Powered by Blogger.

Search This Blog

The Daily Jaji


Sebagai orang KL yang banyak berjalan kaki untuk ke sana ke mari, gaya kasual semestinya menjadi kegemaran saya. Ringkas, selesa, dan praktikal. Walaupun Jaji suka pakai skirt dan kasut tinggi, tapi kalau nak ke mana-mana, lebih-lebih lagi dengan pengangkutan awam, mestilah lagi selesa pakai seluar kan. Bayangkan kalau tengah bergegas nak naik tren dan pintu tren dah nak tertutup, tiba-tiba skirt tersekat pula kat pintu tren tu?!?! Hahaha. Baiklah, dalam tulisan ni saya akan membebel bercerita secara terperinci tentang setiap helaian yang saya pakai tu, bermula daripada tudung sehinggalah kasut.


1. Tudung - Hana Tajima for Uniqlo

Kenapa saya pilih tudung ni? Haa pertama sekali mestilah sebab tudung ni ringan dan selesa! Materialnya sangat sesuai untuk dipakai dalam cuaca Malaysia yang sentiasa ibarat musim panas sepanjang tahun ni. Lagi satu, tudung ni juga tak susah nak dibentuk sebab hanya perlu letak atas kepala dan lilit-lilit sesedap rasa je, dah siap! Jika anda berminat nak dapatkan tudung ni, boleh beli kat sini ye http://www.uniqlo.com/my/store/women-hijab-1790170004.html.


2. Baju - Kemeja Denim

Siapa je yang tak suka kemeja denim kan? Satu helaian yang versatil, sesuai dipadankan dengan pelbagai warna seluar dan tudung. Okay percaya atau tak, kemeja ni sebenarnya Mama yang belikan untuk Jaji kira-kira 12 tahun yang lalu! Yes you read that right! Jaji ingat lagi masa tu darjah 6, Mama belikan kemeja denim ni tapi saya tak berapa suka sebab nampak macam lelaki hahaha. Tapi lepas tu selera dah berubah dan saya mula sukakan baju denim berjenama Wild Zone ni. Kalau tak silap jenama ni memang jenama baju kanak-kanak tau. Sesungguhnya jenama ni memang sangat berkualiti lah kan sebab dah lebih 10 tahun dah pun tapi masih cantik, tak nampak lusuh pun. On the other hand, I realised that I didnt grow much taller or bigger since I was 12...? Haha.


3. Seluar - Uniqlo Women Smart Shape Jeans

This is totally my favourite pair of jeans! Pertama kali ternampak seluar ni kat Uniqlo terus dah jatuh cintaaa. Tidur pun tak lena memikirkan seluar ni tau! Haha dan akhirnya saya beli juga dan memang tak menyesal dengan pembelian ni. Seluar ni sangat memahami perempuan okay. Rekaan seluar ni sangat selesa dipakai dan bertepatan dengan cita rasa Jaji yang agak cerewet memilih seluar. Seluar ni tak terlalu ketat dan tak terlalu longgar, dan yang paling penting, seluar ni berpotongan tinggi (high rise) jadi memang sangat selesa. Selain biru gelap ni, ada banyak lagi pilihan warna lain. Boleh cuci mata kat sini http://www.uniqlo.com/my/store/women-smart-shape-jeans-1638200021.html# okay.


4. Beg - Esprit Tweed Mini Sling Bag

I loveee mini bags. Lagi-lagi kalau banyak berjalan kaki, beg bersaiz mini macam ni senang nak dibawa sebab tak berat dan tak menyusahkan. Nak capai barang dalam beg pun senang. Saya suka silangkan beg yang bertali panjang macam ni sebab rasa lebih selamat berbanding letak atas sebelah bahu je. Yelah kat KL tu ramaiii orang baik-baik, orang yang tak berapa baik pun ramai juga huhu. Jadi kita kena sentiasa berhati-hati. Eh, cukup ke ruang dalam beg kecil macam ni? Hmm kalau setakat bawa barang penting macam duit, telefon pintar, kad pengenalan, bedak dan gincu... cukup kot. Hehee. Read more on my opinions about bags on my previous post here: http://zulfatiizazizulkifli.blogspot.my/2016/04/me-and-my-passion-towards-bags.html


