Tentang Blog Ini/About This Blog

02 November

Hai, nama saya Zulfati Izazi Zulkifli, orang panggil Jaji. Saya berasal dari Kuala Lumpur, Malaysia. Blog ini pada asalnya dibina dengan tujuan melengkapi kehendak kursus Penulisan Kreatif yang saya ambil di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (dalam tahun 2013). Sebab tu jika anda baca sehingga ke bawah atau tulisan yang paling lama, kebanyakan ceritanya agak rawak dan berkisar tentang memori lama. Saya pernah menulis blog satu ketika dahulu, tapi tu blog lain, tu blog zaman sekolah, bukan blog ni. Lepas dah tamat kursus tu, saya rasa macam nak teruskan menulis, sebab saya memang suka membebel seorang-seorang macam ni  menulis. Hiuhiu.

Saya memilih untuk menulis blog dalam bahasa Melayu sebab saya suka saya cintakan bahasa Melayu. Tapi kadang-kadang kalau datang mood untuk menulis dalam bahasa Inggeris, kenapa tidak? Saya akan cuba sedaya-upaya untuk menulis dengan baik. Maaflah kalau ada tersilap di mana-mana sebab saya juga insan biasa, dan maaf juga kalau ada bahasa rojak di sana-sini sebab saya juga rakyat Malaysia! [Malaysia kan terkenal dengan bahasa rojak (?)] Aherher.

Jadi dalam blog ni saya akan membebel bercerita tentang macam-macam, terutamanya yang berkaitan dengan hidup saya (dan yang saya rasa bermanfaat untuk dikongsikan), misalnya tempat yang saya pergi, makanan yang saya makan, aktiviti yang saya lakukan, serta petua/tips kehidupan (kecantikan, kesihatan, dll. dalam bahagian Petua Nek Jaji) yang saya amalkan. Pastinya saya juga akan secara tiba-tiba berkongsi kisah yang rawak (bukan lawak) atau apa-apa sahaja yang terlintas di fikiran. Dalam diam saya sebenarnya berharap agar blog ni dapat memberikan inspirasi kepada sesiapa yang membacanya (terutamanya dalam bahagian Something for the First Time). Jadi, selamat datang ke blog saya, dan selamat membaca!

*****

Hi, my name is Zulfati Izazi Zulkifli. People call me Jaji. I am from Kuala Lumpur, Malaysia. This blog was originally created to complete an assignment under a Creative Writings course I took back in the Faculty of Social Sciences and Humanities, The National University of Malaysia (circa 2013), which explains the random old stories that you might find if you scroll down to those older posts. I had a blog some time ago, but that was a typical schoolgirl blog, definitely not this blog. After I completed the course, I know that I want to continue blogging, simply because I enjoy blabbering to myself  writing. Hiuhiu.

I chose to blog in Malay simply because nobody told me I can't  I love my mother tongue. But sometimes the mood to write in English will come and strike, so why not? I will give my best in writing, even so I am still a human being and I make mistakes, and as a typical Malaysian I might sometimes use the famous (or infamous?) rojak language. Aherher.

So in this blog I would share about anything that revolves around my life (that I found worthy of sharing), for instance the places I go, the food I eat, the activities I do, and also some life tips and hacks (beauty, health, etc. mostly under the label Petua Nek Jaji). I would also randomly share things and write stuffs, anything that comes to mind. I secretly hope that my blog would be able to inspire people (especially through the posts under the label Something for the First Time). So welcome to my blog, and happy reading!


You Might Also Like

0 comments