SBS Senior Prom 2009

07 December



Sedar tak sedar, dah masuk bulan Disember. Bulan yang penuh cabaran bagi pelajar universiti, kerana pada bulan inilah segala tugasan dan pembentangan perlu dilakukan untuk penilaian. Bukan itu sahaja, pelajar juga perlu meluangkan masa dengan buku-buku dan nota-nota sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan akhir. Pastinya bukan satu bulan yang mudah. Antara Disember paling menarik yang pernah saya lalui adalah pada tahun 2009, ketika itu SPM hampir berakhir dan 'kebebasan' bakal menjelang.

Pada penghujung Disember 2009, selepas berakhirnya semua kertas SPM, saya dan rakan-rakan tertumpu kepada satu majlis yang telah menjadi bualan kami sepanjang tahun, iaitu senior prom. Majlis khas buat bakal graduan tingkatan 5 ini dianjurkan oleh sekelompok pelajar dari sekolah kami sendiri, SMK Seri Bintang Selatan (SBS). Prom ini merupakan antara peluang terakhir untuk kami bertemu semula dengan rakan-rakan sekolah sebelum semua membawa haluan masing-masing. Malam itu, di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur, kami nikmati sepenuhnya saat bersama, makan-makan, ketawa sambil bercerita tentang kenangan sepanjang di bangku sekolah, tak kurang juga yang berkongsi perancangan masa hadapan masing-masing. Meriah, gembira.

Kenangan Disember 2009 yang membawa senyuman setiap kali diimbau, dan kini saya telahpun berada dalam Disember 2013!

Masa tidak lagi berjalan, tetapi berlari.


You Might Also Like

0 comments