Powered by Blogger.

Search This Blog

The Daily Jaji


Ulasan tentang kedai makan kali ni agak lain daripada yang lain, sebab The Kapit's ni terletak di Desasiswa Cahaya Gemilang, iaitu di dalam kampus Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Lebih istimewa lagi, tuan punya kafe ni ialah sahabat saya sejak zaman sekolah lagi, iaitu Encik Shafiq Kamaruddin atau lebih mesra saya panggil Abang Cha (haha jangan marah aaa Abang Cha :p). Abang Cha ni senior saya sejak di SMK Seri Bintang Selatan, kemudian di Victoria Institution, dan kini di USM.

Tuan kedai, Encik Shafiq
Berbalik kepada cerita tentang The Kapit's. Masuk-masuk je ke dalam kafe ni, terus saya kategorikan kafe ni sebagai 'kafe hipster'. Saya sendiri tak pasti sejauh mana definisi 'kafe hipster' tu, tapi setahu saya (berdasarkan sedikit pembacaan dan persepsi umum) kafe hipster ialah sejenis kafe yang menjual kopi, makanan ala barat, dan hidangan pencuci mulut. Oh ya, kafe hipster juga perlulah mempunyai hiasan dalaman yang menarik (kot?). Kafe jenis ni memang semakin mendapat tempat di Malaysia.



Cantik kan? Haaa tapi, The Kapit's ni berbeza dengan kafe hipster yang tipikal, sebabbb kafe ni kan terletak dalam kampus, maka harganya pun jauh lebih rendah berbanding kafe hipster di luar. Yelah sebab sasaran pelanggannya pun terdiri daripada pelajar universiti kan. Tuan kedai dan pekerjanya pun semua terdiri daripada pelajar USM sendiri. Sungguhpun begitu, kualiti dan kesedapan makanan kat sini memang tak kalah dengan kafe-kafe di luar. Tak keterlaluan juga rasanya jika saya katakan makanan di The Kapit's mungkin lebih sedap berbanding kafe hipster yang mahal, sebab setakat ni semua makanan yang pernah saya rasa di sini sangat menepati cita rasa saya.



Antara menu istimewa yang ada kat sini ialah variasi burger dan hot dog, misalnya Mediterranian Burger, Alaska Burger, Captain' Crab, Rockin' Beef, dan Everyday Cheeseday. Selain tu ada juga hidangan ala Italian yang dah digubah mengikut cita rasa Malaysia, macam Spaghetti Rendang, Beef Chicken Lasagne, dan Baked Spaghetti. Harga makanan di sini bermula serendah RM3.70 sehingga RM8.50 sahaja.






Untuk minuman pula, The Kapit's ada membotolkan kopi mereka sendiri iaitu Kopi Tok Balak. Kafe ni juga mengetengahkan produk minuman tempatan seperti Segara (dadih), Dapoq (lemonade), dan Haus Boom (sparkling juice). Selain tu, mereka turut menghidangkan variasi kopi seperti Espresso, Cafe Latte, Cappucino, dan Americano. Untuk penggemar coklat, anda wajib cuba Hot Chocolate atau Iced Chocolate kat sini. Harga minuman pula bermula dari RM1.90 sehingga RM8.50. Untuk pencuci mulut pula, mereka ada pelbagai jenis kek, brownies, chocolate fudge, dan macam-macam lagi yang boleh buat anda akan rasa rugi kalau tak makan hehee. Oh btw, dont judge a food by its appearance! Haha sebab slogan The Kapit's ni ialah "we serve ugly food that taste good" wahh gitu.




