A Weekend in Penang

06 August


Okay why does the post title sounds like I am not a current resident of Penang? Hahaha padahal dah berbulan-bulan duduk pulau ni. Walaupun dah banyak hujung minggu yang saya luangkan di Pulau Pinang, tapi hujung minggu kali ni agak istimewa sebab saya ditemani kawan-kawan baik (Nadzirah Afiqah, Aslam Rashid, Muhammad Irfan) dan juga dua orang kawan baru dari Russia (Mira dan Rauf). Kami meluangkan dua hari menjelajah tempat-tempat menarik di sini, di samping mencuba segala macam jenis makanan kegemaran warga negeri ni.

Baiklah, saya akan ringkaskan kisah pengembaraan kami ni dengan menyenaraikan tempat-tempat menarik yang kami pergi serta aktiviti yang kami lakukan. Teruskan membaca!

Hari Pertama (Sabtu)

1. Medan Selera Taman Tun Sardon



Kami mulakan pengembaraan dengan bersarapan di kawasan berhampiran USM ni. Disebabkan Mira dan Rauf memang dah datang dengan niat nak mencuba makanan tempatan, maka mereka tak ada masalah memilih makanan. Nasi lemak, roti canai, apom, nasi lemuni, kuih cara, karipap, sebut je. Semua depa ngap. Haha.

2. Muzium Perang/War Museum



Lepas sarapan, kami teruskan dengan aktiviti yang agak memerlukan kekuatan fizikal dan mental, iaitu melawat Muzium Perang. Muzium ni ialah tapak kem tentera semasa zaman penjajahan British dan Jepun dulu. Kekuatan fizikal perlu sebab tempat ni agak berbukit-bukau dan banyak tangga yang perlu didaki. Kekuatan mental pula perlu sebab tempat ni adalah salah satu tempat paling berhantu di Asia Tenggara ok! Wuuuu. Seriously, this museum is a must visit!


*kat belakang tu terowong yang sangattt dalam*

3. Georgetown Street Art




Lepas makan nasi kandar pada tengah hari tu, kami berjalan-jalan pula di sekitar Georgetown dengan menaiki kenderaan dua alam (hybrid) *bak kata Rauf* hahaha. Nak kata basikal, ada stereng. Nak kata kereta, kena kayuh pula. Huhu. Pengalaman naik benda ni memang tak boleh lupa! Nadz duduk depan sekali sebagai air bag dan hon kita orang, Alam dan Rauf pula kayuh kat depan. Jaji mula-mula duduk kat tempat VIP (yang tak payah kayuh) kat belakang, tapi lepas tu terpaksa pindah duduk depan sebab kena jaga brake. Alam dan Rauf masing-masing berebut nak tekan brake, maka khidmat Jaji diperlukanlah kat depan tu *sebab Jaji je ada lesen memandu* haha. Mira dan Irfan pula berkhidmat sebagai pengayuh di belakang. Bising gila Nadz kat depan tu ok! Dia tak habis habis dengan ayat "Guys dont kill me! I dont wanna die like this!" setiap kali ada kereta laju lalu kat depan hahaha. Perjalanan kami di sekitar Georgetown merangkumi kawasan Street Art dan kampung nelayan.

4. Penang Hill/Bukit Bendera



Lepas Maghrib, kami naik pula ke Penang Hill untuk meninjau Pulau Pinang pada waktu malam. Memang tak mengecewakan! Saya memang sukaaa sangat tengok lampu-lampu bergemerlapan macam tu. Oh ya, masa naik kereta kabel (rupa dia macam monorel/LRT, tapi lebih pendek) tu, saya dan Nadz gigih nak duduk depan sekali sebab nak tengok pemandangan masa kereta kabel tu bergerak dari bawah sampailah ke puncak. It was amazing!

5. Gurney Drive Hawker Food Center



Lepas dah penat mengayuh dan meninjau, kami makan pula di Gurney Drive. Medan selera ni memang sangattt penuh dengan pengunjung, sampai nak cari meja pun payah. Tapi tak hairanlah, sebab macam-macam ada kat sini. Pasembur, char kuey teow, asam laksa, kerang bakar, semuanya. Rauf makan banyak gila okay! Terkejut juga tengok dia habiskan sepinggan char kuey teow dan sepinggan besar pasembur seorang-seorang haha.

Hari Kedua (Ahad)

1. Fort Cornwallis



Tiket untuk masuk ke Fort Cornwallis ni agak mahal (RM20/seorang), jadi kami tak jadi masuk. Kami cuma ambil angin, jalan-jalan tengok laut di sekeliling tempat ni dan bergambar di luar kawasan kota tu hehehe.

2. Muzium Negeri Pulau Pinang/Penang State Museum


*silau sangat sampai tertidur dalam gambar haha*
Ini merupakan kali kedua saya berkunjung ke sini. Untuk baca pengalaman saya di muzium ni, boleh baca kat sini ye. Hmm ada satu peristiwa berlaku masa kami di muzium ni. Saya terlambat sikit naik tingkat 2, mereka yang lain dah naik dulu. Bila dah naik, saya tengok dia orang tekun sangat membelek sesuatu kat satu sudut ni. Saya pun pergilah dekat sikit, nak juga tengok apa yang menarik sangat tu kan. Rupanya dia orang tengah sibuk duduk depan air cooler (yang jenis atas lantai tu) sebab tingkat 2 tu aircond dia rosak, jadi agak panas... Ceh. Hahaha.

3. Restoran Kapitan


*photos to be uploaded later*

Milani Chicken Briyani and Cheese Naan for the win! Tak perlu cakap banyak, makanan kat Kapitan ni memang sedap. Mira habiskan nasi briyani dia tak sampai 5 minit okay! Hahaha. Saya pula makan roti naan dan ayam tandoori. Ya, dalam dua hari ni memang diet saya ke laut ha.ha.ha.

*ais kacang from Armenian Street*
Dannn kembara kami berakhir kira-kira jam 4 petang pada hari Ahad sebab dah kena naik bas untuk balik KL. Sebenarnya naik bas tu tak ada dalam perancangan pun, sepatutnya kami naik kapal terbang. Tapi disebabkan harga tiket tiba-tiba naik mendadak (mungkin sebab ada Georgetown Festival juga kat Penang) dan tiket ETS pula dah habis, maka bas lah pilihan terakhir kami. Jaji dah lama gila tak naik bas untuk berjalan jauh sebenarnya haha, dan boleh dikatakan inilah kali pertama saya balik rumah naik bas setelah hampir lima bulan menetap di hostel USM. Pengalaman naik bas? Hmmm tak nak cerita banyak, cuma lepas ni kalau boleh tak nak lah terlepas lagi promosi tiket murah Air Asia atau Malindo hahaha. :p

Walaupun dalam masa yang singkat, kami masih berjaya bawa pelancong ni melawat tempat-tempat menarik di sekitar Pulau Pinang. Yay! Overall it was a great experience for me, and I'm sure it was a unique experience for them Russians too! Rauf and Mira stated that what they love the most about Malaysia is the food! Hahaha yes, we Malaysians are grateful for the food too. *thats why Nadzirah gained 10kgs every time she come home for summer break ha ha ha* xD

Thanks for reading!
Love, Jaji.

You Might Also Like

0 comments