makanan untuk 40 orang je tapi Frafrooo kata banyak macam untuk 100 orang haha. Untuk kerusi dan meja pula kami tempah daripada @chiavarina.official. Servis mereka sangat baik, datang pasang tepat waktu dan kualiti kerusi meja pun terbaik. Kalau ada sesiapa yang teringin nak kerusi chiavary untuk majlis tu boleh cuba tengok instagram chiavarina ni.


Jamuan tunang di Yongin-si

Selama ni saya seorang-seorang je di Korea, tak ada saudara dan tak ada kawan yang betul-betul rapat. Kenalan tu ada, tapi biasanya jumpa waktu jalan-jalan je. Mereka pun sibuk dengan urusan masing-masing. Tapi satu hari tu, saya dapat DM di instagram daripada seseorang bernama Tasya, katanya dia pelajar USM dan akan datang ke HUFS untuk satu semester. Kebetulan pula Tasya anak buah Dr Roshidah (sv saya masa kat UM dulu). 

Tasya (kiri), Pijah (kanan)

At first I was like, okay, at least there is another Malaysian here that I can say hi to. Because I thought, given the age difference (6 years) and the short time of knowing each other, how close can we even be. To my surprise, we got along so well! We became so clingy in a very short time. So Tasya and her friend Pijah (now my friend also haha) had the chance to witness my tunang ceremony, and luckily I was in the mood to cook 😜

Tunang hari Ahad, tapi saya dah masak lauk siap-siap hari Jumaat malam tu. Sebab hari Sabtu saya dah kena pergi Seoul untuk ambil hanbok, dan kalau dah pergi Seoul tu biasanya memang seharian (perjalanan pergi balik je dah 4 jam). Ahad pagi dah majlis. Tinggal hari Jumaat je nak masak. Kalau kita tengok cerita krismas kan, dia ada drama sana sini lepas tu tahu-tahu makanan krismas semua dah siap, hadiah dah siap balut, pokok dah siap hias. Realitinya, saya yang masak ringkas-ringkas untuk tiga orang macam ni pun dah makan masa 5-6 jam. Dapur ada satu je, jadi kena tunggu satu lauk siap baru boleh mula masak lauk lain. Belum lagi masuk cerita pergi Daiso beli mangkuk semua. Saya pun kagum dengan kerajinan saya buat persiapan macam ni haha 😆


I made kurma daging and ayam masak merah (my Korea version recipe without bawang merah!) to be eaten with nasi hujan panas. Nasi tu tak berapa menjadi rupa dia, mungkin sebab saya tersalah sukatan air. Saya sebenarnya jarang masak guna beras ni, ni beras siam yang saya beli daripada ibu Munira (pensyarah Indonesia) semester lepas. Anyway, Im glad that my simple jamuan tunang went well! Tasya and Pijah loved the food. Malam tu pun kita orang makan malam lauk sama juga hehe.

Majlis pertunangan

Alhamdulillah, majlis pertunangan saya telah selamat dijalankan pada pagi Ahad, 5/12/2021. Keluarga pihak lelaki dari Johor datang ke rumah keluarga saya di Cheras. Saya menyaksikan urusan pertunangan saya semuanya melalui Google Meet.

There were some setbacks though. Makcu sekeluarga dan Atuk terkena Covid, jadi mereka tak dapat datang memeriahkan majlis walaupun Makculah antara yang paling semangat nak tolong-tolong masa majlis ni hehe. Kek hantaran pun Makcu yang sponsor. Terima kasih Makcu 💕

At first I was a bit nervous, but then Im happy because we managed to plan this all within two weeks! Alhamdulillah. Jadi, inilah kenangan saya bertunang secara maya. Kenangan yang akan diceritakan kepada anak cucu nanti. Semuanya berjalan lancar dan saya berterima kasih sangat kepada semua yang membantu! 💛

So I guess my blood is officially sweet now? 😜

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Baru-baru ni saya ada terima surat peringatan "extension of stay", maksudnya visa saya dah hampir tamat dan saya kena hantar beberapa dokumen untuk membolehkan saya terus tinggal di Korea lagi. 

Dah hampir setahun rupanya saya kat sini, teringat pula semua pengalaman masa mula-mula nak datang kerja kat Korea ni dulu. Kira-kira 8 bulan lepas... *jeng jeng* bermulalah perjalanan saya ke Korea. Tapi sebelum nak mulakan perjalanan tu, ada macam-macam urusan yang saya kena selesaikan. Ditambah pula dengan Covid, makin banyak urusan tu. Setakat ni, walaupun 8 bulan dah berlalu, setahu saya prosedur dan urusannya masih sama, cuma ada perubahan-perubahan kecil je. Ok lah, kalau nak tahu pengalaman persediaan saya ke Korea pada awal tahun 2021 hari tu, jomlah baca post ni... *terimalah*

1. Surat tawaran bekerja

Disebabkan Covid, kita tak boleh ke luar negara atau masuk ke negara orang lain dengan bebas *cry*. Perlu ada sebab yang mewajibkan perjalanan tu, macam kerja atau belajar. Perlu ada surat tawaran sebagai bukti. Lepas dah ada surat tawaran ni, barulah kita boleh mula buat permohonan visa.

contoh surat tawaran bekerja/certificate of planned employment


2. Permohonan visa

Permohonan visa ni kena buat di kedutaan. Masa saya terima tawaran rasmi untuk bekerja di HUFS tu, saya masih di Penang. Masa tu saya masih dalam proses nak siapkan pembetulan tesis dan tengah PKP lagi, jadi saya tak dapat nak balik KL untuk pergi ke kedutaan Korea tu. Saya telefon mereka untuk tanya kalau dokumen tu boleh pos atau minta wakil yang tolong hantar, tapi mereka kata tak boleh. Mesti datang hantar sendiri juga. Jadi saya terpaksa tangguh permohonan visa beberapa minggu dulu untuk selesaikan semua urusan di USM (submit pembetulan tesis, kosongkan bilik, etc). Lepas dah selesai semua barulah saya balik KL (sekali dengan harta lepas 3 tahun kat USM 😅).

Lepas dah ada kat KL, saya pun dengan bersemangatnya rancang untuk pergi ke kedutaan. Sebelum pergi, kita kena buat appointment dulu melalui https://consul.mofa.go.kr/en/main.do.  Kena create account dan log in dulu sebelum boleh buat appointment. Lepas dah buat, kita akan terima satu penyata macam ni:

Sebenarnya, nak dijadikan cerita (cerita sedih 😂), ada sesuatu yang berlaku masa saya dah sampai di kedutaan, dah siap dengan semua dokumen, dah masuk dan tengah beratur dah. Lepas dah masuk ke kawasan kedutaan tu, mereka ada sediakan kerusi untuk kita duduk kat luar sambil tunggu giliran untuk masuk ke dalam pejabat tu. Masa tu saya sempat berkenalan dengan seorang pelajar yang akan ke Korea untuk sambung master, namanya Aqilah. Aqilah beratur depan saya, dan lepas Aqilah keluar, saya pun dah semangat bangun dan angkat fail sambil flip shawl (dramatic effect), dah bersedia nak masuk pejabat tu. 

Tiba-tiba...

ada seorang lelaki Korea keluar dan beritahu saya suruh balik. Saya pun macam what, why?? Rupa-rupanya... pada hari yang saya datang tu, baru je ada kes positif Covid yang datang daripada pemohon visa lain, jadi mereka terpaksa tutup pejabat secepat mungkin untuk sanitasi pula. Tak ada rezeki saya nak hantar permohonan pada hari tersebut, walaupun memang dah giliran saya untuk masuk. Jadi saya kena balik dan ulang semula proses buat appointment tu untuk minggu depannya pula.

Seminggu kemudian, alhamdulillah saya berjaya hantar permohonan visa, dan saya kena semak status permohonan tu secara online di https://www.visa.go.kr/openPage.do?MENU_ID=10301. Masa tu hampir setiap hari saya buka dan semak status, masih tak ada apa-apa, sehinggalah satu hari tu...

application status: approved!

...akhirnya status saya dah berubah daripada "under review" kepada "approved"!! wehoo alhamdulillah. Lepas dah approved, kita boleh muat turun satu dokumen bernama "visa grant notice".



p/s: Dokumen untuk permohonan visa masing-masing bergantung pada jenis visa tu juga. Kalau macam saya masuk dengan visa kerja, dokumen tu termasuk surat tawaran bekerja, kalau masuk sebagai pelajar, kena ada surat tawaran belajar. Selain tu ada lagi urusan lain macam kena buat pemeriksaan kesihatan, Tuberculosis screening, dapatkan borang visa eligibility daripada universiti, dan lain-lain. Boleh rujuk di https://overseas.mofa.go.kr/my-en.

