Syyhh, entri kali ni memang khas untuk kita-kita je tauuu (kaum perempuan semestinya). Saya nak kongsi sikit tentang pentingnyaaa kita memakai bra sukan (sports bra) masa bersukan dan bersenam, terutamanya ketika berlari atau berjoging. Sebagai seorang yang suka makan, saya juga mestilah kena 'suka' bersenam kan (hehehe).
Senaman yang biasa saya lakukan adalah jenis workout yang boleh dibuat dalam bilik dan juga berjoging. Kadang-kadang kalau tengah rajin, saya akan workout pada waktu pagi dan berjoging pada waktu petang. Kalau tengah malas sikit, saya selang-selikan rutin senaman tu, contohnya kalau hari ni dah workout, esoknya saya akan joging pula.
Apabila kita bersenam, badan kita akan bergerak dan kulit juga akan cenderung untuk mengalami perubahan. Pada bahagian dada wanita, ada ligamen Cooper yang akan mengendur sekiranya tidak mempunyai sokongan yang baik. Oleh itu, semasa bersenam, dada memerlukan sokongan yang lebih supaya tidak mudah kendur. Maka, salah satu cara terbaik untuk melindunginya adalah dengan memakai sports bra yang sesuai.
Tips Memilih Sports Bra: