Pengalaman Menggunakan Xiaomi Mi Band

12 February


Kira-kira sebulan yang lepas saya telah membeli satu smartband seperti yang dicadangkan oleh seorang rakan, Arib Ismail (penulis laman teknologi Amanz.my). Smartband yang berfungsi sebagai fitness band ini sangatlah mampu milik, sesuai dengan fungsi yang ditawarkan. Saya telah membelinya di kedai 1 Gadget, Menara PGRM pada harga RM69 sahaja. Reka bentuk Mi Band ini juga ringkas dan mempunyai saiz yang selesa untuk dipakai. Saya ni bukanlah jenis yang suka pakai jam atau gelang, tapi Mi Band ni kecil dan ringan je. Nak pakai masa tidur pun selesa.


Apakah fungsi Mi Band? Secara ringkasnya, fungsi wearable device ni boleh disenaraikan seperti berikut:

1. Mengira bilangan langkah (steps) apabila kita berjalan/berlari (dan beberapa aktiviti senaman lain)
2. Mengenal pasti bilangan jam kita tidur setiap malam (light sleep dan deep sleep)
3. Bergetar apabila ada panggilan telefon masuk
4. Bergetar apabila bilangan langkah kita telah mencapai target
5. Bergetar apabila berfungsi sebagai jam loceng (alarm)



Bagaimanakah cara Mi Band ni berfungsi?

Mi Band berfungsi dengan menggunakan Bluetooth yang disambungkan dengan telefon pintar untuk mengemaskini data yang dikumpul melalui band tersebut. Data pula akan dipaparkan menerusi satu aplikasi khas, iaitu Mi Fit yang boleh dimuat turun di App Store. Apabila Bluetooth diaktifkan, proses mengemaskini (sync) akan berlaku secara automatik apabila kita membuka aplikasi tersebut. Maknanya kalau nak pergi jogging, tak perlu bawa fon. Cuma pakai Mi Band dan kemaskinikan lepas dah balik jogging tu.


Antara kelebihan Mi Band yang saya suka selain daripada rupa bentuknya yang ringkas tapi bergaya *flips tudung* adalah daya tahan baterinya yang lama, iaitu sehingga 30 hari selepas dicaj. Nak caj pun mudah, cuma sambungkan USB ke laptop je. Sesetengah smartband lain hanya bertahan dalam seminggu atau beberapa hari je. Selain tu, Mi Band ni juga kalis air. Setakat ni saya rileks je basuh pinggan tanpa perlu menanggalkannya terlebih dahulu hehehe. Orang yang baru-baru nak cuba guna fitness band untuk jejak progres aktiviti senaman atau jogging (macam saya), bolehlah cuba Mi Band ni.

You Might Also Like

1 comments

  1. Wah nama saya ada kat atas tu lah :D Hehe.

    Seronok baca review Izazi tulis. Orang lain yang tak pernah dengar pasal Mi Band ni pun mesti rasa nak beli v^.^

    ReplyDelete