Lepas dah dapat visa tu, tu saya dah boleh maklumkan kepada HUFS untuk mereka uruskan tiket penerbangan saya pula. 

3. PCR Test

Disebabkan sekarang zaman Covid, sebelum terbang tu saya kena buat swab test dulu (72 jam sebelum). Saya buat PCR test di Klinik Putrijaya di Bandar Sri Permaisuri, dekat dengan rumah saya. PCR test tu drive thru, dan keputusan tu mereka akan bagi keesokan harinya. Alhamdulillah urusan PCR test berjalan lancar dan keputusan saya negatif..

4. Terbang ke Korea

Disebabkan tiket saya dibeli oleh pihak universiti, saya tak perlu uruskan apa-apa tentang tiket. Tahu-tahu dah siap beli.. cuma saya kena beli insurans perjalanan sendiri dan kena bayar sendiri untuk bagasi tambahan. Berat beg saya masa tu dalam 60kg juga la 😂Makanan je dah satu beg besar haha.


Sebelum dapat lepas ke boarding gate, kastam memang akan tengok semua dokumen kita sebelum dia cop pasport. Jadi penting untuk kita bawa semua dokumen penting termasuklah keputusan PCR test, surat tawaran bekerja, visa grant notice, dan lain-lain.

Saya naik Korean Air. Masa check in tiket tu, saya ada tanya kepada pekerja di kaunter tu tentang makanan atas flight nanti, sama ada halal atau tak. Akak tu kata "kalau terbang dari Malaysia semua halal dik". 

Lepas tu, fast forward to the part in the flight - after all the hugging with family and pushing my cabin bag dramatically - masa saya tengah tidur dalam flight... saya dikejutkan oleh seorang pramugari. Dia tanya, "miss, do you want Korean style rice with pork, or Chinese style rice with chikin?" 😮😮😮Masa tu saya terkejut jugalah dengar pork haha sebab tadi akak kat kaunter tu kata kalau flight yang dari Malaysia semua halal 😂

Takpa, saya pilih je rice with chikin tu tapi saya tak makan sebab was-was 😅 6 jam lebih juga saya dalam flight, nasib baik ada bekal biskut. Selebihnya saya tidur je sebab flight pun malam, tahu-tahu dah sampai. Kebetulan row yang saya duduk tu memang saya sorang je, jadi makin best tidur siap baring semua hehe..

Saya sampai di Korea kira-kira pukul 5 pagi. Lepas dah sampai tu, masih ada banyak prosedur yang perlu dilalui. Kami perlu beratur dan install satu aplikasi untuk mereka pantau kita masa kuarantin nanti, perlu isi beberapa borang, dan mereka akan tengok kesihatan kita juga. Kalau badan panas, ada simptom Covid, kena tahan dan tak boleh keluar airpot macam orang lain 😅Alhamdulillah saya tak ada simptom dan lepas kira-kira sejam setengah melalui prosedur tu, saya dah boleh pergi ke ruang menunggu untuk dijemput oleh pemandu yang dihantar oleh universiti. Kemudian bermulalah sesi kuarantin saya..

first selfie in Korea! at the airport

Jadi itulah sedikit pengalaman saya pergi ke Korea semasa pandemik ni.. ni pun saya dah ringkaskan, kalau tak sebenarnya macam banyak lagi nak cerita 😂I record it in this blog so I wont forget the memories.. and may its helpful to anyone whos coming to Korea in this Covid era. 

Now I need to get back and settle the extension of my stay here because Im staying a bit longer than a year. Tolong doakan semuanya berjalan lancar tau. See you in my next post!

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Kenapa susah sangat nak menang catur? 😑 

Sejak kebelakangan ni saya suka sangat main catur, tapi punyalah susah nak menang. I mean, I know all the rules, all the right moves, all the right places *insert All the Right Moves by One Republic here*

but I just. cant. win. 