Haaa dah tergoda ke tuuu? Hehe apa lagi, cepat buat pesanan anda sekarang! The Kapit's ada menyediakan perkhidmatan penghantaran ke dalam kampus USM dan juga sekitar kawasan Pulau Pinang. Telefon je 013-4999 507 sekaranggg. Kepada yang duduk jauh tu, mungkin ada kena datang ke sini untuk merasai sendiri kelainan kafe ni. Waktu operasi kafe ni pada setiap Isnin-Jumaat adalah dari pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam, manakala pada Sabtu dan Ahad pula adalah dari pukul 4.00 hingga 10.00 malam. Kalau nak cuci mata tengok makanan sedap sedap lagi, bolehlah lawat Instagram mereka iaitu @the_kapits. 




Thanks for the coffee Abang Cha! *setelah berjaya hint Abang Cha nak satu kopi percuma hahaha* Semoga Abang Cha dan perniagaan kafe ni terus berjaya!

Terima kasih kerana membaca
Love, Jaji.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

CHOP CHOP! Okay gambar tu sekadar hiasan, Jaji tak hilang berat badan tanpa senaman ye. I did all  the fun things I had to do just to lose some weight hehe, including exercising. Saya gembira dengan badan saya yang "dulu" tu, cuma disebabkan saya ni kuat makan, maka saya sedar saya perlu turunkan berat badan sikittt supaya saya boleh terus makan dan makan tanpa rasa bersalah. Eh? Hahaha. xD

*memang kuat makan*
Okay, pertama sekali perlu  diingatkan bahawa TIADA jalan mudah untuk kurus. Semuanya memerlukan kegigihan dan usaha yang berterusan. Wah! Jaji ni cakap macam dah kurus sangat je. xD Hahaha tak, sebenarnya saya tak kurus pun. Tak langsung! Haa jangan terkejut kalau jumpa depan depan dan anda rasa macam "eh tak kurus pun Jaji ni?!?!" hahaha sebab saya memang tak kurus pun (tapi semangat nak kurus tu sentiasa ada hahahh). Tapiii apa yang saya boleh kongsikan adalah cara-cara saya menurunkan sedikit berat badan tanpa bersenam. Sekali lagi saya tekankan, "turunkan berat badan" tau, bukannya "kurus melidi" huhuu.

Cara yang dimaksudkan ialah: DIET KALORI. 

Yaaa mesti ada yang pernah dengar tentang diet ni kan? Inilah cara yang saya amalkan apabila tak sempat bersenam atau tak ada mood nak bersenam... hehe. Cara mengamalkan diet kalori ni nampak mudah, tapi sebenarnya SANGATLAH mencabarrr. Sebabbb kebanyakan makanan yang sedap-sedap semuanya mengandungi kalori yang tinggi! Sobs sobs. Jap, kalori ni apa? Kalori ialah unit untuk mengukur tenaga. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang kalori, boleh baca kat sini. Baiklah, cara saya mengamalkan diet kalori adalah seperti berikut:

1. Ketahui jumlah kalori yang anda perlukan dalam sehari.


Jumlah kalori yang kita perlukan berbeza-beza mengikut beberapa faktor, antaranya jantina, umur, berat badan, dan tahap kecergasan. Untuk mengetahui keperluan kalori saya, saya menggunakan CALORIE CALCULATOR  ni (klik pautan untuk pergi ke laman tersebut). Kat situ anda perlu masukkan butiran seperti yang diminta.


Lepas tu, anda akan diberikan anggaran jumlah kalori yang anda perlukan dalam sehari bergantung kepada keperluan anda. Macam contoh dalam gambar di atas, sebagai seorang yang berketinggian 157cm (rendahnya?!) dan berat 55kg (beratnya?!), saya perlu mengambil kurang daripada 1000kcal sehari untuk turun 1kg seminggu! Haaa adoi nampak tak betapa sikitnya kalori tuuu. Nak makan apa je macam ni?!


