Powered by Blogger.

Search This Blog

The Daily Jaji


Rakyat Malaysia sememangnya mempunyai cinta yang mendalam terhadap pelbagai jenis makanan, termasuklah makanan barat. Jika anda tercari-cari restoran yang menghidangkan makanan barat dengan harga yang berpatutan serta suasana yang selesa, Mr. Steak House inilah tempatnya! Cawangan restoran ni di Bandar Sri Permaisuri agak baru dibuka. Sebelum ni Mr. Steak House dah ada beberapa cawangan, antaranya di Shah Alam, Seri Kembangan, Kota Damansara, dan Seremban 2.



Menu di restoran ni menepati selera saya dan keluarga, hehe. Sebab memang dari dulu lagi, kalau makan di restoran ala barat, kami tetap 'setia' dengan menu yang sama. Papa memang suka steak daging, adik (Irfan) pula memang jarang pesan menu selain fish and chips. Saya dan Mama pula biasanya pesan hidangan berasaskan ayam, macam chicken chop ke, chicken maryland ke. Kat Mr. Steak House ni memang ada semua tu, jadi tak ada masalah lah untuk kami pesan hidangan kegemaran masing-masing. Selain tu, hidangan lain seperti spaghetti dan lamb stew pun ada disediakan.

Masa ambil gambar ni makanan Papa je yang baru sampai hehe

Harga di restoran ni pada saya sangatlahhh berpatutan, sesuai dengan rasa makanannya dan tempatnya yang selesa. Bukan sekadar selesa, siap ada tema koboi lagi. Staf kat sini pun mesra pelanggan (siap tolong ambilkan gambar kita orang lagi hehe). Tentang status halal, tak perlu bimbang sebab restoran ni dimiliki oleh orang Islam.

 Haa jom tengok makanan yang kami pesan berserta harganya sekali:

Black Pepper Steak - RM16.90
Fish and Chips - RM11.90
Chicken Chop - RM10.90
Sizzling Yee Mee - RM13.90
Oh ya, menu kat sini tak terhad kepada makanan barat je, sebab kalau anda teringin nak makan sizzling yee mee macam ni pun ada juga. Kalau anda rujuk senarai menu kat atas tu, bukan sekadar mee, nasi sizzling pun turut disediakan. Tentang minuman pula, anda boleh menikmati jus buah-buahan bermula pada harga RM5.00 sahaja. 


Okay terliur tak tengok gambar-gambar makanan tu? Hehehe. Saya sendiri terus rasa lapar masa tulis post ni tau! Haha. Untuk pengetahuan anda, Mr. Steak House ni dibuka dari jam 12 tengah hari sehingga 12 malam. Masa kami pergi tu semestinya waktu malamlah kan (sebab siang makan nasi haha). Kepada yang berminat nak datang makan kat sini, anda boleh rujuk alamat berikut:

Mr Steak House
No. 2-1, Jalan Dwitasik 2,
Bandar Sri Permaisuri,
Cheras, 56000 Kuala Lumpur.

Terima kasih kerana membaca!
Love,
Jaji
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Kalau anda pernah alami masalah rambut gugur, kita geng! Huhu. Masalah rambut gugur ni bukan masalah peribadi je, tapi dah jadi masalah orang sekeliling juga kalau keguguran rambut tu berlebihan sampai kat mana-mana pun ada je rambut. Hahaha. Kalau perempuan yang duduk hostel atau rumah sewa mesti faham kan, setiap kali sapu sampah adaaa je rambut bergumpal. xD


Tapi saya dah jumpa penyelesaian kepada rambut gugur saya kira-kira empat tahun yang lalu! Yesss, I've found the right shampoo. Hmm ceritanya bermula kira-kira 8 tahun lepas (sekitar 2008 - amboi lamanya) masa saya masih bersekolah. Lepas balik dari kem pengawas, rambut saya mula dijangkiti sesuatu yang menjadi mimpi ngeri setiap orang - KUTU! Huhuhu biasalah kalau dah bercampur dengan kawan-kawan tu, nak pula kem tu dibuat kat hutan, haa maka merayaplah sang kutu mencari rumah baru.

Gambar hiasan. Photo from ejamaria.blogspot.com
Untuk mengatasi masalah kutu tu, saya guna syampu kutu yang dibeli kat farmasi je (jenama lain, bukan macam dalam gambar). Tapi nak dijadikan cerita, saya tersilap pula baca aturan penggunaan syampu tu! Sepatutnya kena campur dengan air yang banyak sebab syampu tu pekat, tapi saya campur dengan air yang sikit je. Akibatnyaaa, kulit kepala rasa pedih gila! Menangis bawah shower jugalah masa tu hahaha. Tapiii berita baiknya, kutu semua hilang! Dannn berita buruknya, rambut saya mula gugur dengan teruk akibat tersalah guna syampu tu... huhu.