5. Kasut - Adidas Neo Lite Racer

Team Adidas for the win! Haha. Dalam post sebelum ni, Jaji ada cerita pasal joging dan Jaji terpaksa pakai kasut jalan ni untuk joging sebab masa tu kasut joging tertinggal kat kolej. Sebenarnya ini memang kasut jalan kegemaran saya! Selesa gila tak payah cakaplah. Jalan berbelas kilometer pun tak ada masalah :p haha. Kasut macam ni memang dicipta untuk keselesaan ketika berjalan atau berlari, jadi tak hairanlah kan ramai yang suka pakai kasut sukan, walaupun dengan jubah atau baju kurung, hehe.Kasut dalam siri Lite Racer ni ada banyak warna dan corak yang cantik-cantik, rasa macam nak beli je semua! Haha. http://shop.adidas.com.my/catalogsearch/result/?q=lite+racer

Snapchat filer on point hahaha
Sooo I can conclude that my favourite casual style consists of a pair of comfy shoes, jeans, shirt, anddd a suitable hijab. Simple and comfortable! Whats your favourite casual style? If you happened to wear something similar to this, please tag me on Instagram at @zulfatiizazizulkifli okay! I would love to see them and be inspired for my next ootd hehe. Ni baru gaya kasual, nanti kalau berkesempatan, Jaji akan kongsi pula gaya-gaya lain, gaya formal mungkin? Hehe. Terima kasih kerana membaca!

Love, Jaji.

Share
Tweet
Pin
Share
No comments



Okay, pandangan pertama saya terhadap Tappers Cafe ni ialah - cantik! Hiasan dalaman restoran ni yang mengetengahkan warna putih kelihatan sangat elegan dan menenangkan. Sekali pandang, kedai makan ni nampak macam kedai yang harganya mungkin mencecah RM50-RM60 seorang. TAPI sangkaan saya tu salah! Sebab rupa-rupanya harganya sangat berpatutan, sesuai dengan pelbagai menu menarik yang disediakan! :D


Syuhada Tarmizi
Saya ke sini dengan tiga orang sahabat baik dari zaman tingkatan 6 di Victoria Institution (VI) dulu, iaitu Wany Nazar, Nabilah Basir, dan Syuhada Tarmizi. Memang susah nak dapat berkumpul keempat-empat orang sebab masing-masing sibuk. Tapi masa cuti Nuzul Al Quran baru-baru ni, kebetulan kami berempat ada masa terluang, jadi kami pun keluar untuk buka puasa sama-sama. Wany yang cadangkan Tappers Cafe ni, sebab kami nak makan kat tempat yang cantik tapi pada masa yang sama nak jimat duit, maklumlah kami semua pelajar lagi (kecuali Syuhada) hehe jadi faham-faham je lah. :P

Wany dan Nabila *memang takde gambar diorang yang tengah bersedia sikit haha*

Ya, memang kita orang dah rancang nak pakai marroon dan hitam hari tu haha


Kami tiba di kedai ni pukul 6.50 petang, tapi masa tu pekerjanya kata kedai tutup sementara sampai 7.30 sebab  nak bagi ruang pekerja rehat dan Maghrib. Okay, jadi kami pun pergilah solat dulu di surau Times Square yang terletak di tingkat 7. Selesai Maghrib, barulah kami pergi semula ke restoran cantik tadi. Mujur masih ada meja kosong, sebab masa tu ramai juga orang yang berbuka kat situ.





