Chemistry Cafe + Lab, Bangi Sentral

31 December

Beberapa hari yang lepas adalah hari ulangtahun kelahiran seorang sahabat baik yang juga merupakan junior di UKM iaitu Muhammad Idris aka Derih aka Idrisya. Makwe Idris yang merupakan bff kita iaitu Amirah Izzati yang lebih dikenali sebagai Ijat telah membuat kejutan untuk Idris di Chemistry Cafe, Bangi. Apa yang kita nak ceritakan bukan kisah cinta antara Idris dan Ijat yang begitu manis bak strawberi mekar di ladang, tetapi tentang lokasi yang menjadi saksi kisah cinta mereka itu, iaitu Chemistry Cafe + Lab.


Setahu kita memang Chemistry Cafe ni pada asalnya terkenal di Shah Alam, tapi sekarang dia dah ada satu lagi cawangan di Bangi Sentral, Bandar Baru Bangi. Suasana dalam CC ni agak suram tapi unik dan bolehlah dikatakan romantik (sebab tu lah Ijat pilih tempat ni kan?!) hahaha. Yang penting staf dia memang sangat peramah dan bagus dalam melayan pelanggan. Masa Ijat buat zeprais untuk Idris ni, CC tak ada letakkan syarat pun mesti beli makanan daripada restoran tu ke apa. Tapi ye lah dah kita masuk tempat dia takkan tak beli apa-apa kan? Kiranya kalau pesan air je pun dah okay. Ijat siap bawa masuk kek Secret Recipe lagi hahaha. Harga CC ni sebenaarnya agak tinggi lah juga (terutamanya untuk golongan bawahan macam saya huhu) tapiii sangat berbaloi kalau sekali-sekala kita nak merasa. Untuk minuman harganya dalam RM8 (tak pasti kalau ada yang lebih murah) ke atas, untuk makanan (western style) dalam lingkungan RM15- RM20 ke atas.

Spot the lovebirds behind me! 

Dah nama pun Chemistry Cafe + Lab, mestilah ada unsur kekimiaan dia kat dalam tu. Kalau kita pesan apa-apa ice blended, dia akan hidangkan dalam conical flask. Teringat zaman belajar Kimia masa tingkatan 4 dulu! Haha. Selain tu, dekat bahagian dalam kafe ni ada satu pentas kecil yang dilengkapi mikrofon dan gitar, kalau sesiapa yang rasa macam nak buat persembahan bolehlah tanpa segan silu cakap je dekat staf kat situ dan diorang akan benarkan. Sebelah pentas kecil tu pula ada rak yang menempatkan beberapa helai lab coat. Para pelanggan yang nak fefeeling chemist sikit bolehlah cuba pakai dan bergambar. Oh lepas tu yang kreatifnya, papan tanda untuk tandas dia ada tulis "Secret Lab" haha comel kan?


Oh nak tahu tak, masa kejutan hari lahir Idris tu, Ijat ada bawa gitar sebab nak mainkan lagu untuk Idris (sweet kan?!) Lepas tu bila Ijat dah selesai, kita pun tolonglah pegangkan gitar tu, Lepas tu ada seorang staf lelaki tu datang dan kata "Hey lady if you want you can perform on the stage, theres a microphone. We will set it up for you. You can use your own guitar or our guitar." Haaa. Dah lama tak nyanyi main gitar tetiba dia suruh perform haha, so I said "no, thanks. Not tonight" hahaha padahal dalam hati teringin je! Cuma tak sanggup lagi nak memalukan diri sendiri hihu.

Geng geng komplot zeprais. Dari kiri Fida, Shu, dan Tiyah

P/s:Tahniah kepada Ijat ye kerana telah membuat kejutan tersebut dengan jayanya! Mesti Idris makin sayang lepas ni ehehehe. Dan terima kasih kepada Fida, Shu, dan Tiyah kerana telah membuat malamku lebih bermakna. Sebab mula-mula pergi UKM untuk pergi perpustakaan sebab nak buat tesis je, sekali malam tu diorang ajak pula join sambutan untuk Idris ni. Terharu kita :')

You Might Also Like

0 comments