Powered by Blogger.

Search This Blog

The Daily Jaji


Beberapa hari yang lalu, negara kita telah kehilangan seorang seniwati, Azean Irdawaty, 63, yang meninggal dunia pada jam 8.26 malam di Hospital Universiti, Petaling Jaya, Selangor. Beliau dilaporkan meninggal dunia akibat penyakit tumor dan lymphedema yang dihadapinya sejak lima tahun lalu. 
 
Semasa saya berumur lima tahun, iaitu kira-kira 16 tahun yang lalu, saya pernah membawa watak sebagai anak bongsu bernama Zazi kepada seorang janda yang dilakonkan oleh Allahyarham Azean Irdawaty dalam telemovie yang berjudul Janda Anak Lima. Antara pelakon lain ialah Zaidi Omar, Riezman Khuzaimi, dan Anne Ngasri. Sungguhpun saya masih kecil, memori tersebut masih saya ingati, mungkin kerana banyak gambar dan rakaman yang tersimpan, menjadikan kenangan itu segar. Telemovie tersebut juga kerap dimainkan dalam saluran Astro beberapa tahun kebelakangan ini. 

Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

 
Share
Tweet
Pin
Share
No comments


Gambar ini diambil kira-kira enam tahun yang lalu. Kenangan semasa di 3 Angsana di SMK Seri Bintang Selatan tiada galang gantinya. Kelas ini dimuatkan dengan pelajar perempuan sahaja, walaupun SBS sebenarnya adalah sekolah campur.

Baru-baru ini saya telah meletakkan gambar ini sebagai cover photo di laman Facebook saya, dan saya menerima banyak mesej daripada bekas rakan-rakan sekelas ini yang menyatakan bahawa mereka turut merindui kenangan indah pada tahun 2007 itu.

"SBS - Go, Fight, Win!"
Share
Tweet
Pin
Share
No comments






Dah masuk pertengahan Disember, bahang peperiksaan akhir buat pelajar universiti kian terasa. Bagi saya, kali ini merupakan peperiksaan bagi semester pertama, tahun kedua. Terasa seperti baru minggu lepas saya mendaftarkan diri sebagai pelajar Tahun 1 di UKM! Betapa masa tidak menunggu sesiapa.

Kenangan semasa mendaftarkan diri di Kolej Ungku Omar, UKM pada September 2012 masih bernyala dalam kotak memori saya. Kehadiran saya dan keluarga yang memakai pakaian serba biru disambut mesra oleh warga KUO. Pendaftaran berjalan dengan lancar, dan saya diberikan bilik di paras bawah sekali kerana pihak pengurusan turut mengambil kira faktor asthma yang tercatat dalam borang laporan kesihatan saya.

Orientasi atau lebih dikenali sebagai Minggu Mesra Pelajar di UKM telah memperkenalkan saya kepada KUO dan UKM dengan lebih rapat. Minggu-minggu seterusnya pula telah membuatkan saya jatuh cinta pada jurusan pertama yang saya pilih semasa mengisi borang UPU, iaitu Linguistik. Jumlah keseluruhan tempoh pengajian saya di sini adalah tiga tahun bersamaan dengan enam semester.

Dan kini saya telahpun berada di penghujung semester ketiga! Hanya tiga lagi untuk ditempuhi. Adalah menjadi impian semua mahsiswa dan mahasiswi untuk lulus pengajian dengan cemerlang, termasuk saya. Insyaallah.

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Setahun yang lalu saya dan rakan-rakan seperjuangan dalam Kelab Teater Rimba UKM telah diundang untuk membuat persembahan sketsa ringkas bersempena dengan Hari Anugerah Hak Asasi Manusia anjuran SUHAKAM di Hotel Sheraton, Kuala Lumpur. Terjumpa pula video persembahan tersebut di YouTube. Si Bakhil, judulnya. Persembahan yang pendek, lebih kurang 30 minit sahaja, tetapi sangat memuaskan bagi kami yang pada ketika itu hanyalah junior dalam Kelab Teater Rimba! Masih saya ingat 'tagline' yang dicipta oleh pengarah bagi memeriahkan watak saya; "Alahai!" ;)
Share
Tweet
Pin
Share
No comments


Sedar tak sedar, dah masuk bulan Disember. Bulan yang penuh cabaran bagi pelajar universiti, kerana pada bulan inilah segala tugasan dan pembentangan perlu dilakukan untuk penilaian. Bukan itu sahaja, pelajar juga perlu meluangkan masa dengan buku-buku dan nota-nota sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan akhir. Pastinya bukan satu bulan yang mudah. Antara Disember paling menarik yang pernah saya lalui adalah pada tahun 2009, ketika itu SPM hampir berakhir dan 'kebebasan' bakal menjelang.

Pada penghujung Disember 2009, selepas berakhirnya semua kertas SPM, saya dan rakan-rakan tertumpu kepada satu majlis yang telah menjadi bualan kami sepanjang tahun, iaitu senior prom. Majlis khas buat bakal graduan tingkatan 5 ini dianjurkan oleh sekelompok pelajar dari sekolah kami sendiri, SMK Seri Bintang Selatan (SBS). Prom ini merupakan antara peluang terakhir untuk kami bertemu semula dengan rakan-rakan sekolah sebelum semua membawa haluan masing-masing. Malam itu, di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur, kami nikmati sepenuhnya saat bersama, makan-makan, ketawa sambil bercerita tentang kenangan sepanjang di bangku sekolah, tak kurang juga yang berkongsi perancangan masa hadapan masing-masing. Meriah, gembira.

Kenangan Disember 2009 yang membawa senyuman setiap kali diimbau, dan kini saya telahpun berada dalam Disember 2013!

Masa tidak lagi berjalan, tetapi berlari.


Share
Tweet
Pin
Share
No comments


Siapa sahaja yang tak rindukan zaman kanak-kanak mereka? Tiada tanggungjawab, makan minum bersuap, tak pernah buat silap. Kalau ada pun, ibu hanya akan menegur untuk kebaikan. Mungkin sekali-sekala diselangi cubitan lembut dan ugutan untuk dirotan dengan penyangkut baju jika suka 'buat perangai'. Masih ingat lagi apa yang berlaku sekiranya kita tertidur di dalam kereta? Dengan ajaibnya kita akan tersedar di atas katil pada keesokan hari, bukan? Berada dalam dunia kecil sendiri, berimaginasi, melalui proses pembelajaran yang sentiasa mengujakan, menikmati sepenuhnya zaman comel itu. Mendapat zaman kanak-kanak yang indah merupakan satu kurniaan. Alhamdulillah. Terima kasih mama dan papa.

Grown up, and that is a terribly hard thing to do. It is much easier to skip it and go from one childhood to another.” 
― F. Scott Fitzgerald


Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

ZULFATI IZAZI ZULKIFLI

ZULFATI IZAZI ZULKIFLI
My friends call me Jaji. Malaysian. Currently in South Korea. I blog for fun, just to share about all the good things in life. I am currently (trying to be) active in sharing about my PhD journey and scribbling about my daily life in Korea.

MY INSTAGRAM

POSTS YOU MAY WANT TO READ

  • Syampu BAWANG untuk Wanita dan Kisah Rambut Gugur
  • THIS ROUTINE SAVED MY HAIR
  • How I DIY My Marble Table / Buat Sendiri Meja Corak Marmar
  • Makan Secara Sihat di Epic Fit Meals
  • 7 Tips Remeh untuk Move On!
  • Mr. Steak House, Bandar Sri Permaisuri
  • Review: Najis Berminyak Lepas Makan Kitsui Royal Lipo Trim??
  • My Academic Journey

POSTS FROM THE PAST

  • ►  2021 (11)
    • December (1)
    • November (1)
    • October (2)
    • September (1)
    • August (1)
    • July (2)
    • June (1)
    • April (1)
    • February (1)
  • ►  2020 (7)
    • November (1)
    • September (1)
    • June (1)
    • May (1)
    • April (1)
    • January (2)
  • ►  2019 (17)
    • December (2)
    • November (1)
    • September (3)
    • August (1)
    • July (1)
    • June (2)
    • May (2)
    • April (1)
    • March (1)
    • February (2)
    • January (1)
  • ►  2018 (26)
    • December (3)
    • November (2)
    • October (3)
    • September (3)
    • August (2)
    • July (3)
    • June (1)
    • May (2)
    • April (1)
    • March (3)
    • February (1)
    • January (2)
  • ►  2017 (39)
    • December (2)
    • November (4)
    • October (2)
    • September (2)
    • August (3)
    • July (4)
    • June (1)
    • May (5)
    • April (4)
    • March (4)
    • February (4)
    • January (4)
  • ►  2016 (54)
    • December (2)
    • November (4)
    • October (3)
    • September (5)
    • August (8)
    • July (5)
    • June (7)
    • May (9)
    • April (4)
    • March (3)
    • February (4)
  • ►  2015 (12)
    • December (2)
    • November (2)
    • October (2)
    • September (2)
    • May (1)
    • April (3)
  • ▼  2013 (19)
    • December (6)
    • November (4)
    • October (7)
    • September (2)
  • ►  2012 (1)
    • January (1)
  • ►  2011 (1)
    • April (1)
  • ►  2010 (18)
    • December (1)
    • November (2)
    • August (1)
    • July (3)
    • June (2)
    • May (1)
    • April (3)
    • March (1)
    • February (2)
    • January (2)
  • ►  2009 (45)
    • December (3)
    • October (4)
    • September (3)
    • August (4)
    • July (5)
    • June (3)
    • May (2)
    • April (6)
    • March (4)
    • February (4)
    • January (7)
  • ►  2008 (4)
    • December (1)
    • November (2)
    • September (1)

YOU CAN TRANSLATE THIS BLOG

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates