Austin Steak House Bangi

30 November


Kalau teringin nak makan western food, mesti Austin Steak House ni yang pertama muncul dalam fikiran. Sebab? Haaa ada beberapa sebab yang membuatkan Austin ni menjadi pilihan. Antaranya memang sebab harganya sangat berbaloi! Kalau pesan menu yang biasa macam chicken chop atau fish and chips sekali dengan jus buah (gelas dia boleh tahan besar) tak sampai RM20.00 seorang. Kira berbaloilah lagi-lagi untuk pelajar yang nak berjimat tapi teringin nak makan western. Lagipun restoran ni terletak di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, memang dekat dengan beberapa institusi pengajian macam UKM, UniKL MFI, KPTM Bangi, dan beberapa lagi. Pelanggan pun tak perlu risau sebab dari hari pertama makan sini lagi dah diyakinkan yang pemilik restoran ni memang Melayu Islam. Dalam gambar atas tu saya tengah makan fish and chipsss (dengan air kosong je).


Gambar atas ni pula kawan saya punya, dia makan chicken chop. Bukan sekadar murah, tempat dia pun cantik. Lantai kayu, ada banyak barang perhiasan macam gambar-gambar lama, botol-botol klasik. Kira bolehlah nak buat makan-makan yang istimewa sikit ke, sambut hari lahir ke. Dulu masa kita belajar kat UKM memang selalu juga makan dekat sini bila rasa nak makan yang istimewa sikit, lagi-lagi lepas habis jawab kuiz ke exam ke haha. Pernah sekali masa Mama dan Papa datang melawat dekat UKM pun saya ajak diorang makan sini. Dan dah beberapa kali, setiap kali nak jumpa kawan yang dah lama tak jumpa atau baru pertama kali nak jumpa, mesti ajak diorang makan sini juga. Kira banyak jugalah kenangan kat Austin ni sebenarnya. Ehh. Hehehee. 😜

You Might Also Like

0 comments