Duduk je, saya terus belek menu. Mula-mula macam tak percaya juga dengan harganya, sebab berpatutan sangat! Kalau pandai pilih, seorang boleh makan kenyang dengan harga kurang daripada RM25 je. Kira okaylah tu kan, sebab jarang kita orang berempat dapat makan sedap sama-sama. Sobs. Zaman kat VI dulu makan 'nasi mahal' (nasi bujang) kat gerai tepi flat San Peng tu je. Heheee. Dalam gambar menu kat atas ni cuma sebahagian je tau, ada baaanyak lagi variasi hidangan lain kat muka surat lain. Tebal juga menu dia sebenarnya haha. Hmm, lepas dah pilih punya pilih, akhirnya inilah yang kami semua makan:

Chicken Parmigiana
RM14.90
Tappers Honey Chilli Chicken Rice
RM12.60
Tappers Nasi Lemak
RM13.90
Beef Lasagne
RM16.80
Cream of Mushroom Soup
RM6.30
Nampak sedap kan? Hehe memang sedap pun! Makanan kat sini boleh tahan, sesuai dengan cita rasa orang Malaysia. Lagi sedap sebab harganya pun tak terlalu tinggi. Tak macam sesetengah kedai yang rupa cantik, harga tinggi, tapi makanan biasa biasa je. Opss hehe. Kategori makanan kat sini boleh dikatakan western juga sebab ada steak, pasta, sandwich, dan banyak lagi. Tapi kalau nak makan hidangan Malaysia pun ada juga, macam nasi lemak dan nasi ayam. Minuman pun ada macam-macam pilihan. Nak kopi ke, air gas ke, jus ke, semua ada.


Apa-apa pun, kami berempat memang puas hati dapat makan kat sini. Layanan baik dan makanan pun cepat sampai, walaupun masa tu ramai pelanggan. Oh ya, rancangan Jalan-jalan Cari Makan pun pernah cadangkan restoran ni tau. Hmm, lepas ni nak datang lagi untuk cuba menu lain pula lah!

Thanks for reading!
Love, Jaji.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Antara hobi saya adalah melawat tempat-tempat bersejarah, dan salah satunya ialah muzium. Walaupun bunyinya macam bosan 😂, tapi kepada sesiapa yang sukakan sejarah, pasti akan rasa teruja apabila dapat melawat muzium. Disebabkan saya baru je selesai perjumpaan dengan penyelia tesis ijazah sarjana saya baru-baru ni, maka timbul rasa bosan (amboi baru selesai perjumpaan dah bosan ye, belum selesai pembentangan lagi tu! haha) jadi saya pun buat keputusan untuk ke Muzium Negeri Pulau Pinang ni.


Penang State Museum ni terletak di Lebuh Farquhar, Georgetown. Bayaran masuk adalah RM1.00 je. Dengan bantuan Waze, saya memandu kira-kira 15 minit je dari USM untuk ke sini. Cantik kan bangunan muzium ni? Sebenarnya bangunan muzium ni asalnya ialah sebuah sekolah, iaitu Penang Free School. Kenapa nama sekolah tu Penang Free?? Sekolah tu percuma ke? 

Jawapannya, sekolah tu dinamakan Penang Free School kerana pengambilan pelajarnya tidak mengira bangsa.

Apa benda menarik yang ada dalam muzium ni? Hmm pada saya semuanya menarik! Bangunannya sendiri pun dah cukup menarik, apatah lagi 'isi' bangunannya kan. Tapi antara yang paling menarik pada saya ialah paparan sejarah Pulau Pinang dari awal, iaitu ketika mula-mula dikenali dengan nama Pulau Ka Satu sehinggalah pulau ini didiami oleh penduduk berbilang kaum. Kat sini juga ada dipamerkan naskhah Al-Quran lama yang bertulisan tangan.


Lagi satu, cara muzium ni mempamerkan sejarah kaum-kaum tersebut juga menarik, iaitu dengan mencipta satu 'rumah' untuk setiap kaum. Sejarah orang Melayu ada rumah Melayu yang lengkap dengan perabot Melayu, orang Cina dengan dewan persidangan Cina, orang India pula dengan pelita yang menyambut tetamu masuk di muka pintu. Menarik sangat! Memandangkan bangunan muzium ni dulunya sekolah, saya rasa mungkin setiap 'rumah' pameran tu dulu ialah bilik-bilik darjah... saya rasa la.

Okay, jom tengok video ni. Biar video pula berbicara!