Photo from extraordinarinn.com
Masa tu, macam-macam jugalah yang saya buat untuk kurangkan masalah rambut gugur tu, antaranya gunakan santan dan mayonis kat kepala (petua tradisional). Agak menjadi, tapi saya masih tak puas hati sebab setiap hari ada je rambut yang gugur (walaupun sebenarnya rambut gugur 80 helai sehari tu normal). Kira-kira dua tahun lepas tu, saya tertengok iklan syampu Bawang (yang ada Jackie Chan tu haha) dan saya terpengaruh dengan iklan tu, maka saya pun cubalah syampu tu. Tak dinafikan, memang berkesan! Cuma bau syampu tu sangat kuat, dan bau dia tak wangi pun sebab bau macam herba herba tu (bukan bau bawang putih mahupun bawang merah ye haha). Hmm jadi lepas rambut dah agak okay tu, saya berhenti gunakan syampu Bawang tu dan gunakan syampu lain.


Haa tapi setahun dua lepas tu (sekitar 2013), masalah rambut gugur timbul balik. Mungkin sebab faktor usia, hormon, stres, dan sebagainyalah kan. Saya tergerak hati untuk guna semula syampu Bawang. Bagaikan satu keajaiban, saya terjumpa Syampu Bawang untuk Wanita pula di Watsons! (sebelum ni saya guna syampu Bawang biasa yang hijau tu, bukan yang untuk wanita) Maka saya pun dengan gembiranya beli dan syampu ni secara rasminya menjadi kegemaran saya sampai sekarang!


Syampu ni memang wangi, tak ada bau herba sangat, dan satu perkara yang paling saya suka tentang syampu ni adalah: saya dah tak perlu sikat rambut (dengan penggunaan perapi/conditioner)! YAAA ini memang benar hahaha. Kalau sikat rambut, saya rasa lebih banyak rambut akan gugur sebab masa sikat tu kita akan tarik-tarik rambut tu kan. Jadi saya memang ada tabiat tak suka sikat rambut, lagipun rambut saya jenis ikal dan kerinting jadi kalau gigih sikat pun tak nampak beza haha, cukup sekadar rambut tak bersimpul atau kusut (masih boleh disikat dengan jari gitu). Perapi (conditioner) syampu bawang ni memang terbaik!



Masuk tahun ni dah tahun keempat kot saya menjadi pengguna setia Syampu Bawang ni (they should give me free shampoo supplies already hahah). Biasanya memang saya dapatkan syampu ni di Watsons je, sebab kat tempat lain memang tak ada (atau mungkin saya je tak pernah jumpa?). Harganya bergantung pada Watsons juga, kalau tak ada sale dalam RM74.00, dan baru-baru ni saya beli pada harga RM67.00 (tengah sale, dan ada percuma satu syampu botol kecil). Syampu ni didatangkan dalam satu set syampu + perapi. Dalam setahun saya beli syampu ni lebih kurang 3-4  kali je, sebab satu set tu cukup untuk bertahan sehingga 4 bulan. Lagipun saya bukannya jenis syampu setiap hari, sekadar 3-4 kali seminggu je. Haa sebab kalau kerap sangat syampu pun boleh menjadi punca rambut gugur tau hehe.

Kalau anda ada syampu lain atau apa-apa tips untuk mengatasi keguguran rambut, mohon kongsikan ye! Kepada yang baru pertama kali nak cuba syampu Bawang, selamat mencuba!

UPDATE: Ada kawan yang boleh berbahasa Cina kata 'Bawang' ni adalah perkataan  dalam bahasa Mandarin, dan antaranya maksudnya ialah hegemon, monopoly, despot, dan overlord. (http://dictionary.pinpinchinese.com) 

Terima kasih kerana membaca
Love,
Jaji
Share
Tweet
Pin
Share
15 comments

Sebut je tentang move on, mesti ramai yang kaitkan dengan percintaan kan? Move on lepas putus cinta, move on lepas crush tak layan, dan macam-macam lagi yang berkaitan dengan cinta. Tapiii sebenarnya, banyak lagi perkara lain yang memerlukan kita kuat untuk move on, atau dalam erti kata lain untuk meneruskan hidup! Antaranya adalah move on selepas kecewa dengan keputusan peperiksaan, move on lepas bergaduh dengan kawan, move on lepas gagal dalam sesuatu perkara yang kita buat, move on lepas kematian orang tersayang, dan baaanyak lagi. Semuanya memerlukan kekuatan untuk kita teruskan hidup tanpa gangguan emosi yang serius... hmm. Saya pun sebenarnya dapat idea untuk tulis tentang moving on ni sebab saya baru je selesai pembentangan usul tesis sarjana saya pagi ni, dan agak susah untuk saya move on daripada hakikat bahawa baaanyak pembetulan yang perlu saya buat untuk memurnikan lagi tesis saya tu. (hu hu hu nama pun belajar kan, mana ada yang senang. sobs)


Bukan senang nak move on, sebab dugaan yang diterima oleh setiap orang tak sama, dan tahap kekuatan masing-masing juga berbeza-beza. Walaupun move on ni nampak remeh, tapi sebenarnya mampu memberikan kesan yang besar dalam hidup kita. Berdasarkan pengalaman Jaji, antara tahap move on yang paling susah adalah menerima hakikat bahawa perkara yang dah berlaku tu tak dapat nak diulang semula. Tak kira betapa menyesalnya saya sebab tak berjaya cecah GPA 3.50 pada semester kedua di UKM dulu, saya dah tak boleh patah balik. Tiga hari tiga malam jugalah menangis mengenangkan keputusan yang rendah tu. Haaa TAPI, walaupun kita tak dapat ubah masa silam, kita masih mampu untuk merancang masa depan. Sebab itulah semangat untuk move on tu penting, supaya kita tak terus terbawa-bawa dengan perkara yang dah berlaku dah pun.

Dalam tulisan kali ni, saya akan kongsikan beberapa tips yang kelihatan agak remeh, tapi besar impaknya *pada sayalah*. Perkongsian ni hanyalah rumusan berdasarkan pengalaman sendiri dan kawan-kawan, jadi terpulanglah kepada anda untuk menilai keberkesanannya, hehehe.


1. Menangis
Ya, pada peringkat awal, menangislah. Menangis supaya kita tak rasa terbeban dengan emosi tu. Sekurang-kurangnya lepas dah keluar air mata, kita akan rasa lega. Kalau anda dah cuba menangis tapi tak boleh, mungkin maknanya anda kuat. Maybe you're stronger than you think you are! (pagi tadi saya nangis terus dalam kereta lepas selesai pembentangan sebab memikirkan usaha yang kita rasa dah banyak selama ni rupanya masih tak cukup huhu)


2. Buang benda-benda yang mengingatkan anda pada kisah lama
Haa yang ni memang satu tips yang tipikal, biasa sangat kita dengar kan. Nak buang 'benda' ni memerlukan keikhlasan dan kekuatan emosi, bukan sekadar 'buang' tapi 'simpan'. Buang atas dasar "aku kena buang sebab aku sayang diri aku lebih daripada aku sayang benda-benda yang dah menyakitkan aku". Contohnya kalau anda putus cinta *ni contoh paling mudah hehe*, buang/delete semua gambar lama. Kalau sayang sangat nak buang pun, setidaknya simpanlah di tempat yang anda takkan tengok selalu. Out of sight, out of mind. Haa satu lagi benda penting yang perlu dibuang (jika anda putus cinta) ialah: mesej-mesej lama! Ya memanglah mula-mula rindu, rasa nak baca je selalu, tapi kalau asyik belek benda lama je, macam mana kita nak mulakan hidup baru kan?


3. Tukar senarai lagu/playlist anda
Dari segi psikologinya, bunyi (lagu) mampu mengingatkan kita pada sesuatu perkara atau seseorang. Sebab tu lah pentingnya kita mengemas kini senarai lagu yang biasa kita dengar. Kalau selama ni suka dengar lagu-lagu rapuh, cuba gantikan dengan lagu-lagu yang memberikan semangat pula. Kalau lagu Afgan mengingatkan anda pada seseorang, cuba gantikan dengan lagu rap Nicki Minaj pula *contoh je haha*. Macam saya dulu, susah sangat nak move on daripada UKM. Maksud saya, lepas dah habis belajar di UKM, saya masih rindukan suasana kolej dan kawan-kawan, rasa macam tak boleh move on. Tapi lepas tu saya tersedar; saya asyik rindu mungkin sebab saya selalu dengar lagu sama yang saya selalu layan masa zaman di UKM dulu. Jadi lepas tu saya gantikan lagu-lagu tu dengan lagu-lagu baru pula. Walaupun nampak remeh, tapi kesannya besar okay.


4. Tonton filem
Tontonlah filem yang boleh memberi inspirasi kepada anda. Banyak filem-filem yang mampu mengubat kesedihan dan mengubah persepsi kita terhadap masalah yang kita hadapi. Oh, I once wrote about movies that made me feel good, feel free to read the post here.


5. Shopping!
Membeli-belah merupakan satu terapi yang baik (jika anda tak terlebih berbelanja lah kan) hehe. Membeli barang baru ni ibarat "new shoes, new me". Dalam usaha melupakan benda lama, mestilah kita perlukan 'benda baru' kan. Membeli barang baru juga ibarat anda telah memberikan hadiah kepada diri sendiri atas kejayaan meneruskan hidup/move on. Haa tapi jangan sampai terlebih berbelanja pula, kang daripada elok-elok nak move on tiba-tiba down pula tengok baki akaun. :p


6. Berhenti bercakap tentang perkara tersebut
Move on haruslah bermula dengan diri sendiri. Selagi anda masih berbicara tentang hal tersebut, tak kiralah apa pun halnya, maknanya anda masih belum move on. Jika anda masih tweet tentang bekas kekasih anda tu, atau masih berbicara tentang hal yang dah lama berlalu, haa nampaknya mungkin anda masih tak dapat terima kenyataan. Sesukar mana pun untuk anda mengelak daripada bercerita atau mengungkit tentang hal tu, cuba sedaya upaya untuk tahan. Lama-lama anda akan terbiasa dan akhirnya anda sendiri akan terlupa hal tu. Apabila dah sampai tahap ni, tahniah, maknanya anda dah berjaya move on.


7. Bersenam
Ya! Bersenam mampu membuatkan kita lupa semua hal lain untuk seketika. Masa bersenam, seluruh tenaga kita akan digunakan oleh tubuh, jadi dah takde tenaga dah untuk fikir benda lain haha. :p Sebenarnya, bersenam akan mengeluarkan sejenis hormon iaitu endorfin, dan hormon tu mampu buat kita rasa gembira. Oh ya, bersenam ni juga bonus untuk anda! Sebab selain rasa gembira, rasa lebih sihat, dan rasa ceria, anda juga sebenarnya sedang membentuk fizikal anda untuk menjadi lebih cantik! Hehehe *jadi kalau ada yang putus cinta sebab bekas kekasih anggap anda terlalu gemuk/terlalu kurus/tak cantik tu, haa inilah masanya untuk anda buktikan!* :p (walaupun pada saya semua orang cantik, tak kira apa pun bentuk badan. xoxo)

Walaupun post ni nampak macam tertumpu kepada orang putus cinta (sebab tu je contoh paling mudah haha), tapi sebenarnya tips ni boleh diguna pakai dalam pelbagai situasi. Jika anda kehilangan orang tersayang (meninggal dunia), mungkin membeli-belah dan menonton filem takkan dapat membantu merawat sakitnya hati tu. Tapi mungkin mengemas kini playlist lagu dapat sedikit sebanyak mengurangkan kesedihan. Hopefully. Apapun, kita kena percaya yang diri kita kuat! Tak ada dugaan yang kita takkan mampu hadapi, sebab kalau kita tak mampu, dugaan tu takkan datang pun kat kita. Di samping tips-tips tersebut, berdoa dan meminta pada Yang Satu juga adalah salah satu cara untuk move on yang paling berkesan. As cliche as it might sounds, praying is a very powerful method. God understands when no one else does. Semoga kita semua kuat untuk move on dan meneruskan hidup dengan lebih positif. :)

Photo credits to: Nabilah Basir, Najmuddin Jimi

Thanks for reading!
Love,
Jaji
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

Sebenarnya saya bukanlah penggemar kopi yang wajib minum kopi setiap pagi, tapi setelah saya cuba Min Kaffe, hari saya rasa tak lengkap kalau tak minum kopi ni. *wah ayat iklan sangat!* Eh  saya tak dibayar pun untuk buat ulasan ni, cuma sebab saya memang sukakan produk ni, jadi apa salahnya kan hehehe.


Min Kaffe ni dahulunya dikenali sebagai Mineral Coffee, dan lepas tu mereka buat penjenamaan semula dengan nama baru dan pembungkusan baru (harga pun baru juga). Sekotak Min Kaffe ni berharga RM33.00 (semenanjung Malaysia) dan RM36.00 untuk Sabah dan Sarawak. Ada 20 sachet dalam satu kotak. Ada banyak kebaikan kopi mineral ni, antaranya untuk memberi mineral yang diperlukan oleh tubuh, meneutralkan asid dalam badan, menstabilkan tekanan darah, merendahkan risiko sakit jantung, dan mencegah migrain. Haa itu antara kebaikan yang mereka war-warkanlah.


Tapi yang saya nak ceritakan ialah kesan yang saya sendiri dapat rasa lepas minum kopi ni. Biasanya saya minum kopi ni pada waktu pagi, dan walaupun tak makan makanan berat, saya masih dapat bertahan sampai waktu makan tengah hari. Saya rasa bertenaga je, walaupun kalori dalam kopi ni rendah (59kcal). Rasa kopi ni juga sangat saya gemari, sebab tak pahit dan tak juga manis, rasa lemak-lemak je.


Seperti kebanyakan kopi lain, Min Kaffe ni juga boleh membantu kita untuk kekal segar (tak mengantuk). Okay sebenarnya ada cerita lucu di sebalik cara saya tahu kopi ni mampu buat kita segar haha. Pada satu malam tu, lebih kurang pukul 9 malam, saya rasa lapar tapi taknak makan makanan berat (sebab diet lah kononnya kan haha). Jadi saya pun bancuhlah sepaket Min Kaffe dan dengan yakinnya saya pun minum. Lepas tu masa nak masuk tidur dalam pukul 12.30 malam, saya masih rasa segar-bugar. Puas dah bergolek, masih tak terlelap. Lepas tu barulah saya teringat yang saya baru minum kopi pukul 9 tadi! Patutlah tak mengantuk lagi hahaha. Dalam pukul 4.30 pagi barulah saya berjaya tertidur, dan tak ada masalah juga nak bangun Subuh lepas tu sebab masih segar. Tapiii bila dah pukul 8 pagi tu barulah saya mula mengantuk... haha. Menyesal minum malam tu, sebab selama ni saya minum kopi lain tak ada pula kesan, boleh je tidur. Tak sangka dengan Min Kaffe ni kesannya sampai macam tu sekali hehehe.

Untuk beli kopi ni, anda boleh dapatkan di mana-mana kiosk atau kedai yang menjual barangan kesihatan. Macam saya biasanya beli di Medan Mara. Kalau nak beli online pun rasanya ramai juga yang jual. Selamat mencuba Min Kaffe! Tapi ingat ye jangan minum sebelum tidur pula. :p

Terima kasih kerana membaca!
Love,
Jaji
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Cantiknya nasi ni, berwarna-warni! Nasi dari Koo Boo Kafe ni dinamakan nasi tujuh benua. Haa bukan satu bukan dua, tapi tujuh! Nasi tersebut digelar sebegitu kerana hidangan ni menggabungkan tujuh jenis nasi yang berlainan, iaitu nasi putih, nasi tomato, nasi minyak, nasi hujan panas, nasi lemuni, nasi lemak, dan nasi kacang.




Apabila memesan nasi ni, anda akan diberikan sepinggan nasi yang mengandungi ketujuh-tujuh jenis nasi tersebut, tanpa lauk. Anda perlu memilih sendiri lauk yang anda inginkan. Ada macam-macam jenis lauk kat sini. Antara yang menjadi kegemaran saya ialah ayam masak merah. Rasa masam-masam manis ayam masak merah tu kalau dah digabungkan dengan nasi tujuh benua ni, memang meletup! Hahaa. Saiz hidangan nasi ni sebenarnya agak banyak dan mengenyangkan. Saya sendiri tak mampu habiskan ketujuh-tujuh benua tu, hanya mampu setakat tiga hingga empat benua je, selebihnya terpaksa dikongsikan dengan kawan-kawan lain yang lebih kuat makan. :p


Restoran Koo Boo Kafe ni terletak di Sungai Ara, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Tempat ni tak jauh dengan universiti saya. *maknanya makin keraplah saya boleh makan kat sini* haha habislah dietkuuu *nangis sambil suap nasi*. Oh ya, untuk pengetahuan anda, restoran ni dibuka dari pukul 11 pagi hingga 10 malam, jadi anda bolehlah pilih sama ada nak makan tengah hari atau makan malam di sini. Selamat makan!

Terima kasih kerana membaca!
Love,
Jaji.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

It was my first time celebrating my birthday away 400km away from my family, so I decided to get myself a cake and shared it with my closest friends in Penang. Alhamdulillah, I'm 24! Cepat betul masa berlalu. Dah tua dah Jaji ni rupanya. :p

Sambutan secara kecil-kecilan (makan kek je) dibuat di kafe milik sahabat lama saya, Abang Cha iaitu The Kapit's. The Kapit's ni merupakan satu kafe yang terletak dalam USM. Saya dah pernah buat ulasan tentang kafe ni, kalau nak tahu lebih lanjut boleh baca kat sini ye.


Sebenarnya ini bukanlah 'sambutan' sangat pun, sebab saya cuma ajak kawan-kawan rapat saya di Penang ni untuk makan kek je. Kawan-kawan yang hadir pun cuma tiga orang je, iaitu teman sebilik saya Syuhairah Ahmad, Kak Ain, dan teman baik saya sejak zaman sekolah iaitu Aslam Rashid. Seorang lagi teman rapat saya di Penang iaitu Lau tak dapat hadir sebab dia tiba-tiba kena masuk kerja, walaupun hari Sabtu huhu. Tapi tak apa, sebab jumlah kawan tak penting, yang penting kualiti mereka sebagai kawan kan. Hehee :p


Di The Kapit's ni tak ada kek penuh yang bulat tu, jadi kami cuma pilih beberapa potong kek untuk dimakan bersama-sama, lagipun bukannya ramai sangat yang nak makan kan, kalau beli kek penuh pun takut tak terhabis nanti. Of course, the cake is chocolate because its my favourite! Btw, saya kagum dengan penyajian kek yang dibuat oleh Abang Cha ni. Cantik sangat! Tak terbayang pun dia akan hidangkan dalam pinggan cantik, siap dengan tanda "Happy Birthday Zulfati Izazi" lagi, hehehe terima kasih Abang Cha!


Kebetulan kat kafe tu memang banyak hiasan yang boleh dibuat props, dan salah satunya ialah tiara tu. Haaa apa lagi, saya pun dengan bangganya pakailah tiara tu kan hahaha. Bukan selalu dapat fefeeling princess macam ni. :p


Apapun terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi teman saya makan kek sambil main Jenga (kat Kapits memang ada Jenga untuk dimain haha) . Terima kasih juga kepada Alam yang senyap-senyap tolong bayarkan, sedangkan perancangan asalnya memang saya yang nak belanja mereka, alih-alih diorang pula yang belanja kita. Kak Ain pun siap bagi hadiah lagi. Im so blessed to be surrounded by these people, so blessed to be given a good life. Alhamdulillah.

P/s: Tak sabar nak balik rumah dan makan-makan dengan keluarga pula!

Thanks for your wishes!
Love,
Jaji.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Today is August 10th, and that means my birthday is coming soon! Bersempena dengan ulangtahun kelahiran saya, izinkanlah saya menghadiahkan sebarang dua barangan daripada koleksi perniagaan dalam talian saya, iaitu Izazi Kuala Lumpur (www.izazikl.com). Oh ya, website www.izazikl.com tu masih dalam penyelenggaraan, tapi urusniaga masih berjalan aktif menerusi Instagram @izazi.kl dan juga laman Carousell @izazi.kl.


Okay, berbalik kepada hadiah kita tadi. Saya akan pilih tiga orang pemenang bertuah yang bakal menerima barang-barang comel daripada IzaziKL. Haa walaupun comel, tak semestinya perempuan je boleh sertai. Lelaki pun boleh juga, nanti lepas dah dapat hadiah tu bolehlah bagi pada mak ke, kakak ke, bae ke. :p It may not be much, but hey, giveaway is all about the fun right? Hehehe. Jadi, barang-barang yang akan diterima oleh tiga orang pemenang bertuah adalah seperti berikut:


Set 1: Floral Shawl dan buku nota kulit keras Be Brave


Set 2: Floral Shawl dan Envelope Clutch


Set 3: Floral Shawl dan buku nota kulit lembut Pink Polka

Haa nampak menarik kan? Yelah, barang percuma kan, mestilah menarik! Hehehee. Cara-cara untuk anda menyertai giveaway ni mudah je. Cuma ikut langkah-langkah berikut:

1. FOLLOW akaun Instagram @izazi.kl. (kalau nak follow akaun peribadi saya pun boleh juga, cari je @zulfatiizazizulkifli) :p

2. KOMEN pada mana-mana post dalam blog ni dengan menyatakan "Hi Izazi! Saya nak _________" *isi tempat kosong dengan hadiah yang anda nak*.

3. DAH SELESAI! Tunggu je saya balas komen anda nanti ya. 

Haa senang kan? Tak perlu tag sesiapa, tak perlu copy paste apa apa. Eh tapi kalau nak tolong tag atau share pun apa salahnya kan? Hehehe. Btw, pemenang akan dipilih secara rawak. Jangan sedih ye kalau anda tak berjaya untuk giveaway kali ni. Insyaallah, akan ada giveaway yang lebih menarik pada masa akan datang. Oh ya, sesi ni akan berakhir pada 11 Ogos 2016, pukul 12.00 tengah malam. Jadi anda ada lebih kurang satu hari setengah bermula sekarang! Cepat follow dan komen ye! Jaji pun tak sabar nak bagi hadiah ni kat korang. Selamat mencuba!

Thanks for participating!
Love, 
Jaji.
Share
Tweet
Pin
Share
14 comments

Okay why does the post title sounds like I am not a current resident of Penang? Hahaha padahal dah berbulan-bulan duduk pulau ni. Walaupun dah banyak hujung minggu yang saya luangkan di Pulau Pinang, tapi hujung minggu kali ni agak istimewa sebab saya ditemani kawan-kawan baik (Nadzirah Afiqah, Aslam Rashid, Muhammad Irfan) dan juga dua orang kawan baru dari Russia (Mira dan Rauf). Kami meluangkan dua hari menjelajah tempat-tempat menarik di sini, di samping mencuba segala macam jenis makanan kegemaran warga negeri ni.

Baiklah, saya akan ringkaskan kisah pengembaraan kami ni dengan menyenaraikan tempat-tempat menarik yang kami pergi serta aktiviti yang kami lakukan. Teruskan membaca!

Hari Pertama (Sabtu)

1. Medan Selera Taman Tun Sardon



Kami mulakan pengembaraan dengan bersarapan di kawasan berhampiran USM ni. Disebabkan Mira dan Rauf memang dah datang dengan niat nak mencuba makanan tempatan, maka mereka tak ada masalah memilih makanan. Nasi lemak, roti canai, apom, nasi lemuni, kuih cara, karipap, sebut je. Semua depa ngap. Haha.

2. Muzium Perang/War Museum



Lepas sarapan, kami teruskan dengan aktiviti yang agak memerlukan kekuatan fizikal dan mental, iaitu melawat Muzium Perang. Muzium ni ialah tapak kem tentera semasa zaman penjajahan British dan Jepun dulu. Kekuatan fizikal perlu sebab tempat ni agak berbukit-bukau dan banyak tangga yang perlu didaki. Kekuatan mental pula perlu sebab tempat ni adalah salah satu tempat paling berhantu di Asia Tenggara ok! Wuuuu. Seriously, this museum is a must visit!


*kat belakang tu terowong yang sangattt dalam*

3. Georgetown Street Art




Lepas makan nasi kandar pada tengah hari tu, kami berjalan-jalan pula di sekitar Georgetown dengan menaiki kenderaan dua alam (hybrid) *bak kata Rauf* hahaha. Nak kata basikal, ada stereng. Nak kata kereta, kena kayuh pula. Huhu. Pengalaman naik benda ni memang tak boleh lupa! Nadz duduk depan sekali sebagai air bag dan hon kita orang, Alam dan Rauf pula kayuh kat depan. Jaji mula-mula duduk kat tempat VIP (yang tak payah kayuh) kat belakang, tapi lepas tu terpaksa pindah duduk depan sebab kena jaga brake. Alam dan Rauf masing-masing berebut nak tekan brake, maka khidmat Jaji diperlukanlah kat depan tu *sebab Jaji je ada lesen memandu* haha. Mira dan Irfan pula berkhidmat sebagai pengayuh di belakang. Bising gila Nadz kat depan tu ok! Dia tak habis habis dengan ayat "Guys dont kill me! I dont wanna die like this!" setiap kali ada kereta laju lalu kat depan hahaha. Perjalanan kami di sekitar Georgetown merangkumi kawasan Street Art dan kampung nelayan.

4. Penang Hill/Bukit Bendera



Lepas Maghrib, kami naik pula ke Penang Hill untuk meninjau Pulau Pinang pada waktu malam. Memang tak mengecewakan! Saya memang sukaaa sangat tengok lampu-lampu bergemerlapan macam tu. Oh ya, masa naik kereta kabel (rupa dia macam monorel/LRT, tapi lebih pendek) tu, saya dan Nadz gigih nak duduk depan sekali sebab nak tengok pemandangan masa kereta kabel tu bergerak dari bawah sampailah ke puncak. It was amazing!

5. Gurney Drive Hawker Food Center



Lepas dah penat mengayuh dan meninjau, kami makan pula di Gurney Drive. Medan selera ni memang sangattt penuh dengan pengunjung, sampai nak cari meja pun payah. Tapi tak hairanlah, sebab macam-macam ada kat sini. Pasembur, char kuey teow, asam laksa, kerang bakar, semuanya. Rauf makan banyak gila okay! Terkejut juga tengok dia habiskan sepinggan char kuey teow dan sepinggan besar pasembur seorang-seorang haha.

Hari Kedua (Ahad)

1. Fort Cornwallis



Tiket untuk masuk ke Fort Cornwallis ni agak mahal (RM20/seorang), jadi kami tak jadi masuk. Kami cuma ambil angin, jalan-jalan tengok laut di sekeliling tempat ni dan bergambar di luar kawasan kota tu hehehe.

2. Muzium Negeri Pulau Pinang/Penang State Museum


*silau sangat sampai tertidur dalam gambar haha*
Ini merupakan kali kedua saya berkunjung ke sini. Untuk baca pengalaman saya di muzium ni, boleh baca kat sini ye. Hmm ada satu peristiwa berlaku masa kami di muzium ni. Saya terlambat sikit naik tingkat 2, mereka yang lain dah naik dulu. Bila dah naik, saya tengok dia orang tekun sangat membelek sesuatu kat satu sudut ni. Saya pun pergilah dekat sikit, nak juga tengok apa yang menarik sangat tu kan. Rupanya dia orang tengah sibuk duduk depan air cooler (yang jenis atas lantai tu) sebab tingkat 2 tu aircond dia rosak, jadi agak panas... Ceh. Hahaha.

3. Restoran Kapitan


*photos to be uploaded later*

Milani Chicken Briyani and Cheese Naan for the win! Tak perlu cakap banyak, makanan kat Kapitan ni memang sedap. Mira habiskan nasi briyani dia tak sampai 5 minit okay! Hahaha. Saya pula makan roti naan dan ayam tandoori. Ya, dalam dua hari ni memang diet saya ke laut ha.ha.ha.

*ais kacang from Armenian Street*
Dannn kembara kami berakhir kira-kira jam 4 petang pada hari Ahad sebab dah kena naik bas untuk balik KL. Sebenarnya naik bas tu tak ada dalam perancangan pun, sepatutnya kami naik kapal terbang. Tapi disebabkan harga tiket tiba-tiba naik mendadak (mungkin sebab ada Georgetown Festival juga kat Penang) dan tiket ETS pula dah habis, maka bas lah pilihan terakhir kami. Jaji dah lama gila tak naik bas untuk berjalan jauh sebenarnya haha, dan boleh dikatakan inilah kali pertama saya balik rumah naik bas setelah hampir lima bulan menetap di hostel USM. Pengalaman naik bas? Hmmm tak nak cerita banyak, cuma lepas ni kalau boleh tak nak lah terlepas lagi promosi tiket murah Air Asia atau Malindo hahaha. :p

Walaupun dalam masa yang singkat, kami masih berjaya bawa pelancong ni melawat tempat-tempat menarik di sekitar Pulau Pinang. Yay! Overall it was a great experience for me, and I'm sure it was a unique experience for them Russians too! Rauf and Mira stated that what they love the most about Malaysia is the food! Hahaha yes, we Malaysians are grateful for the food too. *thats why Nadzirah gained 10kgs every time she come home for summer break ha ha ha* xD

Thanks for reading!
Love, Jaji.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

ZULFATI IZAZI ZULKIFLI

ZULFATI IZAZI ZULKIFLI
My friends call me Jaji. Malaysian. Currently in South Korea. I blog for fun, just to share about all the good things in life. I am currently (trying to be) active in sharing about my PhD journey and scribbling about my daily life in Korea.

MY INSTAGRAM

POSTS YOU MAY WANT TO READ

  • Syampu BAWANG untuk Wanita dan Kisah Rambut Gugur
  • THIS ROUTINE SAVED MY HAIR
  • How I DIY My Marble Table / Buat Sendiri Meja Corak Marmar
  • Makan Secara Sihat di Epic Fit Meals
  • 7 Tips Remeh untuk Move On!
  • Mr. Steak House, Bandar Sri Permaisuri
  • Review: Najis Berminyak Lepas Makan Kitsui Royal Lipo Trim??
  • My Academic Journey

POSTS FROM THE PAST

  • ►  2021 (11)
    • December (1)
    • November (1)
    • October (2)
    • September (1)
    • August (1)
    • July (2)
    • June (1)
    • April (1)
    • February (1)
  • ►  2020 (7)
    • November (1)
    • September (1)
    • June (1)
    • May (1)
    • April (1)
    • January (2)
  • ►  2019 (17)
    • December (2)
    • November (1)
    • September (3)
    • August (1)
    • July (1)
    • June (2)
    • May (2)
    • April (1)
    • March (1)
    • February (2)
    • January (1)
  • ►  2018 (26)
    • December (3)
    • November (2)
    • October (3)
    • September (3)
    • August (2)
    • July (3)
    • June (1)
    • May (2)
    • April (1)
    • March (3)
    • February (1)
    • January (2)
  • ►  2017 (39)
    • December (2)
    • November (4)
    • October (2)
    • September (2)
    • August (3)
    • July (4)
    • June (1)
    • May (5)
    • April (4)
    • March (4)
    • February (4)
    • January (4)
  • ▼  2016 (54)
    • December (2)
    • November (4)
    • October (3)
    • September (5)
    • August (8)
    • July (5)
    • June (7)
    • May (9)
    • April (4)
    • March (3)
    • February (4)
  • ►  2015 (12)
    • December (2)
    • November (2)
    • October (2)
    • September (2)
    • May (1)
    • April (3)
  • ►  2013 (19)
    • December (6)
    • November (4)
    • October (7)
    • September (2)
  • ►  2012 (1)
    • January (1)
  • ►  2011 (1)
    • April (1)
  • ►  2010 (18)
    • December (1)
    • November (2)
    • August (1)
    • July (3)
    • June (2)
    • May (1)
    • April (3)
    • March (1)
    • February (2)
    • January (2)
  • ►  2009 (45)
    • December (3)
    • October (4)
    • September (3)
    • August (4)
    • July (5)
    • June (3)
    • May (2)
    • April (6)
    • March (4)
    • February (4)
    • January (7)
  • ►  2008 (4)
    • December (1)
    • November (2)
    • September (1)

YOU CAN TRANSLATE THIS BLOG

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates