Muzium Negeri Pulau Pinang, Georgetown

18 June


Antara hobi saya adalah melawat tempat-tempat bersejarah, dan salah satunya ialah muzium. Walaupun bunyinya macam bosan, tapi kepada sesiapa yang sukakan sejarah, pasti akan rasa teruja apabila dapat melawat muzium. Disebabkan saya baru je selesai perjumpaan dengan penyelia tesis ijazah sarjana saya baru-baru ni, maka timbul rasa bosan (amboi! baru selesai perjumpaan dah bosan ye, belum selesai pembentangan lagi tu! haha) jadi saya pun buat keputusan untuk ke Muzium Negeri Pulau Pinang ni.


Penang State Museum ni terletak di Lebuh Farquhar, Georgetown. Bayaran masuk adalah RM1.00 je. Dengan bantuan Waze, saya memandu kira-kira 15 minit je dari USM untuk ke sini. Cantik kan bangunan muzium ni? Haa sebenarnya bangunan muzium ni pada asalnya ialah sebuah sekolah, iaitu Penang Free School. Jap, kenapa nama sekolah tu Penang Free?? Sekolah tu percuma ke? 

Jawapannya, sekolah tu dinamakan Penang Free School kerana pengambilan pelajarnya tidak mengira bangsa.

Apa benda menarik yang ada dalam muzium ni? Hmm pada saya semuanya menarik! Bangunan dia sendiri pun dah cukup menarik, apatah lagi 'isi' bangunannya kan. Tapi antara yang paling menarik pada saya ialah paparan sejarah Pulau Pinang dari awal, iaitu ketika mula-mula dikenali dengan nama Pulau Ka Satu sehinggalah pulau ini didiami oleh penduduk berbilang kaum. Kat sini juga ada dipamerkan naskhah Al-Quran lama yang bertulisan tangan.


Lagi satu, cara muzium ni mempamerkan sejarah kaum-kaum tersebut juga menarik, iaitu dengan mencipta satu 'rumah' untuk setiap kaum. Sejarah orang Melayu ada rumah Melayu yang lengkap dengan perabot Melayu, orang Cina dengan dewan persidangan Cina, orang India pula dengan pelita yang menyambut tetamu masuk di muka pintu. Menarik sangat! Oh ya, memandangkan bangunan muzium ni dulunya sekolah, berkemungkinan setiap 'rumah' pameran tu pada asalnya ialah bilik-bilik darjah... hmm, mungkinlah.

Okay, jom tengok video ni. Biar video pula berbicara!



Jeng jenggg, saspens tak bunyi video tu? Haa dapat tak bayangkan suasana zaman Inggeris dan zaman Jepun dulu dengan latar bunyi macam tu? :P Hmm jap, ni je ke video yang ada? Kata ada rumah-rumah tu, mana dia? Eh takkanlah saya nak letak semuanya kat sini kannn. Kalau nak tengok, kenalah pergi melawat muzium ni sendiri! Hehehe. *sebenarnya bateri kamera dah nak habis masa tu, sebab tu tak dapat rekod lagi banyak haha*

Masa saya berjalan dalam muzium ni, ada dua orang pelancong dari Korea yang khusyuk sangat baca papan pameran kat situ. Yelah, mungkin sebab semua informasi tu baru untuk mereka, sedangkan untuk kita orang Malaysia ni, semua tu kita dah tahu atau dah pernah baca, cuma nak ingat semula je kan. Seronok bila tengok ada orang luar yang berminat dengan sejarah tempatan.

Kepada yang berminat untuk menerokai sejarah Pulau Pinang, anda wajib lawati muzium ni. Butiran muzium adalah seperti berikut:

Waktu operasi
Buka: 9.00 pagi - 5.00 petang (Sabtu-Khamis)
Tutup: Jumaat dan Cuti Umum
Bayaran masuk: RM1.00

You Might Also Like

0 comments