Jeng jenggg, saspens tak bunyi video tu? Dapat tak bayangkan suasana zaman Inggeris dan zaman Jepun dulu dengan latar bunyi macam tu? :P Hmm jap, ni je ke video yang ada? Kata ada rumah-rumah tu, mana dia? Eh takkanlah saya nak letak semuanya kat sini. Kalau nak tengok, kenalah pergi melawat muzium ni sendiri! Hehehe. *sebenarnya bateri kamera dah nak habis masa tu, sebab tu tak dapat rekod lagi banyak haha*

Masa saya berjalan dalam muzium ni, ada dua orang pelancong dari Korea yang khusyuk sangat baca papan pameran kat situ. Mungkin sebab semua informasi tu baru untuk mereka. Seronok bila tengok ada orang luar yang berminat dengan sejarah tempatan.

Kepada yang berminat untuk menerokai sejarah Pulau Pinang, anda wajib lawati muzium ni. Butiran muzium adalah seperti berikut:

Waktu operasi
Buka: 9.00 pagi - 5.00 petang (Sabtu-Khamis)
Tutup: Jumaat dan Cuti Umum
Bayaran masuk: RM1.00

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Hai semuaaa, hari ni Nek Jaji (setiap kali kongsi petua je mesti rasa macam nenek nenek ha ha ha) nak kongsi sikit petua penjagaan kulit wajah secara semula jadi. Ramai yang dah tahu bahawa pokok lidah buaya atau nama saintifiknya aloe vera mempunyai khasiat yang saaangat banyak untuk kecantikan dan kesihatan.

Antara kebaikan aloe vera adalah:

1. Mengandungi fungsi antioksidan dan antibakteria
2. Mempercepatkan pemulihan kulit terbakar (sunburn)
3. Melembabkan kulit
4. Mencegah kedutan
5. Mengurangkan jerawat
6. Mencerahkan kulit
7. Menyamarkan parut

Haa banyak kan khasiat aloe vera ni? Macam mana nak gunakan jus aloe vera ni sebagai facial mask ye? Okay Nek Jaji akan kongsikan caranya! Caranya sangat mudah dan pastinya selamat sebab 100% semula jadi tanpa bahan-bahan yang meragukan. Bahan yang anda perlukan semestinya daun lidah buaya yang dipetik segar dari pasu kat depan rumah anda tu (sebab saya sendiri pun ambil daun aloe vera ni kat pasu depan rumah Nenek saya je hehe). Tak ada tanam pokok ni? Jangan risau, daun aloe vera ni sangat mudah didapati di mana-mana pasar raya.



Langkah-langkah menggunakan jus aloe vera pada muka adalah seperti berikut:

1. Bersihkan daun aloe vera.
2. Potong/belah daun tersebut.
3. Gunakan sudu atau pisau untuk mengekstrak jus aloe vera ke dalam bekas.
4. Sapukan jus aloe vera pada muka secukupnya.
5. Biarkan selama lebih kurang 20 minit.
6. Bilas dan lapkan sehingga kering.
7. Tengok cermin dan nikmatilah rasa segar pada wajah!

Hehe mudah kan? Kalau daun aloe vera tu kecil, anda boleh je terus sapukan pada muka menggunakan daun tersebut tanpa perlu mengekstrak jus terlebih dahulu. Lagi satu, kalau anda rasa nak biarkan jus tu pada wajah untuk tempoh semalaman pun boleh. Kiranya sapu sebelum tidur, dan cuci lepas dah bangun keesokan hari tu. Bergantunglah pada tahap kesesuaian dengan kulit wajah masing-masing, sebab kalau kulit tengah ada jerawat, mungkin akan rasa pedih sikit. Jaji sendiri lepas cuba guna aloe vera ni memang terasa sangat perubahan pada kulit muka. Paling ketara sekali kulit muka rasa lembut je dan garis halus bawah mata pun macam makin kurang. Jadiii selamat mencuba!

psst; video tu dirakam di kolej dengan bantuan rakan sebilik. Hehe thanks Ira for helping!
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

My favourite singer since 2011, Christina Grimmie, was shot twice (some news said three times) on the head just after her concert in Orlando, and she passed away today (11th June 2016) at the age of 22. This sad news literally made me cry. Some of her songs were my life soundtrack.

