House of Nasi Kerabu, Taman Sri Gombak

09 June


Siapa sini penggemar nasi kerabu, angkat tangan! Hehehe menu istimewa kat House of Nasi Kerabu (HONK) ni semestinyalah nasi kerabu kan, tapi yang lebih istimewanya ialah nasi kerabu udang galah! Haa tergoda tak tengok gambar tu?! Muehehe.


Dalam keluarga kami, peminat setia nasi kerabu dan udang galah ialah Mama aka Puan Umi Salbiah. Maka kunjungan kami ke HONK yang terletak di Taman Sri Gombak baru-baru ni memang semata-mata sebab nak bawa Mama cuba menu istimewa yang menggabungkan kedua-dua makanan kegemaran Mama tu.




Jaji, Irfan (adik) dan Papa tak berapa minat sangat nasi kerabu ni... bukanlah kata tak suka, tapi biasa-biasa je. Malam tu lepas kami tepuk dada dan tanya selera, kami putuskan untuk pesan menu lain selain nasi kerabu, sebab kat HONK ni ada macam-macam lagi, bukan sekadar nasi kerabu je. Boleh klik gambar menu tu untuk lihat senarai harga dengan lebih jelas (maaflah kalau gambar kurang berkualiti, sebab masa ambil gambar tu semua tengah sibuk nak pesan makanan hehe). Oh ya, waktu operasi restoran ni adalah dari 11 pagi hingga 11 malam.


Saya pesan nasi goreng kerabu sebab malam tu teringin nak makan nasi goreng, tapi pada masa yang sama nak juga merasa nasi kerabu kan sebab alang-alang dah berada di House of Nasi Kerabu tu, jadiii nasi goreng kerabu pun bolehlah haha. Portion dia banyak okay! Sampai tak larat nak habiskan (tapi berjaya jugalah habiskan akhirnya haha).



Suasana dalam restoran ni agak tenang dan klasik. Banyak hiasan gambar-gambar lama, alas meja pun ada unsur tradisional sebab guna kain batik. Pada saya tempat ni sesuailah kalau nak bawa keluarga datang makan-makan atau untuk berbuka puasa ke kan (sebab masa saya tulis post ni dah masuk bulan puasa hehe). Pekerjanya pun peramah juga, siap ambil gambar kami lagi sebab nak masukkan dalam Facebook katanya haha. Untuk maklumat lanjut tentang HONK, bolehlah lawat laman FB mereka iaitu https://www.facebook.com/HouseofNasiKerabu/.

You Might Also Like

0 comments