Resonans Azam

26 November




Resonans Azam II atau dalam bahasa Inggerisnya Dream Resonance II ialah satu program anjuran Sekretariat Akademik dengan kerjasama Kelab English Speaking Zone, Sekretariat ICT serta Sekretariat Kebudayaan dan Warisan Kolej Ungku Omar, UKM. Selaku Eksekutif Kebudayaan dan Warisan di kolej, program ini merupakan satu cabaran besar buat saya. Syukur, segalanya telah berlangsung dengan baik semalam.

Pertandingan drama bahasa Inggeris yang bertemakan 'fairy tale', halloween dan 'bedtime stories' telah dijuarai Universiti Malaya yang menonjolkan sisi gelap Cinderella yang jarang diketahui umum. Gelaran Pelakon Lelaki Terbaik juga disandang oleh pemegang watak Genie dalam pementasan tersebut. Tahniah UM!

Malam penutupan program pula menggalakkan kami untuk memakai pakaian ala-ala watak dalam fairy tales atau halloween. Saya yang sibuk dengan hal pengurusan program hanya sempat menyuaipadankan pakaian-pakaian lama saya, dan hasilnya, muncullah seorang ahli sihir pada malam itu! Haha, niat saya pada mulanya ingin kelihatan seperti drakula atau pontianak, malangnya mungkin muka saya yang kelihatan kejam ini lebih sesuai diberikan watak witch!

Pada penghujung majlis, terdapat anugerah yang akan diberikan kepada mereka yang berpakaian paling mengikut tema. Merekalah King dan Queen of the Night. Gelaran King diumumkan terlebih dahulu. Sahabat saya, Najib Amin yang juga merupakan Ketua Eksekutif kolej telah diundi sebagai King. Najib sememangnya menyerlah dengan bow tie merahnya pada malam itu.

"And now, for the Queen of the Night, ladies and gentleman, she is, the one and only Zulfati Izazi!" Suara pengacara majis memenuhi dewan.

"What? Pakai macam ni pun boleh Queen ke?" saya tertawa sendiri dalam hati. Saat tiara diletakkan di atas kepala, memang saya terasa bagaikan dalam fairy tale! Bukan selalu kita dapat merasa pengalaman sebegini, kan?

Alhamdulillah, program ini berlangsung dengan cukup baik. Tahniah kepada semua, terutamanya ketua pengarah program iaitu sahabat saya Nurul Fatihah Kamsan! Walaupun terdapat beberapa kesilapan sepanjang program ini, akan saya ambil kesilapan itu sebagai iktibar semasa menjalankan program lain pula pada masa akan datang, Insyaallah.

Hmmm, kan seronok andai hidup kita ni sentiasa ada happy ending macam fairy tales? ;)




You Might Also Like

0 comments