PEN-KUL 18:20

30 May


Baru-baru ni saya balik ke KL dari Pulau Pinang dengan penerbangan Air Asia pada jam 6.20 petang, dan apa yang saya nampak sangatlah mengagumkan. Itu merupakan kali pertama saya naik kapal terbang pada waktu lewat petang sehingga maghrib. Jadi pemandangan yang saya nampak tu adalah dari terangnya petang sehingga malapnya senja. Selalunya saya naik pada waktu siang yang panas terik sampai kena tutup tingkap atau waktu malam yang memang tak nampak apa-apa langsung, jadi ni memang kali pertama saya betul-betul menikmati pemandangan dari ketinggian 30 000 kaki.


Look at the clouds! Subhanallah, cantik. Leka betul saya sepanjang perjalanan tu. Terima kasihlah Air Asia sebab bagi saya duduk tepi tingkap haha. Dah macam orang pertama kali naik kapal terbang pula masa tu sebab tak habis-habis nak jenguk tingkap dan keluarkan telefon untuk ambil gambar setiap kali ada pemandangan yang menarik ha ha ha. Saya mula naik kapal terbang pada usia 5 tahun, kalau tak silap masa tu nak ke Kedah. Persepsi pertama terhadap kapal terbang masa tu adalah "tak best, sakit telinga" (sebab tekanan udara yang berbeza) hahaha kata-kata seorang kanak-kanak lima tahun lulz,


Mula-mula masa kapal terbang mula berlepas je kira-kira pukul 6.20 petang tu saya dapat nampak Jambatan Pulau Pinang. Panjanggg okay, sampai tak nampak hujung jambatan. Sebelum ni masa naik penerbangan malam pun dapat tengok jambatan tu juga, tapi dengan suasana berbezalah. Waktu malam, jambatan ni nampak cantik sangat dengan sinaran lampu-lampu.


Lepas beberapa ketika, dapatlah pula tengok bentuk muka bumi Malaysia tanah airku ni haha. Saya siap tajamkan mata lagi untuk tengok sejauh mana perginya air dari Selat Melaka yang mengalir ke bahagian barat Semenanjung Malaysia tu. Ada yang membentuk sungai berwarna coklat sampai ke kawasan kampung-kampung, sampai ke belakang rumah orang pun ada. Memanglah benda ni fakta yang tak luar biasa pun , tapi perasaan apabila dapat tengok dengan mata sendiri tu memang mengagumkannn.


Haa yang ni gambar kegemaran saya! The sunset view was just breathtaking. Macam-macam angan-angan dah muncul dalam fikiran masa tu, antaranya angan-angan nak jadi penjelajah (traveller) sebab nak tengok baaanyak lagi keindahan yang ada di bumi ni. Lepas tu sempat juga berangan kalau jadi orang kaya, nak beli helikopter sendiri sebab nak tengok pemandangan dari atas awan dengan lebih kerap lagi. Amboiii hahaha. Hey, tak salah kan nak berangan sekali-sekala? :p #somethingforthefirsttime

You Might Also Like

0 comments