Carousell: Platform Termudah untuk Menjual Preloved

26 March


Siapa pernah dengar tentang Carousell? Bukan yang permainan kuda pusing-pusing macam kat Genting tu, tapi yang ni https://carousell.com/ (klik pautan untuk ke laman tersebut). Eh tapi lepas tu datang sini balik tau, jangan lupa baca entri ni sampai habis. :p Carousell ni apa? Kalau nak tahu, inilah tempat untuk menghabiskan duit! Muaha ha ha.


Carousell merupakan sebuah aplikasi jual beli yang ada ciri-ciri macam katalog dan ruangan sembang yang sangat memudahkan urusan. Masa saya mula-mula terima e-mel daripada Carousell dulu, mereka gunakan tagline "think of it as an Instagram for selling" untuk memudahkan kita faham tentang kegunaan aplikasi ni. Dia lebih kurang macam Instagram, cuma ada ciri-ciri tambahan yang dapat memudahkan proses jual beli seperti make an offer, chat to buy, dan mark as sold.


Tapiii yang paling penting ialah ruangan feedbacks atau maklum balasnya, sebab dari situ kita boleh tahu tentang orang yang bakal berurusan dengan kita tu. Sebelum make an offer kat seseorang penjual tu, kena tengok dulu ruangan feedbacks dia, sama ada banyak positif, neutral, atau negatif. Ruangan ni diisi oleh orang yang pernah berurusan dengan penjual/pembeli tu, jadi kebanyakannya boleh dipercayai, melainkan penjual tu sanggup buat akaun palsu banyak-banyak semata-mata sebab nak puji diri sendiri! Huhu menakutkan ~~


Macam-macam barang ada kat Carousell ni, macam-macam jugalah yang menarik untuk dibeli. Barang baru atau terpakai (preloved katanya), semua ada. Cara bayaran bergantung kepada budi bicara penjual dan pembeli sendiri. Carousell hanya tempat untuk kita iklankan barang je, tiada bayaran dibuat melalui Carousell. Gambar atas ni antara barang yang saya sendiri pernah jual di Carousell. Kalau nak tengok lebih banyak haa silalah follow Carousell @izazi.kl yeee hehe.

Dalam screenshot atas ni boleh tengok perbualan salah satu urusniaga yang berjaya. Syukurrr sebab setakat ni semua urusniaga berjalan lancar, masih belum pernah ada pengalaman buruk dengan penjual atau pembeli. Sebaliknya, ada kenangan manis! Ada seorang akak ni pernah minta untuk COD (cash on delivery) kat KLCC. Kebetulan sebelum jumpa dia, saya memang perlu ke sekitar KLCC untuk urusan lain, jadi saya terlewat dalam 10 minitlah untuk jumpa akak tu. Tapi akak tu baik hati, dia tak marah langsung kita terlewat, dia siap kesian lagi sebab tengok saya ni berpeluh-peluh bergegas sebab nak jumpa dia. Dannn dia siap belanja minum Gong Cha lagi haaa. See, people arent that bad! Kalau niat kita baik, orang pun layan kita baik juga kan hehe.


Jadi pada saya, Carousell memang tempat yang paling senang nak jual dan beli barang secara dalam talian, sama ada baru atau preloved. Thanks to it's wonderful features! Cuma tu lah, aplikasi ni selalu juga hiccup, kena selalu refresh. Mungkin sebab bilangan pengguna makin bertambah kot, harapnya lepas ni masalah tu akan dibaiki. Cepat dapatkan aplikasi Carousell dari Playstore atau Appstore sekarang dan jangan lupa follow dan beli daripada @izazi.kl tau! :D

You Might Also Like

0 comments