Bangsawan Pelayaran Panglima Awang

29 September


Pada 23-25 September lepas, bangsawan Pelayaran Panglima Awang telah dipentaskan dengan jayanya di Auditorium DBKL. Ini adalah kali pertama saya menonton pementasan sebuah teater selama tiga hari berturut-turut,dari hari pertama sehingga hari terakhir -- dan saya tak terlibat pun dengan produksi ni. Hehee. Walaupun tak terlibat, saya rasa sangat dekat dengan bangsawan ni kerana dua sebab:

1. Papa saya, Zulkifli Ismail memegang watak Sultan Mahmud Syah
2. Sebahagian daripada tenaga produksi ni adalah ahli Kelab Teater Rimba UKM (saya pernah menjadi ahli kelab ni masa belajar di UKM dulu)

Bersama-sama orang kuat bahagian busana, Amalina
Jadiii walaupun saya tak turut serta, melihat kawan-kawan saya macam Amalina, Mizie Toley, dan Abdin Bidin bertungkus-lumus menjayakan pementasan ni pun dah buat saya bersemangat! Terimbau juga kenangan masa giat berteater kat UKM dulu.


Pelayaran Panglima Awang mengisahkan pengembaraan Panglima Awang yang menjadi tahanan Ferdinand Magellan semasa cuba mendapatkan Pedang Cura Simanjakini dan Keris Taming Sari yang telah dicuri. Jalan cerita dan skrip bangsawan ni ditulis oleh Prof Emeritus Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh. Pada saya, teater ni lengkap dari semua segi. Ada aksi, saspens, nilai sejarah, nilai moral, dan tak kurang juga babak-babak romantik, hehehe.

Babak ketika Kapten Magellan dibunuh
Perkara yang mengagumkan saya tentang bangsawan ni ialah lakonan mantap serta set dan props yang begitu gah! Istana, kapal, garuda, semuanya sangat memberi kesan kepada kami yang menonton. Hampir kesemua watak, yang besar sehingga kecil, semuanya dilakonkan dengan penuh penghayatan. Saya juga sangat kagum dengan babak aksi yang dipersembahkan dalam teater ni, sebab bukan watak lelaki je yang tangkas berlawan, watak perempuan pun sama hebatnya (Tun Gayah dan Tun Nyemah).


Bersama-sama Filzah Azmi (kiri) dan Ain Sufia (kanan)
Oh,satu lagi watak yang mencuri perhatian saya ialah Maria, adik kepada kapten Magellan yang dilakonkan oleh Ain Sufia (kumpulan Awok Maharaja Lawak Mega). Kak Ain bukan saja berbakat dalam melawak, tapi lakonan dan nyanyiannya juga sangat memukau. Suara Kak Ain ala ala puteri-puteri dalam cerita Disney okay! Watak ibu kepada Kapten Magellan yang dilakonkan oleh Filzah Azmi (juga kumpulan Awok) pun tak kurang hebatnya. Antara pelakon lain yang terlibat dalam pementasan ni ialah Dato' Jalaluddin Hassan sebagai Hang Tuah dan Juhara Ayub sebagai Tun Fatimah.


Bersama-sama dua raja: Sultan Mahmud Syah dan King Charles
Inilah dia Panglima Awang! (Yusmar Afeendi)

Haaa dalam sibuk bergambar dengan para pelakon teater, saya berkesempatan juga bergambar dengan Taufiq Hanafi yang turut hadir menonton Pelayaran Panglima Awang! Wohooo. #abu #olabola

Apapun tahniah kepada semua yang terlibat dalam pementasan bangsawan Pelayaran Panglima Awang!


Terima kasih kerana membaca
Love,
Jaji

You Might Also Like

0 comments