Jaji minat Christine Grimmie ni sebelum dia masuk The Voice lagi. Sekitar 2011, saya dan teman baik, Wany Nazar akan dengar lagu dia setiap kali waktu kami jalan kaki nak balik sekolah. Tahun 2013, seorang lagi teman saya yang juga peminat beliau iaitu Aslam Rashid pula siap beli lagi album pertama Grimmie yang berjudul With Love. Antara single pertama Grimmie iaitu Liar Liar dan King of Thieves masih menjadi kegemaran saya sehingga sekarang. Her unique voice will be missed.

"I'm sad, shocked and confused (by the shooting). We love you so much Grimmie."- Adam Levine.

Rest in peace, Christina Victoria Grimmie (1994-2016).
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Siapa sini penggemar nasi kerabu, angkat tangan! Hehehe menu istimewa kat House of Nasi Kerabu (HONK) ni semestinyalah nasi kerabu kan, tapi yang lebih istimewanya ialah nasi kerabu udang galah! Haa tergoda tak tengok gambar tu?! Muehehe.


Dalam keluarga kami, peminat setia nasi kerabu dan udang galah ialah Mama aka Puan Umi Salbiah. Maka kunjungan kami ke HONK yang terletak di Taman Sri Gombak baru-baru ni memang semata-mata sebab nak bawa Mama cuba menu istimewa yang menggabungkan kedua-dua makanan kegemaran Mama tu.




Jaji, Irfan (adik) dan Papa tak berapa minat sangat nasi kerabu ni... bukanlah kata tak suka, tapi biasa-biasa je. Malam tu lepas kami tepuk dada dan tanya selera, kami putuskan untuk pesan menu lain selain nasi kerabu, sebab kat HONK ni ada macam-macam lagi, bukan sekadar nasi kerabu je. Boleh klik gambar menu tu untuk lihat senarai harga dengan lebih jelas (maaflah kalau gambar kurang berkualiti, sebab masa ambil gambar tu semua tengah sibuk nak pesan makanan hehe). Oh ya, waktu operasi restoran ni adalah dari 11 pagi hingga 11 malam.


Saya pesan nasi goreng kerabu sebab malam tu teringin nak makan nasi goreng, tapi pada masa yang sama nak juga merasa nasi kerabu kan sebab alang-alang dah berada di House of Nasi Kerabu tu, jadiii nasi goreng kerabu pun bolehlah haha. Portion dia banyak okay! Sampai tak larat nak habiskan (tapi berjaya jugalah habiskan akhirnya haha).



Suasana dalam restoran ni agak tenang dan klasik. Banyak hiasan gambar-gambar lama, alas meja pun ada unsur tradisional sebab guna kain batik. Pada saya tempat ni sesuailah kalau nak bawa keluarga datang makan-makan atau untuk berbuka puasa ke kan (sebab masa saya tulis post ni dah masuk bulan puasa hehe). Pekerjanya pun peramah juga, siap ambil gambar kami lagi sebab nak masukkan dalam Facebook katanya haha. Untuk maklumat lanjut tentang HONK, bolehlah lawat laman FB mereka iaitu https://www.facebook.com/HouseofNasiKerabu/.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments


Kalau dinilai berdasarkan video ni, mesti anda ingat kami keluar dengan bahagianya, having a happy girls day out, tanpa sebarang cabaran kan? Well you might be wrong. Hahaha. Well yes, at first we were having such a good time. Saya dan Wany Nazar pergi jalan-jalan, makan-makan, beli-belah, gosip-gosip, haha biasalah, aktiviti tipikal setiap kali keluar dengan kawan baik. Tapi siapa sangka, niat kami untuk tiba di rumah sebelum waktu maghrib tak berlaku seperti yang dirancang! Apa yang berlaku sebenarnya?! Haaa. Perkara yang berlaku tak melibatkan kami berdua je tau, tapi beratus atau mungkin beribu lagi warga Kuala Lumpur!


