Nude Range by Sugarbelle Cosmetic

01 May


SUKA. SANGAT. Saya sukaaa sangat semua warna yang ada dalam koleksi gincu Nude Range oleh Sugarbelle Cosmetic ni. Memang cantik dan nampak asli/natural je. Memandangkan lip cream ni jenis matte, maka ia menyerlahkan lagi keaslian solekan kita sebab tak terlalu berkilat atau shiny. Koleksi Nude Range ni ada enam warna kesemuanya, dan sejujurnya memang susah nak tentukan mana yang paling cantik, sebab serius semuaaa cantik! Tapi takpe, memandangkan saya dah cuba semua, saya akan kongsikan sikit pendapat tentang variasi warna yang ada tu.

1. Bomb Shell


Bomb Shell ni warnanya nak ke arah pink sikit, tapi tak berapa pink. Macam nak ke ungu pun ada juga, tapi tak berapa ungu sangat. Haa dia macam gabungan antara pink dan purple yang cukup elegan. 

2. Nude Kisses


Menurut wakil pengedar SugarBelle, warna Nude Kisses ni memang antara yang paling laris jualannya. Mungkin sebab warnanya yang tak terlalu pink, dan juga tak terlalu nude, menjadikan Nude Kisses ni satu warna yang sesuai dengan pelbagai warna kulit. Saya pun suka dengan warna ni. Rasa macam sweet je bila pakai. Ehhh hehehe.

3. Mocha Dreams


Sesuai dengan namanya, Mocha Dreams ni berwarna kecoklatan seakan-akan warna air mocha. Pada saya, warna ni sesuai digabungkan dengan solekan yang agak berat pada bahagian mata. 

4. Amber Blush


Amber Blush ni pun warnanya berasaskan rona tanah, hampir sama dengan Mocha Dreams, cuma coklatnya lebih pekat dan terang. (Maafkanlah selfie yang terlalu dekat tu haha, gigih tau nak bagi pencahayaan tu betul-betul menunjukkan warna sebenar lip cream tu)

5. Sand Storm


Sand Storm ni pada saya ialah warna coklat yang paling lembut dan cair sekali. Warnanya membuatkan si pemakai (termasuk saya lah tu) kelihatan agak pucat. Sesuai untuk sesiapa yang sukakan gaya pale makeup look.

6. Love Struck


Love Struck ni pula warnanya pink, tapi tak terlalu terang. Yelah nama pun Nude Range kan, mestilah warnanya dalam kategori nude dan lembut je. Hmmm, setelah dikaji serta diteliti dengan terperinci (wah gitu! haha), Love Struck ni lah warna yang palinggg saya suka. Dont get me wrong, I still love ALL of them and had a hard time choosing, but if I were to choose one for my daily use, it would definitely be Love Struck (simply because I love pink!) Hehe.


Yang menariknya tentang SugarBelle Nude Range ni, lip cream dia memang wangiii sangat. Manis je bau dia. Dannn yang lagi menarik, masa nak pakai tu kita cuma sapukan sikit je dah cukup, sebab krim dia agak pekat. Jadi ni berita baik lah kan, sebab satu lip cream je dah boleh tahan lama. Semestinya RM59 yang cukup berbaloi. Oh btw, jika ada yang tertanya-tanya, dalam gambar-gambar kat atas tu saya cuma guna BB cream, bedak, blusher nipis, serta sedikit eyeshadow, eyeliner, dan maskara. Tak perlu solek tebal sangat pun dah boleh tampil menawan dengan lip cream oleh SugarBelle ni hehee. Terima kasih kepada https://www.facebook.com/TerataiBoutique dan laman Instagram @sugarbelle_tb sebab bagi saya cuba koleksi lip cream yang memukau ni. Kepada sesiapa yang nak dapatkan lip cream ni bolehlah lawat laman tu ye, macam-macam ada. Untuk maklumat lanjut tentang kosmetik SugarBelle bolehlah ke laman https://www.sugarbellecosmetic.com. 

You Might Also Like

3 comments