How I Lost 5kgs in One Month: Part 2

11 March


Remember my previous post, How I Lost 5kgs in One Month: Part 1? (Klik link tu untuk baca Cara Saya Turunkan 5kg dalam Sebulan: Bahagian 1) Okay, kalau dalam tu saya cerita tentang tips senaman je, sekarang saya nak kongsi tentang pemakanan pula. Biasaaa sangat kita dengar bahawa dalam menurunkan berat badan, hanya 20% je senaman manakala 80% lagi ialah diet! Jadi kalau nak kurus, kalau nak gambar #ootd cantik, kalau nak turunkan sikit berat badan, nak tak nak mesti kena jaga makan. I am not even close to skinny, but I did lost 5kgs with these diet tips so lets check them out! Dalam post ni saya nak cerita tentang sarapan dulu. Sebab saya biasanya bersenam waktu pagi, jadi perkara kedua selepas senaman tu haruslah sarapan kan. Walaupun saya rakyat Malaysia sejati, tapi demi menurunkan berat badan saya sanggup korbankan sarapan warga Malaysia yang sedap macam nasi lemak, roti canai semua tu! Huhu k. Jadi apa je yang saya makan?


Tadaaa, saya makan oat (Quaker Oat) untuk sarapan saya. Hampir setiap hari saya makan ni, tanpa sedikit pun rasa bosan mahupun jemu (okay tipu kadang-kadang bosan juga ha ha ha). Tapiii kena ingat, kita diet bukan sebab nak kurus je tau, tapi sebab nak jaga kesihatan juga. Dalam oat ni terkandung pelbagai khasiat, antaranya beta glucan yang berfungsi untuk menyerap kolestrol.


Selain daripada oat, saya juga turut mencampurkan chia seeds dan psyllium husk ke dalam oat ni. Chia seeds ni banyak khasiatnya, antaranya untuk memberikan tenaga dan kaya dengan serat (fiber). Psyllium husk pun dapat membantu menurunkan kadar kolestrol, selain sangat tinggi dengan serat dan dapat membantu pencernaan. Nak buang air besar pun lawas je. Kalau nak campurkan kedua-dua benda ni dalam oat, pastikan kena makan sejurus lepas disediakan, sebab ia akan mengembang dalam air. Takut kalau dibiarkan terlalu lama nanti kembang sangat tak sedap pula. Chia seeds dan psyllium husk ni saya beli kat kedai Natural Health Farm yang salah satu cawangannya ada di Tesco Extra Cheras.


Untuk menyedapkan lagi oat ni, saya campurkan sepaket serbuk susu kambing Rizqi (Mamadil). Susu kambing pun terkenal dengan pelbagai khasiat, lagipun susu Rizqi ni memang sedap tau! Rasa macam vanila sikit, lemak-lemak manis je. Orang yang tak berapa suka minum susu pun boleh jadi suka. Selain susu tepung, boleh juga campurkan dengan sesudu serbuk Milo atau susu sejat Ideal, bergantung pada citarasa.


Untuk menambahkan lagi kesedapan menu sarapan saya ni, saya campurkan kismis sikit sebagai pemanis. Tak kisahlah kismis hitam atau kuning, dua-dua saya suka. Kalau nak tambah buah-buahan lain pun boleh juga, macam kurma ke, beri-beri kering ke, strawberi segar ke. Yang penting sarapan ni sedap, berkhasiat, dan mengenyangkan. Kalau saya makan oat ni, boleh kenyang sampai empat jam tauuu. Jadi, sanggup tak tinggalkan nasi lemak dan roti canai?! Hehee selamat mengamalkan diet yang sihat!

You Might Also Like

0 comments