My Favourite Mascara!

02 February


Kalau bab solekan, maskara memang salah satu benda paling penting untuk saya. Kalau tak ada celak/eyeliner pun tak apa, asalkan ada maskara. TAPI satu benda yang rasanya kebanyakan perempuan malas nak buat adalah mencuci solekan! Haha lagi-lagi nak cuci maskara tu, kalau guna make up remover pun kena hati-hati je lap dekat bulu mata tu, takut pedih terkena mata. Haaa ni yang saya nak cerita ni. Sebenarnya dah lama saya guna maskara ni, sebab memang dah jatuh cinta.


Tak lain tak bukan, Maskara Arab terlajakkk laris! Eh tak tak saya bukan nak tolong promosikan (syarikat tu memang dah cukup dikenali pun kan) cuma saya nak bantu para gadis dan wanita yang suka pakai maskara untuk memilih maskara yang tahan lama tapi mudah untuk dicuci. Jadi, berdasarkan pengalaman saya, memang Maskara Arab D'herbs ni lah jawapannya. Biasanya orang cari maskara yang kalis air/waterproof kan? Tapi maskara ni memang tak waterproof.


Harganya berpatutan, cuma dalam RM25 je (siap ada free bulu mata palsu lagi hahah tapi tak pernah guna pun lewls). Kalau beli dekat kiosk jamu tu cuba-cuba minta kurang sikit dekat akak yang jual tu, buat muka kesian sikit, kadang-kadang bolehlah dapat dalam RM20 macam tu hehehew. Cara pakai dia sama macam maskara biasa je. Cuma masa nak cuci tu, boleh terus guna air tanpa perlu ada sebarang sabun atau make up remover. Tak pasti kalau lain orang lain pula kesannyaa, tapi setakat yang saya guna memang sapu air je maskara tu dah tanggal.


Dalam gambar atas ni, saya cuba sapu sikit maskara tu dekat tangan dan lepas tu lap dengan tisu yang dah dibasahkan dengan air sikit. Tadaaa memang terus hilang macam tu je! Bersih dan suciii. Kiranya kalau Muslimah yang nak berwuduk tu boleh sapukan air sikit sampai dah yakin yang maskara tu dah tanggal sepenuhnya dari bulu mata, lepas tu dah boleh terus berwuduk macam biasa. Saya memang selalu buat macam tu je, sebab selalunya jarang pakai make up tebal, cuma pakai pelembab dan sunblock lepas tu pakai bedak. Bedak dan pelembab pun memang jenis yang bila saya berpeluh sikit je dia dah hilang haha jadi tak perlu dah nak cuci muka dengan sabun setiap kali nak berwuduk. Mudah kan? I hope this entry would benefit all the hijabis out there in finding your perfect mascara! 


You Might Also Like

2 comments