Ais Krim Potong Sketcher

09 September


Sesiapa yang mengenali saya mesti tahu yang saya ni sebenarnya hantu ais krim! :p Hehehe, siapa je yang tak sukakan ais krim kan? Sejenis pencuci mulut yang sejuk, lembut, dan semestinya manis. Benda yang paling sedap dinikmati ketika cuaca panas. Tak kira apa pun bentuk hidangannya, sama ada dalam kon ke, dalam cawan ke, dalam roti ke, semuanya sedap. Seriously, whats not to love about ice creams?!

Enjoying potong ice cream in Penang with my best friend, Nadzirah Afiqah
Kali ni saya nak cerita sikit secara ringkas tentang sejenis ais krim yang dah lama bertapak di hati saya (dan mungkin di hati kebanyakan orang Malaysia juga), iaitu ais krim potong. Kalau anda berjalan-jalan di sekitar kawasan street art Penang, anda akan jumpa ramai peniaga yang menjual ais krim potong, dan salah satunya ialah ais krim potong keluaran Sketcher. 


Haa yang menariknya, ais krim potong Sketcher ni didatangkan dalam lima perisa buah-buahan tempatan! Lima perisa tersebut ialah pisang (banana), cempedak (jackfruit), mangga (mango), kacang merah (red beans), dan semestinya raja buah-buahan tempatan iaitu durian. Ais krim ni diperbuat daripada 100% bahan semula jadi.


Kegemaran saya ialah kacang merah! Sebab ais krim potong kacang merah ni ada isi kacang merah sebenar yang menjadikan rasa ais krim tu lebih wow! Masa saya bawa kawan-kawan dari Rusia datang menjelajah Penang (cerita lanjut boleh baca di sini), salah seorang kawan saya iaitu Rauf sangat teruja makan ais krim potong perisa kacang merah ni. "I never thought they could make ice creams out of red beans!", he said. Hahaha.


Jika di kawasan street art Penang, ais krim potong ni dijual pada harga RM2.00 sebatang. Tapi baru-baru ni saya balik rumah dan nampak sekotak ais krim potong ni dalam peti ais! Papa yang beli rupanya hehe, dan menurut Papa, sekotak ais krim tu (mengandungi 10 batang ais krim) berharga RM18.00 di Tesco. 

*Amboi dah ada sekotak kat rumah, habislah diet Jaji lepas ni hahaha*

Thanks for reading!
Love,
Izazi.

You Might Also Like

0 comments