Where have you been all my life?

01 October



Pernah tak, apabila kita terjumpa seseorang yang baharu dalam hidup kita, tak kiralah kawan biasa atau kawan istimewa (ehem), lepas tu kita terfikir; "ke mana kau selama ni?"

Sebab, kehadiran orang tu buat kita gembira, bahagia, tenang, dan semua kepositifan mewarnai hari-hari yang selama ni kita lalui tanpanya. Burung mula berkicauan dan bunga-bunga kian mekar. Haa gitu. Masa tu lah, terlintas dalam fikiran; "Kenapa baru sekarang kita bertemu? Kenapa bukan dari dulu? Kenapa bukan masa aku menangis sendirian hanya bertemankan bantal suatu malam lalu?"

Percayalah, setiap pertemuan dan perpisahan telah dirancang sempurna oleh yang Maha Esa. Mungkin tak semua orang akan kekal dalam hidup kita, tapi setiap seorang daripada mereka ada tujuan masing-masing. Jika bukan untuk menjadi teman, mungkin sebagai satu pengajaran.

You Might Also Like

0 comments