Nasi Lemak :D

by - December 07, 2010

Today...
I've made some yummy nasi lemak!
Malaysian's favourite!

*gambar hiasan*


Al kisahnya, hari ni Jaji puasa. Jadi, apabila dah lapar tu, mulalah terbayangkan macam-macam makanan. Salah satu makanannya ialah nasi lemak, makanan kegemaran rakyat Malaysia! :)

Kebetulan pula, bahan-bahan yang ada kat dapur tu memang menepati resepi untuk buat nasi lemak. Dah alang-alang semua bahan ada kat dapur, apa salahnya kalau saya cuba buat kan? NGEHEHEHE.

Inilah kali pertama saya cuba membuat nasi lemak! *Selama ni tahu makan je*

Tapi, macam mana saya nak masak kalau tengah puasa kan? Macam mana nak agak rasa masakan tu? Dah lah kali pertama pula tu.
Itulah gunanya internet, Google aje resepi, semua ada. Laman sesawang yang sering menjadi rujukan saya ialah myresipi.com. Kat situ, semua resepi masakan biasanya lengkap dengan sukatannya sekali. *jadi, orang puasa yang amatur dalam bab memasak ni pun boleh lah masak! HEHE*
Untuk hidangan nasi lemak tadi, saya rujuk resepi sambal telur dalam myresipi tu.  Terima kasih myresipi! :)

Oh ya, santan yang saya gunakan pula ialah santan sawit Khalis, jadi untuk resepi nasi lemaknya saya rujuk di laman web khalissantan.com. Sebab, cara masakan menggunakan santan sawit ni berbeza sikit daripada santan kelapa biasa.

setelah berhadapan dengan percikan minyak dan terpaksa menahan daripada tergoda dengan aroma yang memukau, *hiperbola* hasilnya, macam mana?

Disebabkan saya masih berpuasa, (sekarang baru pukul 5.30 petang) jadi saya belum lagi dapat merasa air tangan sendiri. HAHA.
tapi mama dah makan tadi, dan mama dah pun menambah sedikit sebanyak lagi bahan yang perlu untuk menyedapkan sambal telur yang saya buat tu.  HEHEHE.
Adik pun dah makan, dan dia makan bertambah. :D

Selain nasi dan sambal telur, saya turut menggoreng ikan bilis dan menghiris timun sebagai pelengkap hidangan. Sambal tumis ikan bilis tak buat, sebab dah ada sambal telur.

Well, talk about nasi lemak, hello, i'm drooling here! HAHA

Hnnm, rasa macam nak goreng telur setengah masak lah untuk makan dengan nasi lemak tu masa berbuka nanti... :)


You May Also Like

0 comments