Kembara Petang di Kuala Lumpur

05 June



Kalau dinilai berdasarkan video ni, mesti anda ingat kami keluar dengan bahagianya, having a happy girls day out, tanpa sebarang cabaran kan? Well you might be wrong. Hahaha. Well yes, at first we were having such a good time. Saya dan Wany Nazar pergi jalan-jalan, makan-makan, beli-belah, gosip-gosip, haha biasalah, aktiviti tipikal setiap kali keluar dengan kawan baik. Tapi siapa sangka, niat kami untuk tiba di rumah sebelum waktu maghrib tak berlaku seperti yang dirancang! Apa yang berlaku sebenarnya?! Haaa. Perkara yang berlaku tak melibatkan kami berdua je tau, tapi beratus atau mungkin beribu lagi marhaen Kuala Lumpur!


While in Sephora
Pengembaraan kami bermula kira-kira pukul 6 petang selepas keluar dari Sephora di Starhill Gallery, masa tu hujan turun mencurah-curah. Tanpa payung, kami berdua berlari (saya pakai kasut tinggi okay) di celah-celah hujan sehingga ke stesen monorel Bukit Bintang. Sampai-sampai je, stesen tu penuhhh gila dan mesin tiket semua tak boleh guna. Rupanya perkhidmatan monorel tergendala. Disebabkan kami gigih juga nak balik sebelum maghrib, maka kami redah lagi hujan sehinggalah ke stesen LRT Hang Tuah. Sesampai je di sana, kami lega sebab akhirnya dah boleh naik LRT dan terus balik rumah. Tapiii, lepas dah beratur panjang beli token (ya, salah sendiri sebab tak bawa Rapid Pass haha) rupanya baru kami tahu yang LRT menghala ke Sri Petaling juga tergendala! 

Maka kami pun terduduk seketika. Penat berlari meredah hujan tadi pun tak hilang lagi, tiba-tiba dapat berita buruk pula. Tren yang tergendala tu pula memang tak tahu pukul berapa nak elok. Hmm jadi kami pun beratur panjang untuk tebus semula token tu dengan harapan akan dapat duit, sekali rupanya dapat kupon je. Kupon tu pula sah digunakan untuk lima hari je. Kalau tak guna, rugi lah kan? Jadiii minda kami yang tengah penat tu pun buat keputusan nak ke Quill City Mall dengan menaiki monorel (monorel ke QCM tu masih okay, tak tergendala) atas beberapa sebab; 1. sebab nak guna kupon, 2. sebab dah penat nak jalan kaki walaupun Times Square dekat je dengan stesen Hang Tuah (lagipun hujan renyai lagi), 3. sebab kalau nak naik teksi dengan jalan jem tu entah berapa ratus pula tambangnya ha ha ha.

Masa dalam monorel nak ke QCM, kami sempat berbual dengan seorang pelancong dari Australia dan juga seorang nenek Cina. Berbual tentang cuaca dan juga tentang betapa sesaknya tren pada waktu tu haha. Disebabkan leka berbual, maka kami tersilap turun di stesen Bukit Nanas, sedangkan sepatutnya kalau nak ke QCM kena turun di stesen Medan Tuanku! Lagi sekali kami terduduk. Masa tu dah pukul 8 lebih. Telefon saya dah habis bateri, tinggallah telefon Wany sebagai penyambung nyawa *hiperbola*. Mak Wany kat rumah pun dah risau sebab dia tak balik lagi. Saya pula cuma sempat pinjam telefon Wany untuk maklumkan keadaan saya yang stranded tu kat Mama. Lepas dah kumpul kekuatan, kami putuskan pula untuk berjalan kaki sehingga ke KLCC, sebab KLCC pun memang dah tak jauh sangat dari stesen Bukit Nanas tu. Dah tawar hati dah nak naik monorel lagi haha. Dan memandangkan kami memang tahu selok belok jalan di KL, jadi kami rasa tak ada masalah lah nak jalan sampai ke KLCC tu. *flips tudung*

*photo from Google*
Halfway towards KLCC, we had to give up. We enjoyed the night walk, seeing KL gleaming in lights, but our feet said no. Kami terpaksa tahan teksi juga sebab kaki dah rasa nak tercabut. Teksi yang kami tahan tu pemandunya seorang lelaki India lingkungan 50-an.

Saya: Uncle! KLCC boleh? 
Uncle: Boleh! RM10.00 okay!
Wany: Uncle kenapa mahal sangat?! KLCC depan tu je! *sambil tunjuk ke arah menara berkembar tu*
Uncle: Actually saya tengah tunggu worang, tapi saya kesian la sama you all so saya hantar juga laaa.
Saya: Alaa uncle, RM8.00 boleh tak?
Uncle: Haa bolehlah bolehlah, saya kesian punya pasal.

Hahahaha really uncle?! Betul ke uncle kesian?! KLCC tak sampai 300 meter kat depan tu je tapi kami dicaj RM8.00, langsung tak guna meter. Hahaha tapi kerna terpaksa, kami naik jugalahhh. The Uncle was quite friendy though, he even wished us selamat berpuasa.

Sebaik sampai je di KLCC, kami terus menuju ke tandas untuk segarkan diri. Masa tu juga Wany dah dapat telefon seseorang untuk tolong jemput kami di KLCC. Barulah kami dapat menarik nafas lega. Semuanya akan okay. Sambil menunggu dijemput, kami berjalan-jalan di KLCC. Daripada cakap-cakap orang sekeliling, barulah kami tahu rupanya hampir seluruh KL dilanda hujan lebat dan ribut, sampai hujan batu pun ada. Ada pokok yang tumbang sehingga menjejaskan bekalan elektrik sekaligus membantutkan perjalanan LRT. Hmm tak pasti sejauh mana ketepatannya, tapi setakat yang saya difahamkan macam tu lah. 

Walaupun kepenatan, kami bersyukur sebab cabaran kami tak sehebat orang lain yang kereta rosak sebab masuk banjir, kereta dihempap pokok tumbang, atap rumah tercabut, dan macam-macam lagi. Sekurang-kurangnya saya hadapi cabaran petang tu dengan seorang kawan baik, kan? Kami anggap tu semua sebagai satu pengembaraan di bandaraya kesayangan Malaysia ni. To more adventures ahead!

You Might Also Like

0 comments