Contoh label kalori
2. Semak kalori sebelum makan

Haa inilah langkah yang palinggg penting (dan paling sukar) sekali. Untuk makanan yang telah siap diberikan label kalori, contohnya macam biskut dalam tin, Milo kotak, mi segera, dan lain-lain, anda hanya perlu semak label tu dan buat kiraan sendiri, sama ada berbaloi atau tak untuk anda mengambil makanan tu pada hari tersebut. Contohnya sebungkus mi segera Mamee Slurp mengandungi 281kcal, hampir sama dengan sepinggan nasi putih dan lauk ayam. Tapi mi segera tak begitu mengenyangkan, jadi berbaloi ke nak makan? Baik makan nasi kan?! Hehe. Oh ya, untuk makanan yang tak ada label kalori macam nasi goreng kedai mamak, bihun sup kafe kolej, lauk yang mak masak dan lain-lain, anda boleh dapatkan anggaran kalori makanan tu dengan cara membuat carian Google je. Zaman sekarang ni kan semua benda di hujung jari? Heheee. Antara laman yang saya guna untuk semak kalori makanan tu adalah seperti http://kalorimakanan.com/ dan http://www.calorieking.com/. Nilai kalori yang ditunjukkan mungkin tak tepat, bergantung kepada saiz hidangan yang anda ambil juga. Tapi kira bolehlah kalau sekadar nak tahu anggaran kan.


3. Susun pemakanan anda

Diet kalori ni bergantung kepada gaya hidup masing-masing juga sebenarnya. Kalau anda jenis yang makan 5-6 kali sehari, anda perlulah menu dengan teliti supaya tak terlajak pula kalori tu nanti hehe. Contoh diet saya adalah seperti berikut:

Sarapan: Quaker Oat + chia seeds = 160kcal
Makan tengah hari: Nasi putih beras Faiza Herbaponni (80kcal/semangkuk) + ikan goreng (111kcal) + sayur goreng (70kcal) =  261kcal
Minum petang: Mineral Coffee/Min Kaffe = 56kcal
Makan malam: Tomyam ayam tanpa nasi = 250kcal

Jumlah = 727kcal

Masih belum cecah 1000kcal kan? Sebenarnya saya biarkan ekstra untuk makanan yang datang tiba-tiba, contohnya macam roommate belanja pisang goreng ke, atau lauk pada hari tersebut bukan ikan tapi ayam, atau kuah yang saya ambil tu agak tinggi kalori, dan macam-macam lagi kemungkinan. Hahaha. Minuman? Haaa semua air kosong je. Kenapa? Sebab pada saya kalau minum air manis, sangatlah 'membazir' kalori tu... haha. Contohnya satu tin air teh hijau Oishi je dah 79kcal. Nak kena joging 15 minit baru boleh buang 79kcal tu ok sobs sobs. Jadi lebih baik elakkan terus sebab malas sangat nak bersenam kan?! *cubit diri sendiri* hehehe.

*sedang makan ais krim*
ELAKKAN terus makanan yang sememangnya tinggi kalori macam ais krim. Ya Allah dah lah ais krim memang kegemaran Jaji! Bayangkan saya pernah jalani dua bulan berturut-turut tanpa ais krim LANGSUNG, memang terseksa jiwa raga tapi berat memang turunnn dekat 3kg. Tapi biasalah lepas berat turun tu mulalah makan balik ais krim tu kan, tu yang masih macam ni je ha ha ha *gelak sedih*.

*makan lagi*
Saya bukanlah pakar sangat, cuma tahu serba sedikit dan kongsi pengalaman sendiri je. Apapun saya harap petua ni dapat membantu sesiapa yang teringin sangat nak turunkan berat badan tapi tak sempat nak bersenam. Bagi yang ada masa, saya memang galakkan anda untuk cuba bersenam. Tak perlu pergi gym ke apa, buat kat bilik pun boleh. Ada yang dah bersemangat nak mula diet esok ke tu? Heehee tapi perlu ingat ya bahawa tak semestinya anda perlu ikut 100% anggaran kalori tu, ye lah nama pun anggaran kan. Cukup sekadar panduan, tapi makanlah ikut keperluan tubuh anda. Jangan sampai sakit pula sebab diet huhu. Selamat berdiet!