While in Sephora
Pengembaraan kami bermula kira-kira pukul 6 petang selepas keluar dari Sephora di Starhill Gallery, masa tu hujan turun mencurah-curah. Tanpa payung, kami berdua berlari (saya pakai kasut tinggi okay) di celah-celah hujan sehingga ke stesen monorel Bukit Bintang. Sampai-sampai je, stesen tu penuhhh gila dan mesin tiket semua tak boleh guna. Rupanya perkhidmatan monorel tergendala. Disebabkan kami gigih juga nak balik sebelum maghrib, maka kami redah lagi hujan sehinggalah ke stesen LRT Hang Tuah. Sesampai je di sana, kami lega sebab akhirnya dah boleh naik LRT dan terus balik rumah. Tapiii, lepas dah beratur panjang beli token (ya, salah sendiri sebab tak bawa Rapid Pass haha) rupanya baru kami tahu yang LRT menghala ke Sri Petaling juga tergendala! 

Maka kami pun terduduk seketika. Penat berlari meredah hujan tadi pun tak hilang lagi, tiba-tiba dapat berita buruk pula. Tren yang tergendala tu pula memang tak tahu pukul berapa nak elok. Hmm jadi kami pun beratur panjang untuk tebus semula token tu dengan harapan akan dapat duit, sekali rupanya dapat kupon je. Kupon tu pula sah digunakan untuk lima hari je. Kalau tak guna, rugi lah kan? Jadiii minda kami yang tengah penat tu pun buat keputusan nak ke Quill City Mall dengan menaiki monorel (monorel ke QCM tu masih okay, tak tergendala) atas beberapa sebab; 1. sebab nak guna kupon, 2. sebab dah penat nak jalan kaki walaupun Times Square dekat je dengan stesen Hang Tuah (lagipun hujan renyai lagi), 3. sebab kalau nak naik teksi dengan jalan jem tu entah berapa ratus pula tambangnya ha ha ha.

Masa dalam monorel nak ke QCM, kami sempat berbual dengan seorang pelancong dari Australia dan juga seorang nenek Cina. Berbual tentang cuaca dan juga tentang betapa sesaknya tren pada waktu tu haha. Disebabkan leka berbual, maka kami tersilap turun di stesen Bukit Nanas, sedangkan sepatutnya kalau nak ke QCM kena turun di stesen Medan Tuanku! Lagi sekali kami terduduk. Masa tu dah pukul 8 lebih. Telefon saya dah habis bateri, tinggallah telefon Wany sebagai penyambung nyawa *hiperbola*. Mak Wany kat rumah pun dah risau sebab dia tak balik lagi. Saya pula cuma sempat pinjam telefon Wany untuk maklumkan keadaan saya yang stranded tu kat Mama. Lepas dah kumpul kekuatan, kami putuskan pula untuk berjalan kaki sehingga ke KLCC, sebab KLCC pun memang dah tak jauh sangat dari stesen Bukit Nanas tu. Dah tawar hati dah nak naik monorel lagi haha. Dan memandangkan kami memang tahu selok belok jalan di KL, jadi kami rasa tak ada masalah lah nak jalan sampai ke KLCC tu. *flips tudung*

*photo from Google*
Halfway towards KLCC, we had to give up. We enjoyed the night walk, seeing KL gleaming in lights, but our feet said no. Kami terpaksa tahan teksi juga sebab kaki dah rasa nak tercabut. Teksi yang kami tahan tu pemandunya seorang lelaki India lingkungan 50-an.

Saya: Uncle! KLCC boleh? 
Uncle: Boleh! RM10.00 okay!
Wany: Uncle kenapa mahal sangat?! KLCC depan tu je! *sambil tunjuk ke arah menara berkembar tu*
Uncle: Actually saya tengah tunggu orang, tapi saya kesian la sama you all so saya hantar juga laaa.
Saya: Alaa uncle, RM8.00 boleh tak?
Uncle: Haa bolehlah bolehlah, saya kesian punya pasal.

Hahahaha really uncle?! Betul ke uncle kesian?! :p KLCC tak sampai 300 meter kat depan tu je tapi kami dicaj RM8.00, Uncle tak guna meter pun. Hahaha tapi sebab terpaksa, kami naik jugalah. The Uncle was quite friendly, he even wished us selamat berpuasa.

Sebaik sampai je di KLCC, kami terus menuju ke tandas untuk segarkan diri. Masa tu juga Wany dah dapat telefon seseorang untuk tolong jemput kami di KLCC. Barulah kami dapat menarik nafas lega. Semuanya akan okay. Sambil menunggu dijemput, kami berjalan-jalan di KLCC. Daripada cakap-cakap orang sekeliling, barulah kami tahu rupanya hampir seluruh KL dilanda hujan lebat dan ribut, sampai hujan batu pun ada. Ada pokok yang tumbang sehingga menjejaskan bekalan elektrik sekaligus membantutkan perjalanan LRT. Hmm tak pasti sejauh mana ketepatannya, tapi setakat yang saya difahamkan macam tu lah. 

Walaupun kepenatan, kami bersyukur sebab cabaran kami tak sehebat orang lain yang kereta rosak sebab masuk banjir, kereta dihempap pokok tumbang, atap rumah tercabut, dan macam-macam lagi. Sekurang-kurangnya saya hadapi cabaran petang tu dengan seorang kawan baik, kan? Kami anggap tu semua sebagai satu pengembaraan di bandaraya kesayangan Malaysia ni. To more adventures ahead!
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

ZULFATI IZAZI ZULKIFLI

ZULFATI IZAZI ZULKIFLI
My friends call me Jaji. Malaysian. Currently in South Korea. I blog for fun, just to share about all the good things in life. I am currently (trying to be) active in sharing about my PhD journey and scribbling about my daily life in Korea.

MY INSTAGRAM

POSTS YOU MAY WANT TO READ

  • Syampu BAWANG untuk Wanita dan Kisah Rambut Gugur
  • THIS ROUTINE SAVED MY HAIR
  • How I DIY My Marble Table / Buat Sendiri Meja Corak Marmar
  • Makan Secara Sihat di Epic Fit Meals
  • 7 Tips Remeh untuk Move On!
  • Mr. Steak House, Bandar Sri Permaisuri
  • Review: Najis Berminyak Lepas Makan Kitsui Royal Lipo Trim??
  • My Academic Journey

POSTS FROM THE PAST

  • ►  2021 (11)
    • December (1)
    • November (1)
    • October (2)
    • September (1)
    • August (1)
    • July (2)
    • June (1)
    • April (1)
    • February (1)
  • ►  2020 (7)
    • November (1)
    • September (1)
    • June (1)
    • May (1)
    • April (1)
    • January (2)
  • ►  2019 (17)
    • December (2)
    • November (1)
    • September (3)
    • August (1)
    • July (1)
    • June (2)
    • May (2)
    • April (1)
    • March (1)
    • February (2)
    • January (1)
  • ►  2018 (26)
    • December (3)
    • November (2)
    • October (3)
    • September (3)
    • August (2)
    • July (3)
    • June (1)
    • May (2)
    • April (1)
    • March (3)
    • February (1)
    • January (2)
  • ►  2017 (39)
    • December (2)
    • November (4)
    • October (2)
    • September (2)
    • August (3)
    • July (4)
    • June (1)
    • May (5)
    • April (4)
    • March (4)
    • February (4)
    • January (4)
  • ▼  2016 (54)
    • December (2)
    • November (4)
    • October (3)
    • September (5)
    • August (8)
    • July (5)
    • June (7)
    • May (9)
    • April (4)
    • March (3)
    • February (4)
  • ►  2015 (12)
    • December (2)
    • November (2)
    • October (2)
    • September (2)
    • May (1)
    • April (3)
  • ►  2013 (19)
    • December (6)
    • November (4)
    • October (7)
    • September (2)
  • ►  2012 (1)
    • January (1)
  • ►  2011 (1)
    • April (1)
  • ►  2010 (18)
    • December (1)
    • November (2)
    • August (1)
    • July (3)
    • June (2)
    • May (1)
    • April (3)
    • March (1)
    • February (2)
    • January (2)
  • ►  2009 (45)
    • December (3)
    • October (4)
    • September (3)
    • August (4)
    • July (5)
    • June (3)
    • May (2)
    • April (6)
    • March (4)
    • February (4)
    • January (7)
  • ►  2008 (4)
    • December (1)
    • November (2)
    • September (1)

YOU CAN TRANSLATE THIS BLOG

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates