These Are Just Words, But They Worked Like Xanax

24 May

Baru-baru ni saya terbaca tweet Arlina Banana (penulis buku Pujuk) yang berkisar tentang kata-kata hikmat atau quotes yang sering kita pegang dalam hidup setiap kali kita sedih atau ada masalah. Saya terus teringat akan satu kata-kata ni yang memang saya sentiasa pegang, sentiasa ingat, dan sentiasa percaya. Kata-kata tersebut adalah: "If Allah brings you to it, He will bring you through it"


Bingkai gambar ni memang dah bertahun-tahun saya letak kat dinding bilik (sebab nak sentiasa ingatkan diri sendiri yang nyanyuk mudah lupa ni). Nampak ringkas, tapi kata-kata tu besar kuasanya pada saya. Allah tak akan uji kalau kita tak mampu, dan Allah memang dah sebut dalam Al-Quran [2:286]. Sebagai manusia, memang kita takkan dapat lari dari masalah, dugaan, ujian. Akan ada masanya kita rasa putus harapan, kecewa dengan hidup, dunia tidak adil, mengapa ini semua harus terjadi, dan (masukkan perkataan tragis lain di sini). *tragic sound effect playing in the background*


Pada saya, setiap kali saya teringat kata-kata tu, secara automatik saya akan mudah redha dengan ujian yang menimpa. Saya rasa tenang ibarat disuntik ubat penenang (tranquilizers, like Xanax, that explains this post title ehehe). Saya juga akan rasa lebih kuat sebab saya rasa macam ada back up untuk saya hadapi sesuatu masalah tu. Tak kiralah masalah apa pun, kewangan ke persahabatan ke masalah hidup ke, semuanya boleh terpujuk dengan kata-kata ni. Lain orang lain ujian dia, tapi kalau Allah dah letak kita kat situ, mesti Dia akan bimbing kita untuk melaluinya. Mesti punya, sebab Allah dah janji. So lets just keep calm and trust Allah. I'd actually feel stronger just by believing in this, and I will keep believing. #letsstaystrong

You Might Also Like

0 comments