Terima kasih kerana membaca!
Love, Jaji.
Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
Selalunya kalau lepas pergi buat rawatan muka (facial), mestilah kita harapkan yang muka kita akan terus cantik dan berseri kan? Hmm tapi tidak di Herbaline ni! Nak tahu kenapa? Okay teruskan membaca.


Jaji pergi ke cawangan Herbaline yang terletak di Leisure Mall ni selepas membuat temujanji. Sebab kalau tak ada appoinment, tak boleh buat rawatan. Cara nak buat temujanji tu mudah je, cuma telefon nombor cawangan ni iaitu +60 17-365 6689 dan tetapkan masa serta tarikh temujanji anda. Saya buat panggilan telefon tu dan pergi ke temujanji pada hari yang sama, beberapa jam je selepas temujanji ditetapkan. Kira baguslah Herbaline ni sebab kita tak perlu tunggu lama sampai berhari-hari kan.


Pakej rawatan yang saya pilih bernilai RM90.10 sahaja termasuk GST. Pakej ni bernama Dead Cells Removal and Moisturising Treatment. Antara rawatan yang terkandung dalam pakej ni ialah pembuangan sel kulit mati (guna mesin dan skrub), rawatan wap, dan yang paling menyakitkan sekali; pembuangan whitehead dan blackhead!


Rawatan tu dibuat menggunakan tangan pakar rawatan muka (facial expert) kat situ dan memang sangat menyakitkan! Mungkin sebab muka saya memang banyak whitehead (blackhead tak ada sangat) maka bertambah-tambahlah sakitnya. Sakit sebab dia picit betul-betul sampai whitehead tu keluar. Kalau whitehead tu jenis degil dan susah nak keluar, dia akan guna jarum okay! Haa bayangkanlah sakit ke tak sakit haha. Pedih sampai automatik terkeluar air mata ha ha ha. Tapiii ini bukanlah punca penyesalan saya (jeng jenggg, teruskan membaca!).

Teh herba sebelum rawatan

Teh herba selepas rawatan
Selain rawatan utama seperti yang saya sebutkan tadi, mereka ada juga bagi rawatan/layanan sampingan macam urutan kepala, bahu, dan lengan. Mereka turut menghidangkan teh herba sebelum dan selepas rawatan. Oh ya, sebelum rawatan dimulakan, mereka akan bagi kita rendam kaki dalam air garam untuk beberapa minit.


Keseluruhan rawatan tersebut memakan masa lebih kurang 90 minit atau satu jam setengah. Kira berbaloi jugalah kan? Haaa habis tu apa yang menyesalnya?! Okay sebenarnya menyesal sebab masa atau timing saya pergi buat rawatan tu tak kena... hahaha. Kalau anda biasa buat rawatan muka, terutamanya yang melibatkan pembuangan whitehead, mesti anda sedia maklum yang muka akan jadi kemerah-merahan dan sedikit bengkak... hihu. Hah jangan terkejut pula tengok gambar kat bawah ni!

BEFORE TREATMENT VS AFTER TREATMENT
Masa Jaji pergi buat rawatan tu pula adalah sehari sebelum saya perlu berangkat pulang ke kolej di USM, Penang. Jadi menyesal lah, sebab muka masa tu masih belum surut merahnya dan saya pula dah kena keluar rumah, naik kapal terbang, dan terbang ke Penang! Padahal kalau ikutkan hati tak nak keluar rumah langsung dengan keadaan muka macam tuuu hahaa. :p Nampak kan beza sebelum dan selepas dalam gambar tu? Sebelum rawatan tu saya memang tak ada pakai apa apa make up ye... selepas pun sama. Memang naked face habis dah tu haha. Pakar di Herbaline tu kata merah pada muka akan surut lepas tiga hari, tapi berdasarkan pengalaman saya, hampir seminggu juga baru muka saya pulih sepenuhnya daripada merah dan bengkak.


Tapiii keseluruhannya pengalaman membuat rawatan muka di Herbaline memang sangat menarik, berbaloi, dan memang disyorkan kepada sesiapa yang berminat! Hehe tak payah takut menyesal lah sebab hasilnya sekarang kulit muka saya dah bertambah baik serta lebih lembab dan licin berbanding sebelum mendapatkan rawatan. Selepas selesai rawatan, mereka akan cadangkan produk yang sesuai untuk kita gunakan sebagai langkah memulihkan muka sendiri di rumah. Saya beli Herbaline Pimples Cream pada harga RM99.00 sebab krim tu akan mampu melindungi kulit saya daripada minyak berlebihan yang boleh menyebabkan whitehead. Sebelum saya balik, pakar rawatan tu ada pesan bahawa saya perlu elakkan pakai foundation yang mengandungi lebih daripada SPF 30, sebab SPF yang terlalu tinggi tak sesuai untuk jenis kulit saya. Herbaline? Recommended!

Thanks for reading!
Love, Jaji.
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Restoran-restoran yang menyajikan hidangan dari timur tengah memang tak asing lagi di Malaysia, dan salah satunya ialah Restoran Half Moon yang terletak di Serdang ni. Restoran ni menjadi pilihan saya dan keluarga sebab harganya yang berpatutan dan makanannya juga boleh tahan lazeez (sedap) hehe.

Mint Red Tea (big pot) - RM 6.00
Okay, jangan terkejut ye, kat sini kami terpaksa makan berkongsi, sebab saiz hidangannya memang besar! Kami pesan makanan untuk dua orang je tapi dah cukup untuk mengenyangkan empat orang. Bukan setakat kenyang, kami siap bungkus lagi lebihan makanan sebab memang banyak yang berlebih. Maklumlah orang Arab kan kebanyakannya besar-besar, jadi saiz hidangan pun haruslah besar kan. Untuk minuman, kami memang setia dengan minuman kegemaran kami setiap kali berkunjung ke sini iaitu Mint Red Tea yang dihidangkan dalam teko berserta cawan-cawan kecil.


Kabsah Lamb - RM 15.00
Harga hidangan utama di sini iaitu nasi Arab bermula dari RM 12.00 setiap set. Harga paling tinggi ialah set nasi Arab dan lauk kambing (Mandy Lamb) iaitu RM 18.00. Biasanya setiap kali berkunjung ke sini Papa akan pesan Madghut Lamb, tapi masa kunjungan kali ni habis pula nasi Madghut tu. Jadi Papa dan Mama pun pesanlah Kabsah Lamb. Menurut cita rasa Papa, Madghut lagi sedap daripada Kabsah.. hehe. 


Daqa and Eggs - RM12.00

Saya dan adik, Irfan pula memang lagi suka makan roti. Menu biasa yang kami pilih ialah Daqa and Eggs, sejenis lauk daging cincang yang dihidangkan dengan roti. Sebenarnya menurut pekerja restoran ni, mereka baru menerima chef baharu, jadi terdapat sedikit perubahan pada menu yang ada. Biasanya kalau kami pesan Daqa and Eggs ni, tak ada pun telur yang membungkus daging tu (macam dalam gambar). Biasanya telur tu dihancurkan sekali dengan daging. Dagingnya juga biasanya lebih lembab, tapi kali ni macam kering dan agak masin sikit, namun masih sedap dan boleh dimakan.


Cukup ke saya dan adik makan roti je? Lebih dari cukup, haa tengoklah saiz roti tu... jauh lagi besar daripada saiz sudu dan garfu hehehe. Dari segi layanan pula, hmm macam kuranggg sikit sebab layanannya kadang-kadang lambat, mungkin sebab restoran ni pun selalu penuh. Pekerja yang mengambil pesanan pula memang bukan penutur natif bahasa Melayu, tapi mereka bolehlah cakap Melayu sikit sikit macam "nasi", "habis", haha. Selebihnya, jika anda tidak mahir berbahasa Arab, pesanan perlulah dibuat dalam bahasa Inggeris atau bahasa isyarat hehehe. Oh ya, restoran ni dibuka setiap hari dari 12.00 tengah hari sehingga 12.00 tengah malam.

Terima kasih kerana membaca!
Love, Jaji.
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments


Alhamdulillah, syukur. Aidilfitri tahun ni masih diraikan seperti tahun-tahun sebelum ni, bersama-sama keluarga kecilku. Sambutan hari raya kami dilakukan secara sederhana di rumah Nenek sebelah Mama di Jelebu, Negeri Sembilan. Sehari sebelum raya lagi kami dah balik kampung untuk membantu Nenek membuat persiapan raya. Rendang Nismilan yang Nenek buat memang tiada bandingannya okay! :p


Sesi bersalam-salaman dan bermaaf-maafan semestinya satu perkara wajib pada setiap pagi Syawal. Disebabkan Jaji masih belum bekerja (walaupun dah tua sobs) jadi masih bolehlah dapat duit rayaaa hehe. Tapi sedih jugalah sebab kebanyakan kawan-kawan yang sebaya dah mula bagi duit raya kat mak ayah, yang kita ni masih menerima duit raya... k. Tapi tak apa, azam saya untuk Syawal yang akan datang adalah untuk bagi Mama dan Papa pula duit raya! Hehe.

Dari kiri: Encik Zulkifli Ismail, Puan Umi Salbiah, dan puteri mereka, Zulfati Izazi :p
Setiap kali beraya di Jelebu mesti kami tak lepaskan peluang untuk bergambar di kawasan sawah padi yang cantik ni. Barulah terasa suasana kampung tu kan! Tambahan pula tema baju raya kami tahun ni ialah EMAS... haa maka makin menyerlahlah kami di tengah-tengah padi yang menghijau tu. Adik saya Zulzarif Irfan pula dah mula belajar seni fotografi di kolej, jadi makin galaklah kakak dia ni bergambar hehehee xD

Loving the lasercut Ariani shawl!

Selain rendang nenek, salah satu hidangan yang wajib ada masa kami berkumpul ramai-ramai juga ialah mee goreng signature Mama. Sepupu-sepupu saya yang jenis tak makan mee pun boleh jatuh hati dengan mee goreng Mama ni okay, siap bertambah-tambah. Haha. Masa balik kampung haritu je dua kali Mama buat mee goreng ni tau, sebab permintaan terlalu tinggi. Oh btw, masa raya hari tu ada sedikit kekecohan berlaku di Twitter tentang golongan perempuan atau anak dara yang sering ditindas ketika raya kan? Hahaha sebab kalau raya je mesti anak dara yang jadi mangsa kena cuci pinggan berjam-jam kat dapur. Pakai baju raya cantik-cantik untuk apa? Untuk dicomotkan semula di dapur je... haha. Untuk pengetahuan anda, kat Nogori memang semua dilayan sama rata, tak kisahlah anak dara ke anak bujang. Tak percaya? Tengok gambar kat bawah ni sebagai buktinya! xD


Hahaha bagus betul anak-anak bujang ni tolong kat dapur ye. Good job Irfan and Iman! Hmm tentang isu Twitter tu, secara peribadinya saya tak kisah kena buat kerja kat dapur sebab saya anggap tu sebagai tanggungjawab. Tambahan pula saya ni cucu sulung, dah lah paling tua, perempuan pula tu. Jadi kalau bukan saya yang tolong Mama, tolong Nenek kat dapur, siapa lagi kan? Bukan kat kampung je, kat rumah pun sama sebab saya satu-satunya anak perempuan maka saya tahu tanggungjawab saya. Haa tapiii perlu diingat, walaupun saya tak kisah buat semua tu, tak bermakna saya menyokong 'kemalasan' orang lelaki ye... hehe.


