Bukan Silap

27 September

tak mahu menidakkan

juga tak mahu tersilap langkah

tapi jika sesuatu kesilapan itu
akhirnya membawa bahagia
adakah silap masih di situ
atau cuma pengajaran buat diri yang leka
jadi apalah yang kautakutkan
teruskan sahaja melangkah
hidup bukan untuk seribu tahun, kan
teruskan, jangan mengalah

satu hari nanti kau akan sedar sendiri
bukan perkara yang kaubuat itu kausesali
tapi
perkara yang kau tidak berani
untuk tempuhi



You Might Also Like

0 comments