Milo Breakfast Day Penang 2016

15 May


So today (15th May 2016) I joined a very joyful run event, the Milo Breakfast Day! Yayyy. Acara ni diadakan di Padang Universiti Sains Malaysia bermula seawal 7.00 pagi sehingga 11.00 pagi. Aktiviti larian terbahagi kepada dua kategori iaitu 5 km dan 3 km.

*sebelum larian*
Saya sertai larian 5 km, malangnya saya baruuu je baik demam, jadi larian tu tak berapa nak laju sangatlah (kalau tak demam pun sama je tak laju juga ha ha). Walaupun masih kurang sihat tapi semangat saya untuk menyertai larian ni tetap tinggi! Mungkin semangat tu lebih sebab kawan sebilik dan senior kat USM ni pun sertai sekali, jadi bertambah-tambahlah kemeriahan acara ni kan. Lagipun taknaklah membazir wang yuran pendaftaran RM30 tu hehehee.




Kami lari bermula di pintu utama USM, melalui Jalan Sultan Azlan Shah, kemudian buat pusingan U di bulatan, dan seterusnya melalui semula Jalan Sultan Azlan Shah sehinggalah ke garisan penamat juga di pintu utama USM. Saya mengambil masa kira-kira 45 minit untuk melengkapkan larian tersebut. Memang tak lari langsung sebenarnya, cuma joging kira-kira 2 km dan diselang-selikan dengan berjalan untuk 3 km lagi tu. Untuk orang yang baru baik demam kira okayyy lah tu kan haha (kasi chance lah kita nak pujuk diri sendiri hehe).

*selepas larian*

Selain larian, Milo Breakfast Day ni juga ada menyediakan banyak aktiviti lain untuk keluarga dan kanak-kanak, misalnya main hula hoop, tali skip getah, yoga, dan banyak lagi. Terdapat juga gerai-gerai jualan yang membuat promosi produk Milo. Tak kurang juga persembahan zumba dan pasukan sorak. Pengendali untuk acara ni pula ialah Nadia dan Hafiz aka Cowbear dari FlyFM. Memang meriah!




Anddd my favourite! Bubbles! Bila tengok balik gambar ni baru perasan yang kebanyakan orang lain yang main buih tu ialah kanak-kanak. Alamak! Tersesat pulak kita kat situ haha. Selain main buih, antara perkara lain yang menarik tentang acara ni haruslah Milo percuma! Segar dari van tauuu. Para pengunjung juga dapat menikmati sarapan percuma, antaranya sandwich dan bihun goreng.


Dari kiri, Kak Syazana dan  Ira. Terima kasih akak-akak cantik sebab memeriahkan lagi aktiviti larian tadi! Psst, penganjur memang terbaik sebab sediakan banyak latar belakang cantik-cantik untuk para pengunjung bergambar hehee. #itsmyday


Masa check in lokasi kat Swarm App, ada pula orang tegur saya, katanya dia pun ada kat acara Milo ni juga. Rupanya Syahmie, kawan kepada sepupu saya, Nelly yang sama-sama belajar di UTP ni haa. Dekat tiga tahun juga tak jumpa, cuma kerkawan dalam Twitter je. Tak sangka boleh terjumpa kat USM! Btw cuba tengok van Milo kat belakang tu, haa terbayang tak kesedapan segelas Milo sejuk? Hehe.


Berpeluh dan comot tak menghalang kami untuk berselfie okay ha ha. Anyways thanks Milo for organising such healthy and happening event! We had so much fun! Looking forward to my next run event, Insyaallah. :D

You Might Also Like

0 comments