Min Kaffe, Kopi Pracampur dengan Garam Buluh

18 August


Sebenarnya saya bukanlah penggemar kopi yang wajib minum kopi setiap pagi, tapi setelah saya cuba Min Kaffe, hari saya rasa tak lengkap kalau tak minum kopi ni. *wah ayat iklan sangat!* Eh  saya tak dibayar pun untuk buat ulasan ni, cuma sebab saya memang sukakan produk ni, jadi apa salahnya kan hehehe.


Min Kaffe ni dahulunya dikenali sebagai Mineral Coffee, dan lepas tu mereka buat penjenamaan semula dengan nama baru dan pembungkusan baru (harga pun baru juga). Sekotak Min Kaffe ni berharga RM33.00 (semenanjung Malaysia) dan RM36.00 untuk Sabah dan Sarawak. Ada 20 sachet dalam satu kotak. Ada banyak kebaikan kopi mineral ni, antaranya untuk memberi mineral yang diperlukan oleh tubuh, meneutralkan asid dalam badan, menstabilkan tekanan darah, merendahkan risiko sakit jantung, dan mencegah migrain. Haa itu antara kebaikan yang mereka war-warkanlah.


Tapi yang saya nak ceritakan ialah kesan yang saya sendiri dapat rasa lepas minum kopi ni. Biasanya saya minum kopi ni pada waktu pagi, dan walaupun tak makan makanan berat, saya masih dapat bertahan sampai waktu makan tengah hari. Saya rasa bertenaga je, walaupun kalori dalam kopi ni rendah (59kcal). Rasa kopi ni juga sangat saya gemari, sebab tak pahit dan tak juga manis, rasa lemak-lemak je.


Seperti kebanyakan kopi lain, Min Kaffe ni juga boleh membantu kita untuk kekal segar (tak mengantuk). Okay sebenarnya ada cerita lucu di sebalik cara saya tahu kopi ni mampu buat kita segar haha. Pada satu malam tu, lebih kurang pukul 9 malam, saya rasa lapar tapi taknak makan makanan berat (sebab diet lah kononnya kan haha). Jadi saya pun bancuhlah sepaket Min Kaffe dan dengan yakinnya saya pun minum. Lepas tu masa nak masuk tidur dalam pukul 12.30 malam, saya masih rasa segar-bugar. Puas dah bergolek, masih tak terlelap. Lepas tu barulah saya teringat yang saya baru minum kopi pukul 9 tadi! Patutlah tak mengantuk lagi hahaha. Dalam pukul 4.30 pagi barulah saya berjaya tertidur, dan tak ada masalah juga nak bangun Subuh lepas tu sebab masih segar. Tapiii bila dah pukul 8 pagi tu barulah saya mula mengantuk... haha. Menyesal minum malam tu, sebab selama ni saya minum kopi lain tak ada pula kesan, boleh je tidur. Tak sangka dengan Min Kaffe ni kesannya sampai macam tu sekali hehehe.

Untuk beli kopi ni, anda boleh dapatkan di mana-mana kiosk atau kedai yang menjual barangan kesihatan. Macam saya biasanya beli di Medan Mara. Kalau nak beli online pun rasanya ramai juga yang jual. Selamat mencuba Min Kaffe! Tapi ingat ye jangan minum sebelum tidur pula. :p

Terima kasih kerana membaca!
Love,
Jaji

You Might Also Like

0 comments