Roti Bakar Telur Meleleh Ipoh

06 March


Roti bakar dan telur, kombinasi sarapan yang sempurna! 



Semasa dalam perjalanan ke USM baru-baru ni, saya dan keluarga telah singgah untuk bersarap di kedai Roti Bakar Corner yang terletak di Taman Perpaduan, Ipoh. Kedai ni terletak dekat kawasan perumahan yang tak terlalu jauh dengan tol Ipoh. Waktu operasi pula adalah dari jam 8 pagi sehingga 12 tengah hari.


Menu signature kedai ni haruslah roti bakar telur meleleh kan! Tapi roti bakar yang dimakan dengan kacang pool ni pun tak kurang sedapnya. Saya yang baru pertama kali cuba makan kacang pool ni pun dah terus jatuh cinta. Masa tu dalam hati dah menyesal sikit sebab 'ter'makan banyak ha ha ha tapi sebab sedap punya pasal, maka diet pun ke laut lah pada hari tersebut.


Selain daripada roti bakar telur meleleh (sebenarnya nama dia roti telur je) dan kacang pool, ada juga menu lain yang nampak menarik, macam roti kaya, roti tampal, dan roti john. Kedai ni sentiasa ramai pelanggan dan tuan kedai pun ramah melayan pelanggan. Tentang harga pula tak perlu risau, sebab memang berpatutan. Tak rugi kami tunggu sehingga ke exit Ipoh untuk makan kat sini!

You Might Also Like

0 comments