Powered by Blogger.

Search This Blog

The Daily Jaji


Siapa pernah dengar tentang Carousell? Bukan yang permainan kuda pusing-pusing macam kat Genting tu, tapi yang ni https://carousell.com/ (klik pautan untuk ke laman tersebut). Eh tapi lepas tu datang sini balik tau, jangan lupa baca entri ni sampai habis. :p Carousell ni apa? Kalau nak tahu, inilah tempat untuk menghabiskan duit! Muaha ha ha.


Carousell merupakan sebuah aplikasi jual beli yang ada ciri-ciri macam katalog dan ruangan sembang yang sangat memudahkan urusan. Masa saya mula-mula terima e-mel daripada Carousell dulu, mereka gunakan tagline "think of it as an Instagram for selling" untuk memudahkan kita faham tentang kegunaan aplikasi ni. Dia lebih kurang macam Instagram, cuma ada ciri-ciri tambahan yang dapat memudahkan proses jual beli seperti make an offer, chat to buy, dan mark as sold.


Tapiii yang paling penting ialah ruangan feedbacks atau maklum balasnya, sebab dari situ kita boleh tahu tentang orang yang bakal berurusan dengan kita tu. Sebelum make an offer kat seseorang penjual tu, kena tengok dulu ruangan feedbacks dia, sama ada banyak positif, neutral, atau negatif. Ruangan ni diisi oleh orang yang pernah berurusan dengan penjual/pembeli tu, jadi kebanyakannya boleh dipercayai, melainkan penjual tu sanggup buat akaun palsu banyak-banyak semata-mata sebab nak puji diri sendiri! Huhu menakutkan ~~


Macam-macam barang ada kat Carousell ni, macam-macam jugalah yang menarik untuk dibeli. Barang baru atau terpakai (preloved katanya), semua ada. Cara bayaran bergantung kepada budi bicara penjual dan pembeli sendiri. Carousell hanya tempat untuk kita iklankan barang je, tiada bayaran dibuat melalui Carousell. Gambar atas ni antara barang yang saya sendiri pernah jual di Carousell. Kalau nak tengok lebih banyak haa silalah follow Carousell @izazi.kl yeee hehe.

Dalam screenshot atas ni boleh tengok perbualan salah satu urusniaga yang berjaya. Syukurrr sebab setakat ni semua urusniaga berjalan lancar, masih belum pernah ada pengalaman buruk dengan penjual atau pembeli. Sebaliknya, ada kenangan manis! Ada seorang akak ni pernah minta untuk COD (cash on delivery) kat KLCC. Kebetulan sebelum jumpa dia, saya memang perlu ke sekitar KLCC untuk urusan lain, jadi saya terlewat dalam 10 minitlah untuk jumpa akak tu. Tapi akak tu baik hati, dia tak marah langsung kita terlewat, dia siap kesian lagi sebab tengok saya ni berpeluh-peluh bergegas sebab nak jumpa dia. Dannn dia siap belanja minum Gong Cha lagi haaa. See, people arent that bad! Kalau niat kita baik, orang pun layan kita baik juga kan hehe.


Jadi pada saya, Carousell memang tempat yang paling senang nak jual dan beli barang secara dalam talian, sama ada baru atau preloved. Thanks to it's wonderful features! Cuma tu lah, aplikasi ni selalu juga hiccup, kena selalu refresh. Mungkin sebab bilangan pengguna makin bertambah kot, harapnya lepas ni masalah tu akan dibaiki. Cepat dapatkan aplikasi Carousell dari Playstore atau Appstore sekarang dan jangan lupa follow dan beli daripada @izazi.kl tau! :D

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

I'm really passionate when it comes to decorating spaces! My favourite space to decorate is of course, the bedroom. The room is where the heart is, right? Hehehe. Memandangkan saya baru masuk bilik asrama baru kat universiti, jadi inilah masanya untuk deko deko bersamaaa Jajiii haha. So right here on the wall I have some photos of the places I'd love to visit one day, and some inspiring quotes, hanging on a thin rope attached to wooden cloth pins.

Nak hias bilik macam ni mudah je. Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:


1. Paku/cangkuk
2. Tali/benang kait yang tebal
3. Penyepit baju kayu
4. Gambar yang nak dipamerkan
5. Gunting

Cara-caranya pula adalah seperti berikut:

1. Lekatkan dua cangkuk pada dinding. Jarak antara dua cangkuk tu terpulang pada bilangan gambar yang nak diletakkan. Kalau nak guna paku pun boleh, cuma saya guna cangkuk lekat ni sebab lebih mudah. Lagipun ni bilik kat hostel universiti, tak boleh paku sesuka hati hehe.

2. Gunting tali/benang, kemudian ikatkan tali/benang pada cangkuk. Pastikan ikatan tidak terlalu tegang.

3. Sepitkan gambar pada tali tersebut. Dah siap!


Senang kan? Untuk gambar tu, saya cetak dan potong sendiri sendiri kat bilik je. Sebab kebetulan memang printer tu ada dakwat warna dan stok kertas gambar pun banyak lagi. Saya suka betul dengan kata-kata hikmat macam ni tau, lagi-lagi kalau dah letak kat tepi katil macam ni. Rasa macam bangun-bangun tidur je terus dapat motivasi! Hehe.


Why Chanel? Because Chanel inspires me to work harder in order to buy those pretty handbags! Haha :p  Ohh and the coral and red flowers are actually Kate Spade's design, and I love Kate Spade! Meanwhile for the places I'd love to visit, on the right is Mecca (every Muslim's dream), and on the left is New York (too much influence from American TV series haha). There's so many other places I dream of visiting too but I chose these two to be hanged just because the photos are nice (thanks Google!) hehehe. 


"Dreams don't work unless you do". Jangan takut untuk bermimpi, jangan mengalah untuk mengejar mimpi. Haa kalau ada yang dah cuba hias bilik macam ni nanti jangan lupa tag saya kat gambar korang tau! Tak kisahlah kat Facebook ke Instagram ke. Teringin okay nak tengok bilik yang comel-comel tuu hehe. Selamat menghias!
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Roti bakar dan telur, kombinasi sarapan yang sempurna! 



Semasa dalam perjalanan ke USM baru-baru ni, saya dan keluarga telah singgah untuk bersarap di kedai Roti Bakar Corner yang terletak di Taman Perpaduan, Ipoh. Kedai ni terletak dekat kawasan perumahan yang tak terlalu jauh dengan tol Ipoh. Waktu operasi pula adalah dari jam 8 pagi sehingga 12 tengah hari.


Menu signature kedai ni haruslah roti bakar telur meleleh kan! Tapi roti bakar yang dimakan dengan kacang pool ni pun tak kurang sedapnya. Saya yang baru pertama kali cuba makan kacang pool ni pun dah terus jatuh cinta. Masa tu dalam hati dah menyesal sikit sebab 'ter'makan banyak ha ha ha tapi sebab sedap punya pasal, maka diet pun ke laut lah pada hari tersebut.


Selain daripada roti bakar telur meleleh (sebenarnya nama dia roti telur je) dan kacang pool, ada juga menu lain yang nampak menarik, macam roti kaya, roti tampal, dan roti john. Kedai ni sentiasa ramai pelanggan dan tuan kedai pun ramah melayan pelanggan. Tentang harga pula tak perlu risau, sebab memang berpatutan. Tak rugi kami tunggu sehingga ke exit Ipoh untuk makan kat sini!
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

ZULFATI IZAZI ZULKIFLI

ZULFATI IZAZI ZULKIFLI
My friends call me Jaji. Malaysian. Currently in South Korea. I blog for fun, just to share about all the good things in life. I am currently (trying to be) active in sharing about my PhD journey and scribbling about my daily life in Korea.

MY INSTAGRAM

POSTS YOU MAY WANT TO READ

  • Syampu BAWANG untuk Wanita dan Kisah Rambut Gugur
  • THIS ROUTINE SAVED MY HAIR
  • How I DIY My Marble Table / Buat Sendiri Meja Corak Marmar
  • Makan Secara Sihat di Epic Fit Meals
  • 7 Tips Remeh untuk Move On!
  • Mr. Steak House, Bandar Sri Permaisuri
  • Review: Najis Berminyak Lepas Makan Kitsui Royal Lipo Trim??
  • My Academic Journey

POSTS FROM THE PAST

  • ►  2021 (11)
    • December (1)
    • November (1)
    • October (2)
    • September (1)
    • August (1)
    • July (2)
    • June (1)
    • April (1)
    • February (1)
  • ►  2020 (7)
    • November (1)
    • September (1)
    • June (1)
    • May (1)
    • April (1)
    • January (2)
  • ►  2019 (17)
    • December (2)
    • November (1)
    • September (3)
    • August (1)
    • July (1)
    • June (2)
    • May (2)
    • April (1)
    • March (1)
    • February (2)
    • January (1)
  • ►  2018 (26)
    • December (3)
    • November (2)
    • October (3)
    • September (3)
    • August (2)
    • July (3)
    • June (1)
    • May (2)
    • April (1)
    • March (3)
    • February (1)
    • January (2)
  • ►  2017 (39)
    • December (2)
    • November (4)
    • October (2)
    • September (2)
    • August (3)
    • July (4)
    • June (1)
    • May (5)
    • April (4)
    • March (4)
    • February (4)
    • January (4)
  • ▼  2016 (54)
    • December (2)
    • November (4)
    • October (3)
    • September (5)
    • August (8)
    • July (5)
    • June (7)
    • May (9)
    • April (4)
    • March (3)
    • February (4)
  • ►  2015 (12)
    • December (2)
    • November (2)
    • October (2)
    • September (2)
    • May (1)
    • April (3)
  • ►  2013 (19)
    • December (6)
    • November (4)
    • October (7)
    • September (2)
  • ►  2012 (1)
    • January (1)
  • ►  2011 (1)
    • April (1)
  • ►  2010 (18)
    • December (1)
    • November (2)
    • August (1)
    • July (3)
    • June (2)
    • May (1)
    • April (3)
    • March (1)
    • February (2)
    • January (2)
  • ►  2009 (45)
    • December (3)
    • October (4)
    • September (3)
    • August (4)
    • July (5)
    • June (3)
    • May (2)
    • April (6)
    • March (4)
    • February (4)
    • January (7)
  • ►  2008 (4)
    • December (1)
    • November (2)
    • September (1)

YOU CAN TRANSLATE THIS BLOG

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates