Resipi Telur dan Lada Benggala Mudah

11 May


Disebabkan baru-baru ni saya selalu tengok video resipi 30 saat yang mudah dan ringkas di Twitter, maka saya pun tergoda untuk mencuba salah satu resepi tu, iaitu telur dan lada benggala (benggala tau bukan benggali, benggali tu roti :p) / aka Egg and Capsicum.

Untuk resipi ni ada dua jenis telur yang boleh kita buat, sama ada telur mata ataupun telur dadar.



Telur Mata

Bahan-bahan:
sesudu mentega
sebiji telur
lada benggala yang telah dipotong nipis dan berbentuk bulat (tak kisah hijau/merah/kuning)
sedikit garam
boleh juga tambah serbuk lada hitam, chilli flakes, atau apa-apa yang anda rasa sesuai dan sedap

Cara-cara:
1. Panaskan mentega dalam kuali leper
2. Masukkan potongan lada benggala ke dalam kuali
3. Pecahkan telur ke dalam bulatan lada benggala
4. Tunggu 3-4 minit sehingga telur masak (pastikan api kecil)
5. Sementara menanti telur masak, bolehlah taburkan sedikit garam/serbuk lada hitam/chilli flakes (kalau taknak taburkan apa-apa pun boleh juga, sebab lada benggala tu sendiri berikan perisa pada telur tu)



Telur Dadar

Bahan-bahannya sama seperti hidangan telur mata tadi

Cara-cara:

1. Panaskan mentega dalam kuali leper
2. Pecahkan telur ke dalam mangkuk, tambahkan garam/serbuk lada hitam/chilli flakes dan pukul sehingga sebati
3. Masukkan telur yang telah dipukul ke dalam bulatan lada benggala
4. Tunggu 3-4 sehingga telur masak (pastikan api kecil)

Tadaaa, sedia untuk dihidang! Hidangan ni boleh juga dimakan dengan roti bakar dan sangat sesuai sebagai sarapan. Psst, jangan risau kalau telur meleleh keluar masa anda letakkan telur dalam bulatan lada tu, sebab nanti telur tu akan masak juga. Jangan risau juga kalau rupanya tak berapa nak cantik (macam saya punya yang dalam gambar ni, jauh beza dengan rupa yang saya selalu tengok dalam video 30 saat tu ha ha ha), yang penting rasanya sedap dan masih selamat untuk dimakan. Haha. Selamat mencubaaa.

You Might Also Like

0 comments