Dunia Kecilku

01 December



Siapa sahaja yang tak rindukan zaman kanak-kanak mereka? Tiada tanggungjawab, makan minum bersuap, tak pernah buat silap. Kalau ada pun, ibu hanya akan menegur untuk kebaikan. Mungkin sekali-sekala diselangi cubitan lembut dan ugutan untuk dirotan dengan penyangkut baju jika suka 'buat perangai'. Masih ingat lagi apa yang berlaku sekiranya kita tertidur di dalam kereta? Dengan ajaibnya kita akan tersedar di atas katil pada keesokan hari, bukan? Berada dalam dunia kecil sendiri, berimaginasi, melalui proses pembelajaran yang sentiasa mengujakan, menikmati sepenuhnya zaman comel itu. Mendapat zaman kanak-kanak yang indah merupakan satu kurniaan. Alhamdulillah. Terima kasih mama dan papa.

Grown up, and that is a terribly hard thing to do. It is much easier to skip it and go from one childhood to another.” 
― F. Scott Fitzgerald


You Might Also Like

0 comments