Check is easy, but the checkmate is sooo difficult. And I will usually lose first before I get to checkmate anything 😅

My good friend Yushalify is good at Chess. Kalau tak salah dia pernah main wakil daerah. Banyak kali juga saya kalah dengan dia 😆Rasa geram sebab kita ingat kita ni dah bersedia, siang malam berlatih main catur, tiba-tiba dia boleh checkmate kan kita dengan 3 moves je 🙂Cara dia main pula takde rasa belas kasihan langsung, kesian Queen saya kena makan macam tu je. Very frustrating.

Orang kata untuk betul-betul bagus main catur ni kena belajar dari kecil, dan satu lagi kena bagus dalam matematik juga. Saya memang tak ada dua-dua kriteria tu 😅Saya belajar agak lewat, dan matematik bukanlah subjek kegemaran saya haha.. Dulu masa sekolah menengah rasanya saya pernah jadi pengerusi Kelab Catur. Masa dalam kelab tu la saya mula belajar main catur, tapi jarang sangat main betul-betul. Lepas tu dah lama saya tinggalkan catur, dan saya hanya mula main semula dalam tahun 2019. Masa tu baru saya sedar yang saya sebenarnya tak pandai main 😂

Tapi saya berazam untuk belajar dan asah kemahiran catur saya. Lepas tengok cerita The Queen's Gambit tahun lepas, semakin membara perasaan saya nak main catur. Baru-baru ni saya ada beli iPad, dan saya ada muat turun aplikasi Chess.com dalam iPad tu. Saya siap beli lagi Platinum membership dalam app tu sebab saya betul-betul nak berlatih 😠I need to channel my inner Beth Harmon 😠

game analysis on the chess.com app

But again, its been about a month since I started playing on the iPad and I have just won against Yus ONCE. Once ok. 😑Dalam berpuluh-puluh (mungkin beratus juga) game yang kami main, saya baru menang sekali je. Very frustrating, but I also like the challenge. It reminds me that I can never sit too comfortably, because there is always something that I need to learn and improve. Chess is just one of them, a good analogy for everything else in life. 

Ok, thats all I need to share in this random post. I will update about my chess journey again after I finally, successfully win one day. Hopefully that day will come 😂😠

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

I recently went for a second job interview (online) with USM. I am still with HUFS now, and the news about the renewal of my contract here will only be out by the end of the semester. Surely, as much as I love working here, I also miss home and I have to make decisions for the long term. For the long term, I do hope to be back in Malaysia.

Anyway, back to my interview with USM, I made it to the second interview! Alhamdulillah. The first interview was with the school, and the second interview was with some panels from other schools and from the university senate as well. I was sooo nervous that day! Some of the questions, I had already anticipated and practiced in advance, thankfully, but the other questions were unexpected and somehow funny for some reasons hehe. I dont know when will the results be out, but I honestly dont think too much about it. If I get it, it will be for the best; if I dont, it will also be for the best. This is how I deal with life these days: it doesnt matter, as long as I have tried my best. I believe in whatever has been planned for me, as long as I have usaha. *wow i feel so mature* 😝

So, back to the title of this post, "who are we and what are our principles?" Sebenarnya masa temu duga hari tu, saya ditanya tentang pendirian ni oleh salah seorang panel tu. She gave some introduction about how a lecturer's responsibility isnt just about teaching, it is a lot more than that. 

When things get tough, when all we think about is to satisfy the university's KPI, where will our principle stands? 

Panel tu beri contoh, "ada pensyarah, yang apabila sibuk dengan penerbitan, mula melakukan sesuatu yang tak berapa beretika, tapi dah semakin menjadi kebiasaan", dan saya faham maksud beliau. Kemudian beliau tanya tentang pendirian saya, apa pendirian saya? Basically, what kind of person will I be when I realise that this job may put me in situations that might "require" me to do something unethical? Saya ambil sedikit masa untuk berfikir sebelum saya jawab soalan tu.

Lepas dah ambil sedikit masa, saya pun mula menjawab dengan penuh berhati-hati. Jawapan saya lebih kurang macam ni intinya:

"Pada saya, apabila kita bekerja, kita memikul tanggungjawab dan amanah. Kerja tu sumber pendapatan kita, jadi sangat penting untuk kita pastikan yang kita jalankan tanggungjawab dan amanah tu sebaik mungkin. Kalau ada amanah yang perlu saya selesaikan, saya akan cuba buat sebaik-baiknya mengikut kemampuan tanpa menyalahi etika, walaupun perkara yang salah tu dah dianggap biasa." 

To carry an amanah wholeheartedly has long been one of my principles. Sometimes I do things with a REALLY heavy heart, because doing the right thing is usually difficult. Sometimes I thought if only I can take a short cut through this. But then when I think again, we have to do the right thing and do things right.  In my answer, I even added:

"...mungkin senang untuk saya cakap sekarang sebab saya masih belum berada dalam situasi tu (situasi yang memaksa kita untuk membuat sesuatu yang menyalahi etika), tapi saya harap masa tu nanti saya masih akan dapat berpegang dengan prinsip ni" (and then i stared at the screen and waited for the panels to respond 🌝)

So that question made me do a little self reflection. Mampukah aku bertahan dengan pendirian ni? About doing the right thing and doing things right. Im not sure if my answer was what they wanted to hear, but Im happy they asked. At least I get to ponder on who I want to become, not just as a lecturer or a public servant, but also as a person. Setiap kerja yang kita pegang tu satu amanah, bukan sekadar bekerja untuk dapat gaji pada akhir bulan.

I know it might be easy for me to say these things now, because Im not there yet. That "desperate" times are not here yet. I also know that we are sometimes doomed to make mistakes. Im not justifying whats wrong/unethical, but I also have no rights to judge those who might have taken the shortcuts, maybe they had their reasons. But still, I hope I will never change. Im also putting this piece of writing here as a reminder for my future self. 

"Dear older Jaji, whether youre 40 or 50, remember to always carry amanah wholeheartedly!!  - sincerely, the 29 year old Jaji whos adulting hard right now haha."

I just want be happy and I want to live my purpose. But I also know that life is not meant to be easy. But no matter what, I hope that my principles will keep me strong. We decide who we are, and I surely dont want to be a person who throws away their principle just to have it easy.

May Allah guide us through everything <3

p/s: I have another job interview with UM next week. They even have a mock teaching session. Wish me luck!

Share
Tweet
Pin
Share
No comments



 There are several reasons why Myeongdong is my fav place in Seoul:

1. Its the place my cousin Nelly suggested to me when I first arrived in Korea (masa tu tengah lost lagi)

2. Its the first place I visited in Seoul after quarantine, with the help of a student assistant

3. There is a bus from my campus that takes me directly to Myeongdong within 1 and half hour

4. There is a halal restaurant nearby (Bakso Bejo, Safron) and there is a prayer place there too

5. I usually go out to buy things and Myeongdong itself is a shopping district! 😜



my first photo here


Kedai Apple (Frisbee di Myeongdong

Ada beberapa kedai yang saya akan masuk setiap kali datang ke Myeongdong (walaupun tak beli). Antaranya Zara, H&M, Skechers, dan Innisfree.  Kat sini juga ada kedai kasut yang murah ala-ala Al-Ikhsan kat Malaysia, namanya ABC Mart. Kasut kat sini ada jenama macam Adidas, Nike, Puma, Reebok, dan memang murah berbanding kedai-kedai lain. Saya juga selesa datang ke Myeongdong sebab pekerja di kawasan ni kebanyakannya boleh berbahasa Inggeris, jadi mudah untuk saya yang masih baru belajar bahasa Korea ni. Ada banyak kedai-kedai kosmetik kat sini yang jual facial mask tu dalam kuantiti yang banyak, sesuai untuk beli sebagai buah tangan. Bukan facial mask je, hand mask, foot mask semua ada. 

happy with my free skechers shopping bag!

Di kawasan Myeongdong ni juga ada banyak kafe-kafe popular macam A Twosome Place, Angel-in-us, Starbucks, Coffee Bean, Osulloc (kedai teh Korea), dan kedai boba macam Gong Cha dan Tiger Sugar. Kafe kucing pun ada, tapi tak puas pergi kafe ni sebab kucing-kucing dia semua malas nak layan orang 😹Diorang duduk jauh-jauh kat sudut sudut, lepas tu peraturan kat kafe ni tak boleh angkat kucing tu, boleh usap je.

cubaan mengusap kucing tanpa mengangkat 😹

Sebenarnya sejak Covid, banyak kedai yang dah ditutup kat sini. Orang pun tak seramai macam dalam gambar yang saya jumpa di Google. Kedai halal macam Kampungku dan Busan Jin pun dah ditutup. Saya percaya bukan di sini je, tapi di mana-mana tempat dalam dunia pun mengalami benda yang sama. Mungkin akan ambil sedikit masa lagi untuk dunia kembali seperti dulu, atau mungkin juga dunia akan semakin berubah lepas ni. Anyway, Im just glad to have the opportunity to explore Korea right now.

balai polis di Myeongdong (comel sangat!)

my most recent pic in Myeongdong

Selagi saya masih di sini mungkin Myeongdong akan tetap jadi tempat kegemaran saya. Kadang-kadang kalau saya rasa nak buat kerja kat kafe pun saya akan datang sini walaupun kena naik bas hampir tiga jam pergi balik. Thats how much I love Myeongdong 😜💕Nanti sebelum balik Malaysia for good saya mesti akan datang Myeongdong lagi untuk beli buah tangan. Sedar tak sedar dah 8 bulan dah saya kat Korea! Time flies. Lets enjoy every moment while we still can 💕Its fall now and I cant wait to FALL in love with the red and yellow trees 💛

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Older Posts

ZULFATI IZAZI ZULKIFLI

ZULFATI IZAZI ZULKIFLI
My friends call me Jaji. Malaysian. Currently in South Korea. I blog for fun, just to share about all the good things in life. I am currently (trying to be) active in sharing about my PhD journey and scribbling about my daily life in Korea.

MY INSTAGRAM

POSTS YOU MAY WANT TO READ

  • My Academic Journey
  • Syampu BAWANG untuk Wanita dan Kisah Rambut Gugur
  • My Masters Convocation, Yay!
  • Kenangan Bertunang dari Jauh // My Virtual Engagement
  • Resepi Kek Batik Mudah dan Rangup
  • Pengalaman Terbang ke Korea Semasa Covid-19
  • Mr. Steak House, Bandar Sri Permaisuri
  • THIS ROUTINE SAVED MY HAIR

POSTS FROM THE PAST

  • ▼  2021 (11)
    • December (1)
    • November (1)
    • October (2)
    • September (1)
    • August (1)
    • July (2)
    • June (1)
    • April (1)
    • February (1)
  • ►  2020 (7)
    • November (1)
    • September (1)
    • June (1)
    • May (1)
    • April (1)
    • January (2)
  • ►  2019 (17)
    • December (2)
    • November (1)
    • September (3)
    • August (1)
    • July (1)
    • June (2)
    • May (2)
    • April (1)
    • March (1)
    • February (2)
    • January (1)
  • ►  2018 (26)
    • December (3)
    • November (2)
    • October (3)
    • September (3)
    • August (2)
    • July (3)
    • June (1)
    • May (2)
    • April (1)
    • March (3)
    • February (1)
    • January (2)
  • ►  2017 (39)
    • December (2)
    • November (4)
    • October (2)
    • September (2)
    • August (3)
    • July (4)
    • June (1)
    • May (5)
    • April (4)
    • March (4)
    • February (4)
    • January (4)
  • ►  2016 (54)
    • December (2)
    • November (4)
    • October (3)
    • September (5)
    • August (8)
    • July (5)
    • June (7)
    • May (9)
    • April (4)
    • March (3)
    • February (4)
  • ►  2015 (12)
    • December (2)
    • November (2)
    • October (2)
    • September (2)
    • May (1)
    • April (3)
  • ►  2013 (19)
    • December (6)
    • November (4)
    • October (7)
    • September (2)
  • ►  2012 (1)
    • January (1)
  • ►  2011 (1)
    • April (1)
  • ►  2010 (18)
    • December (1)
    • November (2)
    • August (1)
    • July (3)
    • June (2)
    • May (1)
    • April (3)
    • March (1)
    • February (2)
    • January (2)
  • ►  2009 (45)
    • December (3)
    • October (4)
    • September (3)
    • August (4)
    • July (5)
    • June (3)
    • May (2)
    • April (6)
    • March (4)
    • February (4)
    • January (7)
  • ►  2008 (4)
    • December (1)
    • November (2)
    • September (1)

YOU CAN TRANSLATE THIS BLOG

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates