Menyesal Buat Rawatan Muka di Herbaline!
22 JulySelalunya kalau lepas pergi buat rawatan muka (facial), mestilah kita harapkan yang muka kita akan terus cantik dan berseri kan? Hmm tapi tidak di Herbaline ni! Nak tahu kenapa? Okay teruskan membaca.
Jaji pergi ke cawangan Herbaline yang terletak di Leisure Mall ni selepas membuat temujanji. Sebab kalau tak ada appoinment, tak boleh buat rawatan. Cara nak buat temujanji tu mudah je, cuma telefon nombor cawangan ni iaitu +60 17-365 6689 dan tetapkan masa serta tarikh temujanji anda. Saya buat panggilan telefon tu dan pergi ke temujanji pada hari yang sama, beberapa jam je selepas temujanji ditetapkan. Kira baguslah Herbaline ni sebab kita tak perlu tunggu lama sampai berhari-hari kan.
Pakej rawatan yang saya pilih bernilai RM90.10 sahaja termasuk GST. Pakej ni bernama Dead Cells Removal and Moisturising Treatment. Antara rawatan yang terkandung dalam pakej ni ialah pembuangan sel kulit mati (guna mesin dan skrub), rawatan wap, dan yang paling menyakitkan sekali; pembuangan whitehead dan blackhead!
Rawatan tu dibuat menggunakan tangan pakar rawatan muka (facial expert) kat situ dan memang sangat menyakitkan! Mungkin sebab muka saya memang banyak whitehead (blackhead tak ada sangat) maka bertambah-tambahlah sakitnya. Sakit sebab dia picit betul-betul sampai whitehead tu keluar. Kalau whitehead tu jenis degil dan susah nak keluar, dia akan guna jarum okay! Haa bayangkanlah sakit ke tak sakit haha. Pedih sampai automatik terkeluar air mata ha ha ha. Tapiii ini bukanlah punca penyesalan saya (jeng jenggg, teruskan membaca!).
Teh herba sebelum rawatan |
Teh herba selepas rawatan |
Keseluruhan rawatan tersebut memakan masa lebih kurang 90 minit atau satu jam setengah. Kira berbaloi jugalah kan? Haaa habis tu apa yang menyesalnya?! Okay sebenarnya menyesal sebab masa atau timing saya pergi buat rawatan tu tak kena... hahaha. Kalau anda biasa buat rawatan muka, terutamanya yang melibatkan pembuangan whitehead, mesti anda sedia maklum yang muka akan jadi kemerah-merahan dan sedikit bengkak... hihu. Hah jangan terkejut pula tengok gambar kat bawah ni!
![]() |
BEFORE TREATMENT VS AFTER TREATMENT |
Tapiii keseluruhannya pengalaman membuat rawatan muka di Herbaline memang sangat menarik, berbaloi, dan memang disyorkan kepada sesiapa yang berminat! Hehe tak payah takut menyesal lah sebab hasilnya sekarang kulit muka saya dah bertambah baik serta lebih lembab dan licin berbanding sebelum mendapatkan rawatan. Selepas selesai rawatan, mereka akan cadangkan produk yang sesuai untuk kita gunakan sebagai langkah memulihkan muka sendiri di rumah. Saya beli Herbaline Pimples Cream pada harga RM99.00 sebab krim tu akan mampu melindungi kulit saya daripada minyak berlebihan yang boleh menyebabkan whitehead. Sebelum saya balik, pakar rawatan tu ada pesan bahawa saya perlu elakkan pakai foundation yang mengandungi lebih daripada SPF 30, sebab SPF yang terlalu tinggi tak sesuai untuk jenis kulit saya. Herbaline? Recommended!
Thanks for reading!
Love, Jaji.
4 comments
hahahha...kenaaa cubaa ni..kkikiki..tajuk je scary..haha
ReplyDelete:P hehehe memang betul menyesal, tapi sekejap jeee lepas tu puas hati! hehe
DeleteSy dah hmpir 4 thn buat facial di herbaline...so far so good
ReplyDeletehello. So how your progress now? Because, i baru buat facial dekat herbaline harini. Muka i jadi mcm youu ��
ReplyDelete