Kolej Ungku Omar di Hatiku
20 September![]() |
Ni Chanel dan Prada, anak kepada ibu kucing bernama Em yang kami bela dalam bilik |
![]() |
Ni pula Jay, miau yang kami jaga masa tahun akhir di UKM |
![]() |
Suasana bilik di Aras 1, Blok B sekitar semester pertama, tahun 2012 |
Jadi berbalik kepada cerita tentang bilik di KUO. Asramanya cantik dan sangat selesa. Selama tiga tahun memang saya tak pernah duduk jenis bilik lain (pangsarama/flatlet) jadi setakat pengalaman saya di asrama, memang puas hati. Tak rasa nak merungut apa-apa, kecuali masa tahun satu dulu, ada masalah kipas perlahan sangat. Tapi lepas laporkan kepada pentadbiran, tak lama lepas tu Abang Helmi datang ganti kipas baru dan bilik kamilah yang paling sejuk waktu tu! Hehehe. (tak merungut tu tak termasuk isu air k ha.ha.ha) Oh ya dan lagi satu, masa tahun dua dulu ada masalah almari tak cukup besar... sebab baju banyak sangat... hahaha okay #alasan. Masuk tahun tiga dah tak guna sangat dah almari, sebab insaf mengenangkan masa nak kosongkan bilik lepas habis semester masa tahun dua dulu sikit punya susahhh sebab dah banyak sangat, haha. Jadi masa tahun tiga seminggu sekali balik rumah (rumah - UKM hanya 30 minit) dan hanya gunakan luggage je untuk letak baju. Ha. Ha. Ha. (sebenarnya baju banyak masa tahun dua sebab jadi eksekutif Kebudayaan dan memang kena banyak baju untuk bagi adik-adik pinjam masa buat show, plus setiap minggu ada je majlis untuk dihadiri) #alasanlagi hahaha.
![]() |
*pemandangan dari bilik di tingkat 2, Blok B* |
p/s: post ini diedit semula pada Mei 2016 selepas saya lihat hit post ni semakin bertambah setiap hari walaupun dah lama. Jadi saya editlah sikit dengan menambah beberapa lagi gambar hehehe.
0 comments