aidilfitribalik kampungbloggingfamilyimbau kembalijelebukeluargamemorinegeri sembilanraya 2016syawalzulfati izazi
Memori Syawal 1437 Hijrah
Alhamdulillah, syukur. Aidilfitri tahun ni masih diraikan seperti tahun-tahun sebelum ni, bersama-sama keluarga kecilku. Sambutan hari raya kami dilakukan secara sederhana di rumah Nenek sebelah Mama di Jelebu, Negeri Sembilan. Sehari sebelum raya lagi kami dah balik kampung untuk membantu Nenek membuat persiapan raya. Rendang Nismilan yang Nenek buat memang tiada bandingannya okay! :p
![]() |
Dari kiri: Encik Zulkifli Ismail, Puan Umi Salbiah, dan puteri mereka, Zulfati Izazi :p |
![]() |
Loving the lasercut Ariani shawl! |
Selain rendang nenek, salah satu hidangan yang wajib ada masa kami berkumpul ramai-ramai juga ialah mee goreng signature Mama. Sepupu-sepupu saya yang jenis tak makan mee pun boleh jatuh hati dengan mee goreng Mama ni okay, siap bertambah-tambah. Haha. Masa balik kampung haritu je dua kali Mama buat mee goreng ni tau, sebab permintaan terlalu tinggi. Oh btw, masa raya hari tu ada sedikit kekecohan berlaku di Twitter tentang golongan perempuan atau anak dara yang sering ditindas ketika raya kan? Hahaha sebab kalau raya je mesti anak dara yang jadi mangsa kena cuci pinggan berjam-jam kat dapur. Pakai baju raya cantik-cantik untuk apa? Untuk dicomotkan semula di dapur je... haha. Untuk pengetahuan anda, kat Nogori memang semua dilayan sama rata, tak kisahlah anak dara ke anak bujang. Tak percaya? Tengok gambar kat bawah ni sebagai buktinya! xD
Hahaha bagus betul anak-anak bujang ni tolong kat dapur ye. Good job Irfan and Iman! Hmm tentang isu Twitter tu, secara peribadinya saya tak kisah kena buat kerja kat dapur sebab saya anggap tu sebagai tanggungjawab. Tambahan pula saya ni cucu sulung, dah lah paling tua, perempuan pula tu. Jadi kalau bukan saya yang tolong Mama, tolong Nenek kat dapur, siapa lagi kan? Bukan kat kampung je, kat rumah pun sama sebab saya satu-satunya anak perempuan maka saya tahu tanggungjawab saya. Haa tapiii perlu diingat, walaupun saya tak kisah buat semua tu, tak bermakna saya menyokong 'kemalasan' orang lelaki ye... hehe.
Apapun raya kali ni banyak juga kejutannya. Semuanya dah dirancang cantik oleh Yang Maha Kuasa. Nak cerita semua kat sini macam tak sesuai pula sebab perkara-perkara yang berlaku agak peribadi. Cukuplah saya simpulkan dengan rasa syukur yang tak terhingga. Oh ya, lepas beraya di rumah Nenek, kami pergi pula ke rumah Mak Ngah untuk melawat Tok (nenek sebelah Papa) di Johor. Dalam perjalanan balik tu, saya bergilir dengan Papa untuk memandu dari Johor sampailah ke rumah. Itulah pertama kali saya memandu agak jauh bersama-sama keluarga, sebab biasanya Papa memang tak bagi saya bawa kereta jauh (dan biasanya memang saya
Terima kasih kerana membaca!
Love, Jaji.
0 comments