Mr. Steak House, Bandar Sri Permaisuri

30 August


Rakyat Malaysia sememangnya mempunyai cinta yang mendalam terhadap pelbagai jenis makanan, termasuklah makanan barat. Jika anda tercari-cari restoran yang menghidangkan makanan barat dengan harga yang berpatutan serta suasana yang selesa, Mr. Steak House inilah tempatnya! Cawangan restoran ni di Bandar Sri Permaisuri agak baru dibuka. Sebelum ni Mr. Steak House dah ada beberapa cawangan, antaranya di Shah Alam, Seri Kembangan, Kota Damansara, dan Seremban 2.



Menu di restoran ni menepati selera saya dan keluarga, hehe. Sebab memang dari dulu lagi, kalau makan di restoran ala barat, kami tetap 'setia' dengan menu yang sama. Papa memang suka steak daging, adik (Irfan) pula memang jarang pesan menu selain fish and chips. Saya dan Mama pula biasanya pesan hidangan berasaskan ayam, macam chicken chop ke, chicken maryland ke. Kat Mr. Steak House ni memang ada semua tu, jadi tak ada masalah lah untuk kami pesan hidangan kegemaran masing-masing. Selain tu, hidangan lain seperti spaghetti dan lamb stew pun ada disediakan.

Masa ambil gambar ni makanan Papa je yang baru sampai hehe

Harga di restoran ni pada saya sangatlahhh berpatutan, sesuai dengan rasa makanannya dan tempatnya yang selesa. Bukan sekadar selesa, siap ada tema koboi lagi. Staf kat sini pun mesra pelanggan (siap tolong ambilkan gambar kita orang lagi hehe). Tentang status halal, tak perlu bimbang sebab restoran ni dimiliki oleh orang Islam.

 Haa jom tengok makanan yang kami pesan berserta harganya sekali:

Black Pepper Steak - RM16.90
Fish and Chips - RM11.90
Chicken Chop - RM10.90
Sizzling Yee Mee - RM13.90
Oh ya, menu kat sini tak terhad kepada makanan barat je, sebab kalau anda teringin nak makan sizzling yee mee macam ni pun ada juga. Kalau anda rujuk senarai menu kat atas tu, bukan sekadar mee, nasi sizzling pun turut disediakan. Tentang minuman pula, anda boleh menikmati jus buah-buahan bermula pada harga RM5.00 sahaja. 


Okay terliur tak tengok gambar-gambar makanan tu? Hehehe. Saya sendiri terus rasa lapar masa tulis post ni tau! Haha. Untuk pengetahuan anda, Mr. Steak House ni dibuka dari jam 12 tengah hari sehingga 12 malam. Masa kami pergi tu semestinya waktu malamlah kan (sebab siang makan nasi haha). Kepada yang berminat nak datang makan kat sini, anda boleh rujuk alamat berikut:

Mr Steak House
No. 2-1, Jalan Dwitasik 2,
Bandar Sri Permaisuri,
Cheras, 56000 Kuala Lumpur.

Terima kasih kerana membaca!
Love,
Jaji

You Might Also Like

0 comments