Feel-good movies!

22 December

My list of feel-good movies are mostly chic flicks (duhhh) anddd it usually involves a girl as the main character. Dah macam jadi tabiat, setiap kali rasa down atau sedang berduka lara, mesti saya akan rasa macam nak tengok filem yang boleh buat saya rasa kembali bersemangat! Bukan apa, menonton filem ni kan perkara yang mudah dan menenangkan. Cuma perlu duduk depan laptop dan sediakan sedikit jajan untuk dikunyah sambil menghayati filem tersebut. Berbekalkan fokus terhadap cerita tersebut, pada akhir tontonan biasanya saya akan rasa termotivasi dan terinspirasi! So below are the ascending list of my top three feel good movies:


3. Confessions of a Shopaholic (2009)


Okay, filem ni nampak macam filem yang seorang 'perempuan tipikal' memang akan suka, sebab cerita dia tentang kegilaan membeli-belah watak utamanya, Rebecca Bloomwood. Tabiat membeli-belah Rebecca sangatlah buruk sehingga menyebabkan dia ditimbuni hutang yang saaangat banyak! Macam-macam alasan dia bagi dekat tukang kutip hutang dia sebab dia memang tak mampu nak bayar dah. Rebecca siap sertai sesi kaunseling untuk mengatasi masalah gila shopping dia tu. Rebecca ni bekerja sebagai penulis (tang dia jadi penulis ni pun dah buat saya rasa bersemangat sebab saya pun selalu berangan nak jadi penulis). Perkara yang membuatkan filem ni dapat memberi semangat adalah apa yang Rebecca lakukan untuk memperbaiki kesilapannya. Dia menjual KESEMUA pakaian dan barang berjenama yang dia ada untuk membayar hutangnya dan hanya menyimpan sepasang baju je, iaitu baju pengapit (bridemaid's dress) untuk majlis perkahwinan sahabat baiknya. Dari sudut cinta pula, Rebecca dan bos dia yang kacak dah mula bercinta tapi bos dia tak tahu tentang tabiat Rebecca, namun kemudian kantoi dan mereka berselisih faham. Tapi lepas Rebecca memperbaiki kesilapan dia, mereka bersatu kembali. Kesimpulannya, pengakhiran cerita ni memang memberi semangat sebab dengan membuat perkara yang betul, akhirnya Rebecca dah berjaya melawan tabiat membeli-belah dia yang keterlaluan tu (dan juga berjaya menemukan cinta!). Heheheee.


2.. Legally Blonde (2001)


Pertama kali saya tonton filem ni adalah pada tahun 2011. Masa tu dalam sebulan dua je lagi nak peperiksaan STPM, jadi memang filem ni sangat memberi kesan! Kisahnya tentang Elle Woods yang ditinggalkan oleh kekasihnya hanya kerana dia 'terlalu blonde' dan 'tak cukup serius', sedangkan Elle bermati-matian sayangkan lelaki tersebut. Kerana ingin memikat hati bekas kekasihnya itu, Elle nekad untuk masuk universiti dan mengambil jurusan undang-undang (sebab bekas kekasih dia pun belajar jurusan yang sama di universiti yang sama). Perjalanan Elle untuk masuk ke Harvard Law School tu tak mudah, tapi dia berjaya. Bekas kekasih dia rupanya dah bertunang dengan seorang perempuan yang juga belajar undang-undang. Personaliti Elle yang menarik (suka pink, suka bergaya, bawa anjing dalam beg) membuatkan dia masih tak dipandang serius walaupun dah masuk Harvard. Tapi kemudian Elle berjaya buktikan yang dia sebenarnya bijak dan mampu menjadi seorang peguam. Lepas Elle dah berjaya tu barulah bekas kekasih dia mula tertarik dekat dia balik, tapi malangnya masa tu Elle dah tak hingin! Haha sebab Elle tahu yang lelaki tu tak layak untuk diterima dan Elle pun sebenarnya dah ada kekasih baru, iaitu seorang senior yang juga pelajar undang-undang. Antara pengajaran yang saya dapat daripada cerita ni adalah semangat untuk belajar (kan dah nak dekat STPM masa memula tengok cerita ni haha), daaannnn tak perlu risau kalau ada lelaki tinggalkan kita, sebab kemungkinan untuk kita dapat lelaki yang lebih baik adalah tinggi! *wink wink*

1. The Devil Wears Prada (2006)


Nombor satu: The Devil Wears Prada! Cerita ni besttt sebab watak utama dia juga seorang penulis. Andrea Sachs atau Andy merupakan seorang wanita biasa-biasa yang memohon untuk bekerja di majalah Runway, sebuah majalah tentang fesyen. Andy dianggap kampung dan tak pandai bergaya sehingga dia ditertawakan pada hari pertama dia datang untuk temuduga kerja tu. Tapi Andy bertegas yang walaupun dia tak kurus atau bergaya macam kebanyakan perempuan lain, namun dia seorang yang bijak. Editor majalah Runway yang saaangat tegas dan digeruni iaitu Miranda Priestly menerima Andy untuk bekerja. Kerja Andy agak gila kerana dia perlu melayan kerenah Miranda yang sangat cerewat. Kerjaya tersebut sedikit sebanyak telah mengubah Andy. Andy semakin pandai bergaya, namun sikapnya yang terlalu mementingkan kerjaya menyebabkan teman lelakinya meninggalkannya. Andy akhirnya sedar yang kerjaya itu bukan segalanya, lalu dia memilih untuk berhenti dan kemudian berjaya mendapat tawaran kerja yang lebih sesuai. Cerita ni menarik sebab latarnya melibatkan kemewahan, jenama, fesyen, Paris, dan seumpamanya. Saya terinspirasi dengan keberanian Andy untuk berhenti kerja saat dia sedar yang dia tak mahukan kerjaya tu. Dia campak pager dia ke dalam air pancut kat Paris sebab dah tak nak jawab panggilan Miranda okayyy, berani kan? Watak Miranda juga sebenarnya sangat memberi motivasi sebab bukan senang nak jadi lady boss, dan Miranda yang elegan bijak mengatur langkah demi mengekalkan reputasinya walaupun ada pihak yang nak menjatuhkan dia. Dialog dalam cerita ni juga kebanyakannya brilliant dan banyak yang boleh dijadikan quote, misalnya: 

"The truth is, no one can do what I do." - Miranda Priestly.

Walaupun nampak macam berlagak (lol) tapi sebenarnya itulah tanda keyakinan diri yang tinggi! Haha.

So those are my top 3 feel good movies, and they are still my favourite up to this day. <3

You Might Also Like

0 comments