Powered by Blogger.

Search This Blog

The Daily Jaji


Beberapa hari sebelum berangkat ke USM saya telah menerima jemputan untuk menyertai carboot sale daripada Ismail Shaik, seorang rakan yang masih menuntut di UKM. Jadi sebagai alumni yang rindukan alma maternya, haruslah saya menerima jemputan tu kan. Alang-alang sebelum saya ke USM tu, adalah baiknya saya jual barangan terpakai saya (lebih popular disebut sebagai preloved) untuk mengurangkan sikit kapasiti almari empat pintu di rumah (trust me, empat pintu pun tak cukup ha ha ha) di samping mengumpul duit belanja. Sebelum ni masa saya masih belajar di UKM, dah pernah juga beberapa kali sertai carboot sale macam ni, tapi ni kali pertama lepas dah bergelar alumni.


Jualan bermula sekitar jam 10.00 pagi bertempat di kawasan lapang berhampiran Dataran Panggung Seni UKM. Ada lebih kurang 10 lagi peniaga lain yang menjual pelbagai jenis barangan, antaranya peralatan elektrik terpakai, baju bundle, dan buku. 


Saya pula, selain daripada menjual baju, skirt, jaket, dan tudung preloved, saya turut menjual produk baharu Izazi Kuala Lumpur iaitu buku nota buatan tangan (handmade notebooks). Sejujurnya saya tak sangka buku nota tu mendapat sambutan! Lelaki pun ada yang beli tauuu walaupun reka bentuk buku tu comels sangat hehe. Sambil tu saya letak juga stok beg IzaziKL yang dah tinggal sikit tu, sebab memang nak habiskan stok.


Kepuasan meniaga menerusi carboot sale ni memang lain daripada menjual secara dalam talian (online). Sebab proses tawar-menawar tu berlaku depan-depan dan kita boleh nilai sendiri pembeli tu, sama ada dia betul-betul serius nak membeli atau sekadar bertanya. Haaa kalau nak tahu, pelanggan pertama saya pada pagi tu ialah beberapa orang pekerja pembersihan/cleaner yang memang berminat sangat nak beli baju dan skirt saya. Bila dia tanya harga, saya letak harga paling rendah yang saya boleh bagi sebab kalau boleh saya memang nak dia orang beli. Sedih juga masa dengar dia kata "ala baju je dah RM20, gaji saya RM30 je" hmm dan akhirnya saya mengalah dan terus jual dengan 'harga rugi'. Tapi tak apa, Mama pun ada pesan untuk niatkan sebahagian hasil jualan tu sebagai sedekah. 


Apapun terima kasihhh Bro Haziq dan Bro Mael (mereka ni orang kuat JomTumpang UKM tauuu) sebab membantu saya mendapatkan tapak untuk carboot sale ni dan juga menyokong perniagaan IzaziKL yang masih bertatih ni. Thanks guys! 



Terima kasih juga kepada Amirah Izzati dan Idris sebab sudi tolong Kak Jaji angkat-angkat dan susun-susun barang. Lepas ni kalau ada lagi jualan macam ni, Insyaallah IzaziKL takkan lepaskan peluang untuk turut serta.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Sebut je Tasik Chini mesti teringat kisah lagenda naga tu kan? Tasik air tawar ni merupakan yang kedua terbesar selepas Tasik Bera. Saya dan keluarga telah berkesempatan mengunjungi Tasik Chini, Pahang selepas satu majlis pertunangan anak kawan Papa di Felda Chini beberapa minggu lepas.


Masa kami sampai tu kira-kira dalam pukul 4 petang. Cuaca agak panas tapi angin kuat, jadi tak adalah terasa sangat bahang tu. Orang kata kalau pergi Tasik Chini tapi tak naik bot, memang rugi.


Jadiii selepas menunggu giliran, kira-kira pukul 5 petang kami dapatlah naik satu bot ni. Dalam bot tu hanya ada kami berempat je, dan pemandu bot. Pemandu tu rileks je tak pakai jaket keselamatan hehehe, dia dah biasa kan. Tasik Chini ni memang besarrr, dikelilingi oleh 12 laut. 


Bayaran untuk naik bot ni agak berpatutan, lagi-lagi kalau naik ramai-ramai. Boleh rujuk gambar di atas ni untuk tahu kadar bayaran.


Pemandu bot tu sangat memahami, dia perlahankan bot masa dekat tempat yang cantikkk penuh dengan teratai (sebut teratai pula mesti teringat lagu "oh teratai bunga indah" tu! haha) sebab dah tahu sangat yang kita orang mesti nak ambil gambar hehe. Pokok teratai kat sini memang tak boleh petik tauuu.


Sambil menikmati pemandangan di sekitar tasik, Papa ada cerita yang lebih kurang 20 tahun dulu Papa pernah datang ke tasik ni untuk shooting. Pada satu malam tu, Papa nak solat, jadi Papa pun pergilah ke sebuah surau yang agak jauh tersorok. Kena lalu banyak kawasan pokok-pokok sikit dan hanya bertemakankan cahaya bulan untuk sampai ke surau yang terletak di tepi tasik tu. Malam tu berlalu seperti biasa. Disebabkan dah lewat malam, jadi Papa pun tidur je kat surau tu. Tak ada apa-apa yang pelik berlaku. Tapiii, pada keesokan harinya lepas dah bangun, baru Papa perasan yang rupanya surau tu kotor sangat. Penuh dengan tahi kambing dan sangat bersepah. Jeng jeng jenggg. Sedangkan pada malam sebelum tu surau tu nampak biasa je, tak ada pun bau tahi ke apa. Huhu sampai sekarang peristiwa tu masih jadi misteri.


Gambar atas ni adik yang ambil. Kalau dapat tinggal dalam rumah rakit macam ni seronok juga kan?


Pada saya, bahagian paling seronok adalah ketika bot menyusuri celah-celah pokok yang tinggi-tinggi, lepas tu bot keluar dari celahan pokok dan terus dapat nampak tasik terbentang luas! Rasa macam "wahhhhhh" sangat. Perjalanan kami dalam bot tu agak lama juga, lebih kurang dalam 45 minit. Jumpa lagi, Chini.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Dua benda kegemaran saya dalam satu tempat: buku; dan barang terpakai. Oh saya memang suka barang terpakai! Lagi-lagi yang unik dan susah nak dapat. Perasaan masa dapat sesuatu barang terpakai tu rasa macam baru dapat harta karun! Hahaha. 


Tapi tu cerita lain. Sekarang cerita dia saya rasa sesiapa yang memang suka membaca dan teringin nak cari koleksi buku-buku lama memang wajiblah datang ke kedai buku Junk Book Store ni. Kedai ni terletak di Jalan Tun HS Lee, bertentangan dengan RHB Bank.


Keadaan kedai ni agak kurang mesra pelanggan sebab pintunya sentiasa tertutup. Tapi kat dalam tu kan ada banyak 'harta', jadi haruslah sentiasa dilindungi. Masuk-masuk je kedai ni, memang dari lantai ke siling penuhhh dengan buku. 



Macam-macam jenis buku ada. Sejarah, politik, geografi, sains, novel, semualah. Kebanyakannya buku-buku berbahasa Inggeris. Buku bahasa Melayu pun ada juga, cuma tak sebanyak yang bahasa Inggeris. Masa saya pergi tu, ada dua orang mak cik Cina yang jaga kedai tu. Kalau nak cari apa-apa buku, tanya je dengan mereka, terus mereka bagitahu tempat buku tu terletak. Sebab kalau nak cari sendiri satu-satu memang setahun juga lah kot ha ha ha. 


Antara yang menarik perhatian saya (dan agak menyentuh hati) adalah apabila saya membelek koleksi buku-buku lama yang pernah saya baca masa zaman kanak-kanak dulu. Teringat pula zaman comel tu huhu. Buku-buku saya masa kecil dulu kebanyakannya dah terpaksa dibuang sebab rumah pernah kena serang anai-anai. Selain tu saya juga teruja melihat pelbagai jenis buku ilmiah yang buat saya rasa macam nak luangkan hidup saya dengan membaca je!


Buku-buku kat sini memang dibalut dengan plastik setiap satunya. Ada juga yang dibalut mengikut keluaran, misalnya majalah yang dibalut untuk 12 keluaran sekaligus. Harga dekat sini agak berpatutan jugalah, sebab buku-bukunya terpakai jadi tak adalah mahal sangat. Cuma mungkin buku-buku yang agak lamaaa tu dinaikkan harga sikit sebab benda tu susah nak dapat kan. Rasanya kalau hantu buku (bukan ulat dah, hantu terus!) datang ke sini, mesti tak pulang dengan tangan kosong.


"Jika anda tak mampu mengembara, membacalah".
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

Kira-kira sebulan yang lepas saya telah membeli satu smartband seperti yang dicadangkan oleh seorang rakan, Arib Ismail (penulis laman teknologi Amanz.my). Smartband yang berfungsi sebagai fitness band ini sangatlah mampu milik, sesuai dengan fungsi yang ditawarkan. Saya telah membelinya di kedai 1 Gadget, Menara PGRM pada harga RM69 sahaja. Reka bentuk Mi Band ini juga ringkas dan mempunyai saiz yang selesa untuk dipakai. Saya ni bukanlah jenis yang suka pakai jam atau gelang, tapi Mi Band ni kecil dan ringan je. Nak pakai masa tidur pun selesa.


Apakah fungsi Mi Band? Secara ringkasnya, fungsi wearable device ni boleh disenaraikan seperti berikut:

1. Mengira bilangan langkah (steps) apabila kita berjalan/berlari (dan beberapa aktiviti senaman lain)
2. Mengenal pasti bilangan jam kita tidur setiap malam (light sleep dan deep sleep)
3. Bergetar apabila ada panggilan telefon masuk
4. Bergetar apabila bilangan langkah kita telah mencapai target
5. Bergetar apabila berfungsi sebagai jam loceng (alarm)



Bagaimanakah cara Mi Band ni berfungsi?

Mi Band berfungsi dengan menggunakan Bluetooth yang disambungkan dengan telefon pintar untuk mengemaskini data yang dikumpul melalui band tersebut. Data pula akan dipaparkan menerusi satu aplikasi khas, iaitu Mi Fit yang boleh dimuat turun di App Store. Apabila Bluetooth diaktifkan, proses mengemaskini (sync) akan berlaku secara automatik apabila kita membuka aplikasi tersebut. Maknanya kalau nak pergi jogging, tak perlu bawa fon. Cuma pakai Mi Band dan kemaskinikan lepas dah balik jogging tu.


Antara kelebihan Mi Band yang saya suka selain daripada rupa bentuknya yang ringkas tapi bergaya *flips tudung* adalah daya tahan baterinya yang lama, iaitu sehingga 30 hari selepas dicaj. Nak caj pun mudah, cuma sambungkan USB ke laptop je. Sesetengah smartband lain hanya bertahan dalam seminggu atau beberapa hari je. Selain tu, Mi Band ni juga kalis air. Setakat ni saya rileks je basuh pinggan tanpa perlu menanggalkannya terlebih dahulu hehehe. Orang yang baru-baru nak cuba guna fitness band untuk jejak progres aktiviti senaman atau jogging (macam saya), bolehlah cuba Mi Band ni.
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Newer Posts
Older Posts

ZULFATI IZAZI ZULKIFLI

ZULFATI IZAZI ZULKIFLI
My friends call me Jaji. Malaysian. Currently in South Korea. I blog for fun, just to share about all the good things in life. I am currently (trying to be) active in sharing about my PhD journey and scribbling about my daily life in Korea.

MY INSTAGRAM

POSTS YOU MAY WANT TO READ

  • Syampu BAWANG untuk Wanita dan Kisah Rambut Gugur
  • THIS ROUTINE SAVED MY HAIR
  • How I DIY My Marble Table / Buat Sendiri Meja Corak Marmar
  • Makan Secara Sihat di Epic Fit Meals
  • 7 Tips Remeh untuk Move On!
  • Mr. Steak House, Bandar Sri Permaisuri
  • Review: Najis Berminyak Lepas Makan Kitsui Royal Lipo Trim??
  • My Academic Journey

POSTS FROM THE PAST

  • ►  2021 (11)
    • December (1)
    • November (1)
    • October (2)
    • September (1)
    • August (1)
    • July (2)
    • June (1)
    • April (1)
    • February (1)
  • ►  2020 (7)
    • November (1)
    • September (1)
    • June (1)
    • May (1)
    • April (1)
    • January (2)
  • ►  2019 (17)
    • December (2)
    • November (1)
    • September (3)
    • August (1)
    • July (1)
    • June (2)
    • May (2)
    • April (1)
    • March (1)
    • February (2)
    • January (1)
  • ►  2018 (26)
    • December (3)
    • November (2)
    • October (3)
    • September (3)
    • August (2)
    • July (3)
    • June (1)
    • May (2)
    • April (1)
    • March (3)
    • February (1)
    • January (2)
  • ►  2017 (39)
    • December (2)
    • November (4)
    • October (2)
    • September (2)
    • August (3)
    • July (4)
    • June (1)
    • May (5)
    • April (4)
    • March (4)
    • February (4)
    • January (4)
  • ▼  2016 (54)
    • December (2)
    • November (4)
    • October (3)
    • September (5)
    • August (8)
    • July (5)
    • June (7)
    • May (9)
    • April (4)
    • March (3)
    • February (4)
  • ►  2015 (12)
    • December (2)
    • November (2)
    • October (2)
    • September (2)
    • May (1)
    • April (3)
  • ►  2013 (19)
    • December (6)
    • November (4)
    • October (7)
    • September (2)
  • ►  2012 (1)
    • January (1)
  • ►  2011 (1)
    • April (1)
  • ►  2010 (18)
    • December (1)
    • November (2)
    • August (1)
    • July (3)
    • June (2)
    • May (1)
    • April (3)
    • March (1)
    • February (2)
    • January (2)
  • ►  2009 (45)
    • December (3)
    • October (4)
    • September (3)
    • August (4)
    • July (5)
    • June (3)
    • May (2)
    • April (6)
    • March (4)
    • February (4)
    • January (7)
  • ►  2008 (4)
    • December (1)
    • November (2)
    • September (1)

YOU CAN TRANSLATE THIS BLOG

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates