Junk Book Store - Ulat Buku Wajib Singgah!

15 February


Dua benda kegemaran saya dalam satu tempat: buku; dan barang terpakai. Oh saya memang suka barang terpakai! Lagi-lagi yang unik dan susah nak dapat. Perasaan masa dapat sesuatu barang terpakai tu rasa macam baru dapat harta karun! Hahaha. 


Tapi tu cerita lain. Sekarang cerita dia saya rasa sesiapa yang memang suka membaca dan teringin nak cari koleksi buku-buku lama memang wajiblah datang ke kedai buku Junk Book Store ni. Kedai ni terletak di Jalan Tun HS Lee, bertentangan dengan RHB Bank.


Keadaan kedai ni agak kurang mesra pelanggan sebab pintunya sentiasa tertutup. Tapi kat dalam tu kan ada banyak 'harta', jadi haruslah sentiasa dilindungi. Masuk-masuk je kedai ni, memang dari lantai ke siling penuhhh dengan buku. 



Macam-macam jenis buku ada. Sejarah, politik, geografi, sains, novel, semualah. Kebanyakannya buku-buku berbahasa Inggeris. Buku bahasa Melayu pun ada juga, cuma tak sebanyak yang bahasa Inggeris. Masa saya pergi tu, ada dua orang mak cik Cina yang jaga kedai tu. Kalau nak cari apa-apa buku, tanya je dengan mereka, terus mereka bagitahu tempat buku tu terletak. Sebab kalau nak cari sendiri satu-satu memang setahun juga lah kot ha ha ha. 


Antara yang menarik perhatian saya (dan agak menyentuh hati) adalah apabila saya membelek koleksi buku-buku lama yang pernah saya baca masa zaman kanak-kanak dulu. Teringat pula zaman comel tu huhu. Buku-buku saya masa kecil dulu kebanyakannya dah terpaksa dibuang sebab rumah pernah kena serang anai-anai. Selain tu saya juga teruja melihat pelbagai jenis buku ilmiah yang buat saya rasa macam nak luangkan hidup saya dengan membaca je!


Buku-buku kat sini memang dibalut dengan plastik setiap satunya. Ada juga yang dibalut mengikut keluaran, misalnya majalah yang dibalut untuk 12 keluaran sekaligus. Harga dekat sini agak berpatutan jugalah, sebab buku-bukunya terpakai jadi tak adalah mahal sangat. Cuma mungkin buku-buku yang agak lamaaa tu dinaikkan harga sikit sebab benda tu susah nak dapat kan. Rasanya kalau hantu buku (bukan ulat dah, hantu terus!) datang ke sini, mesti tak pulang dengan tangan kosong.


"Jika anda tak mampu mengembara, membacalah".

You Might Also Like

2 comments