Me and My Passion Towards Bags

17 April


I loveee bags. I totally LOVE bags. Saya dan beg ada satu hubungan akrab yang takkan terpisah. Hahaha. I love all kinds of bags, especially mini bags. I dont mind wearing bags with no brands, but if I have to make a list, my favourite brands would be Longchamp, Harrods, Kate Spade, and of course, Chanel! But I have yet to buy one from Kate Spade or Chanel (duhhh, the price of a Chanel bag is about the same value of my car lol). But that doesnt stop me from admiring their designs. Harrods bags are very cute and affordable (for the small tote type), and as for Longchamp, I once purchased a small sized fir green colour from a preloved seller for less than RM200. Maklumlah sebagai pelajar, manalah mampu lagi nak pakai beg yang berharga atas daripada RM200. Hey, untuk seorang pelajar macam saya, RM200 tu dah boleh buat duit makan selama dua minggu tau! Haha.


Berbalik kepada cerita tentang beg. Kecintaan saya terhadap beg (dan kasut! haaa tapi tentang kasut nanti kita cerita dalam post lain ye) sangatlah mendalam sehingga mendorong saya untuk berkongsi rasa cinta saya tu dengan orang lain dengan cara menjual beg. 


Perniagaan online saya telah bermula sejak awal tahun 2013 lagi, iaitu ketika saya berada dalam tahun pertama di UKM. Masa tu saya mula jual koleksi beg kertas/paper bags yang saya sukaaa kumpul (tak tahulah kenapa tapi memang suka sangat kumpul haha). Tak lama lepas tu barulah saya mula membeli stok beg secara pukal dan mula menjualnya melalui Facebook dan Instagram. 


Saya ada satu prinsip dalam menjual dan membeli beg: saya tak berapa gemar beg tiruan. Tiruan di sini maksudnya beg yang betul-betul menonjolkan reka bentuk dan jenama beg tu, tapi bukan yang asli. Tiruan ni pada saya berbeza dengan yang inspired. Kalau yang inspired tu mungkin rekaannya ditiru daripada satu jenama tertentu tapi kemudiannya diolah mengikut citarasa si pembuat beg, tanpa menyatakan jenama yang ditiru tu. Beg yang betul-betul tiruan pula biasanya akan ada gred tertentu macam triple A ke, lima A ke, atau 1:1. Haaa tapiii masalahnya bukan senang okay nak melawan godaan dunia! Beg tiruan pun cantik-cantik, dah sebiji macam original, bezanya jauh lebih murah. Hahaha. Sebenarnya kalau nak murah dan berbaloi, saya lebih suka beli beg preloved yang original, atau beli je yang tak ada jenama langsung. Tapi ni pendapat saya je lah, lain orang lain citarasa kan, jadi terpulanglah. Bags are still bags!


Beg yang paling menjadi kegemaran saya ialah beg mini yang ada tali panjang. Sebabnyaaa, beg ni paling mudah nak dibawa berjalan-jalan. Kecil dan padat. Tak perlu beratkan bahu untuk bawa beg besar. Selalunya beg mini ni saya pakai masa jalan-jalan kat KL atau ketika nak naik kapal terbang, yang memerlukan saya banyak berjalan kaki. Kelebihan beg kecil ni semestinya ringan, mudah dibawa, dan senang nak capai barang dalam tu. Kekurangannya pula, beg ni memang cukup-cukup untuk letak barang-barang penting je, macam duit dan kad, bedak dan gincu, serta telefon bimbit. Kalau nak letak payung ke botol air ke memang tak dapatlahhh haha. 


Material beg kegemaran saya pula ialah kulit/kulit tiruan. Beg kulit biasanya kalis air, tahan lasak, dan semestinya cantik.



Beg yang diperbuat daripada material jenis plastik macam beg Harrods, Ted Baker, dan Cath Kidston atau jelly bag (macam beg kuning dalam gambar atas ni) pun saya suka juga. Sebab beg-beg material ni biasanya mempunyai corak dan warna menarik yang jarang terdapat pada beg kulit. Apapun dalam membeli beg, saya akan titik beratkan warna sebab senang nak padankan dengan pakaian dan kasut, dan juga daya ketahanan beg tersebut, sebab Jaji ni memang ganas sikit kalau guna barang ha ha ha.

Haih, duk bercakap pasal beg ni, tiba-tiba rasa macam nak beli beg baru pula. Oh tidak!

You Might Also Like

0 comments