Apapun raya kali ni banyak juga kejutannya. Semuanya dah dirancang cantik oleh Yang Maha Kuasa. Nak cerita semua kat sini macam tak sesuai pula sebab perkara-perkara yang berlaku agak peribadi. Cukuplah saya simpulkan dengan rasa syukur yang tak terhingga. Oh ya, lepas beraya di rumah Nenek, kami pergi pula ke rumah Mak Ngah untuk melawat Tok (nenek sebelah Papa) di Johor. Dalam perjalanan balik tu, saya bergilir dengan Papa untuk memandu dari Johor sampailah ke rumah. Itulah pertama kali saya memandu agak jauh bersama-sama keluarga, sebab biasanya Papa memang tak bagi saya bawa kereta jauh (dan biasanya memang saya tidur je sepanjang perjalanan tu hehehe). Syukur selalu!

Terima kasih kerana membaca!
Love, Jaji.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

ZULFATI IZAZI ZULKIFLI

ZULFATI IZAZI ZULKIFLI
My friends call me Jaji. Malaysian. Currently in South Korea. I blog for fun, just to share about all the good things in life. I am currently (trying to be) active in sharing about my PhD journey and scribbling about my daily life in Korea.

MY INSTAGRAM

POSTS YOU MAY WANT TO READ

  • Syampu BAWANG untuk Wanita dan Kisah Rambut Gugur
  • THIS ROUTINE SAVED MY HAIR
  • How I DIY My Marble Table / Buat Sendiri Meja Corak Marmar
  • Makan Secara Sihat di Epic Fit Meals
  • 7 Tips Remeh untuk Move On!
  • Mr. Steak House, Bandar Sri Permaisuri
  • Review: Najis Berminyak Lepas Makan Kitsui Royal Lipo Trim??
  • My Academic Journey

POSTS FROM THE PAST

  • ►  2021 (11)
    • December (1)
    • November (1)
    • October (2)
    • September (1)
    • August (1)
    • July (2)
    • June (1)
    • April (1)
    • February (1)
  • ►  2020 (7)
    • November (1)
    • September (1)
    • June (1)
    • May (1)
    • April (1)
    • January (2)
  • ►  2019 (17)
    • December (2)
    • November (1)
    • September (3)
    • August (1)
    • July (1)
    • June (2)
    • May (2)
    • April (1)
    • March (1)
    • February (2)
    • January (1)
  • ►  2018 (26)
    • December (3)
    • November (2)
    • October (3)
    • September (3)
    • August (2)
    • July (3)
    • June (1)
    • May (2)
    • April (1)
    • March (3)
    • February (1)
    • January (2)
  • ►  2017 (39)
    • December (2)
    • November (4)
    • October (2)
    • September (2)
    • August (3)
    • July (4)
    • June (1)
    • May (5)
    • April (4)
    • March (4)
    • February (4)
    • January (4)
  • ▼  2016 (54)
    • December (2)
    • November (4)
    • October (3)
    • September (5)
    • August (8)
    • July (5)
    • June (7)
    • May (9)
    • April (4)
    • March (3)
    • February (4)
  • ►  2015 (12)
    • December (2)
    • November (2)
    • October (2)
    • September (2)
    • May (1)
    • April (3)
  • ►  2013 (19)
    • December (6)
    • November (4)
    • October (7)
    • September (2)
  • ►  2012 (1)
    • January (1)
  • ►  2011 (1)
    • April (1)
  • ►  2010 (18)
    • December (1)
    • November (2)
    • August (1)
    • July (3)
    • June (2)
    • May (1)
    • April (3)
    • March (1)
    • February (2)
    • January (2)
  • ►  2009 (45)
    • December (3)
    • October (4)
    • September (3)
    • August (4)
    • July (5)
    • June (3)
    • May (2)
    • April (6)
    • March (4)
    • February (4)
    • January (7)
  • ►  2008 (4)
    • December (1)
    • November (2)
    • September (1)

YOU CAN TRANSLATE THIS BLOG

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates