Al Fatihah

21 December


Beberapa hari yang lalu, negara kita telah kehilangan seorang seniwati, Azean Irdawaty, 63, yang meninggal dunia pada jam 8.26 malam di Hospital Universiti, Petaling Jaya, Selangor. Beliau dilaporkan meninggal dunia akibat penyakit tumor dan lymphedema yang dihadapinya sejak lima tahun lalu. 
 
Semasa saya berumur lima tahun, iaitu kira-kira 16 tahun yang lalu, saya pernah membawa watak sebagai anak bongsu bernama Zazi kepada seorang janda yang dilakonkan oleh Allahyarham Azean Irdawaty dalam telemovie yang berjudul Janda Anak Lima. Antara pelakon lain ialah Zaidi Omar, Riezman Khuzaimi, dan Anne Ngasri. Sungguhpun saya masih kecil, memori tersebut masih saya ingati, mungkin kerana banyak gambar dan rakaman yang tersimpan, menjadikan kenangan itu segar. Telemovie tersebut juga kerap dimainkan dalam saluran Astro beberapa tahun kebelakangan ini. 

Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

 

You Might Also Like

0 comments