Tappers Cafe, Berjaya Times Square
24 June
Okay, pandangan pertama saya terhadap Tappers Cafe ni ialah - cantik! Hiasan dalaman restoran ni yang mengetengahkan warna putih kelihatan sangat elegan dan menenangkan. Sekali pandang, kedai makan ni nampak macam kedai yang harganya mungkin mencecah RM50-RM60 seorang. TAPI sangkaan saya tu salah! Sebab rupa-rupanya harganya sangat berpatutan, sesuai dengan pelbagai menu menarik yang disediakan! :D
Syuhada Tarmizi |
![]() |
Wany dan Nabila *memang takde gambar diorang yang tengah bersedia sikit haha* |
![]() |
Ya, memang kita orang dah rancang nak pakai marroon dan hitam hari tu haha |
Kami tiba di kedai ni pukul 6.50 petang, tapi masa tu pekerjanya kata kedai tutup sementara sampai 7.30 sebab nak bagi ruang pekerja rehat dan Maghrib. Okay, jadi kami pun pergilah solat dulu di surau Times Square yang terletak di tingkat 7. Selesai Maghrib, barulah kami pergi semula ke restoran cantik tadi. Mujur masih ada meja kosong, sebab masa tu ramai juga orang yang berbuka kat situ.
Duduk je, saya terus belek menu. Mula-mula macam tak percaya juga dengan harganya, sebab berpatutan sangat! Kalau pandai pilih, seorang boleh makan kenyang dengan harga kurang daripada RM25 je. Kira okaylah tu kan, sebab jarang kita orang berempat dapat makan sedap sama-sama. Sobs. Zaman kat VI dulu makan 'nasi mahal' (nasi bujang) kat gerai tepi flat San Peng tu je. Heheee. Dalam gambar menu kat atas ni cuma sebahagian je tau, ada baaanyak lagi variasi hidangan lain kat muka surat lain. Tebal juga menu dia sebenarnya haha. Hmm, lepas dah pilih punya pilih, akhirnya inilah yang kami semua makan:
Chicken Parmigiana RM14.90 |
Tappers Honey Chilli Chicken Rice RM12.60 |
Tappers Nasi Lemak RM13.90 |
Beef Lasagne RM16.80 |
Cream of Mushroom Soup RM6.30 |
Apa-apa pun, kami berempat memang puas hati dapat makan kat sini. Layanan baik dan makanan pun cepat sampai, walaupun masa tu ramai pelanggan. Oh ya, rancangan Jalan-jalan Cari Makan pun pernah cadangkan restoran ni tau. Hmm, lepas ni nak datang lagi untuk cuba menu lain pula lah!
Thanks for reading!
Love, Jaji.
0 comments