Langkah-langkah untuk Cuba Berjoging!

14 May


Berjoging boleh menjadi satu aktiviti yang saaangat berat, lagi-lagi kalau kita ni bukanlah jenis yang atletik sangat. Saya sendiri pun pernah menganggap yang berjoging ni hanya akan buat saya jadi penat je (dahlah saya ada asthma, macam mustahil je nak berlari kan), tapi ternyata saya silap! Saya mula berlari sikit-sikit dan lama-lama saya jatuh cinta dengan joging. Wuuu. Macam mana nak paksa diri untuk berjoging eh? Hmm saya ni takdelah pakar sangat dalam bab ni, tapi disebabkan saya dah pernah paksa diri (dan berkesan!) maka bolehlah saya kongsi sikit tips kat sini.


1. Pakai pakaian yang selesa

Kalau tengok dalam gambar atas ni, saya cuma pakai t-shirt lengan panjang biasa je. Seluar pula ada logo sekolah menengah lagi k hahaha. SMK Seri Bintang Selatan di hatiku. SBS, Go Fight Win! Tudung pula saya pilih material yang ringan dan tak tebal supaya kepala tak berat dan senget sebelah masa berlari. Eh, supaya peluh mudah kering dan selesa lah.



2. Pakai kasut yang selesa

Yasss #teamAdidas! Sebenarnya ni kasut jalan saya, untuk kasut joging ada kasut lain sebenarnya tapi masa ambil gambar ni kasut joging tu tinggal kat kolej, jadi kasut jalan pun jadilah, asalkan selesa. Pakailah kasut sukan yang betul-betul sesuai dengan anda. Pastikan kasut tak terlalu ketat atau terlalu longgar. Jangan lupa pakai setokin sekali untuk lebih selesa.


3. Pilih tempat yang selesa

Tempat kegemaran saya untuk berjoging ialah Taman Tasik Permaisuri yang terletak berhampiran dengan rumah. Tasik ni memang selesa sangat sebab ada laluan khas untuk orang yang nak berjoging. Suasananya pun sangat memotivasikan sebab ramai orang yang turut berjoging. Ada juga keluarga yang bawa anak jalan-jalan, atuk nenek yang buat taichi, dan kakak-kakak buat senamrobik. Kalau di kampus pula saya suka berlari di sekitar kawasan kampus sambil menikmati pemandangan sekeliling.


4. Pasang lagu

Pasangkan lagu yang buat adrenalin anda lebih aktif! Saya gunakan MP3 Sony sebab MP3 ni tahan lasak, sesuai untuk dibawa bersenam. Earphone pula dari Victoria's Secret, sebab warna merah jambu tu membuatkan saya lebih bersemangat! Haha. Antara lagu dalam playlist saya ialah Good Life oleh One Republic. Lagu tu dah lama, tapi saya suka sebab rasa macam sesuai je nak dengar masa berjoging kat tasik tu. Feeling, orang kata. :p Selain tu banyak juga lagu daripada Tove Lo, sebab Tove Lo sangat cantik dan buat saya lebih termotivasi untuk jadi cantik macam dia! *walaupun mustahil kan ha ha sobs*


5. Buat regangan/stretching

Buat regangan sikit sebelum anda mula berlari. Regangan asas untuk kaki, pinggang, dan tangan pun dah memadai supaya badan tak 'terkejut'.


6. Lari!

Tarik nafas dalam-dalam, hembus. Sedia, mula! Mulakan larian dengan langkah yang sederhana pantas. Ingat, anda nak berjoging, bukannya nak lumba lari. Make it slow and steady. Jangan lupa untuk bernafas. Teruskan joging dan joging, tak kira walau macam mana perlahan sekalipun, jangan mengalah. You can do it! Tetapkan matlamat larian anda, contohnya 1.5 kilometer untuk hari pertama dan tingkatkan matlamat untuk hari-hari berikutnya. Usaha untuk capai matlamat tersebut. "Dont stop when youre tired, but stop only when youre done". *I know I looked funny in the photo but please dont laugh*

Kebiasaannya saya berjoging waktu pagi sebab pagi lebih sejuk dan tenang. Badan juga akan rasa lebih bertenaga sepanjang hari kalau saya joging waktu pagi. Lagipun waktu pagi perut masih kosong, jadi tak adalah rasa berat je nak berlari tu kan. Semoga langkah-langkah ni dapat membantu anda untuk bangun pagi dan mengorak 'langkah', yay!

You Might Also Like

0 comments