Popia Basah Astaka Stadium, Penang

24 April


Haaa kalau sesiapa yang tengah diet (macam saya) tu mesti tahu yang popia basah merupakan satu hidangan berkhasiat kan? Di Penang ada seorang mamu ni yang jual popia basah kat tepi Stadium Bandaraya Pulau Pinang. Popia yang terkenal dengan gelaran Popia Astaka Stadium ni memang sedap!


Mamu ni memang dah lama meniaga kat sini dan cukup terkenal dalam kalangan Penangite. Gerai dia kecil comel je, terletak berhampiran dengan medan selera di kawasan stadium tu. Masa saya pergi tu ramai juga orang yang tengah beratur nak beli. Yang beli pula bukan satu dua biji je, tapi sampai sepuluh biji terus pun ada. Harga popia dia agak berpatutan dengan saiz dan inti popianya yang padat, cuma RM1.20 je sebiji. 




Yang menariknya, dalam popia tu ada daun salad tau. Haha pertama kali saya jumpa popia yang ada daun salad. Kuah sambal popia tu pun memang terbaikkk. Patutlah ramai yang beli sampai 10 biji sekaligus, rupa-rupanya sebab kalau beli sebiji dua je memang tak cukup. Kepada sesiapa yang bercadang nak datang jalan-jalan kat Penang nanti, popia ni memang salah satu hidangan yang wajib anda cuba!

You Might Also Like

0 comments