Breadstory, Sunway Putra Mall

20 September


Pada suatu pagi yang indah, saya dan rakan-rakan gadis berhajat untuk bersaparan bersama-sama. Jadi kami pun ke pusat membeli-belah kegemaran kami, Sunway Putra Mall. This mall is one of our favourite because its easy to access, not too crowded, and it has everything to shop for. We were looking for a place to have our breakfast when our eyes spotted this bakery. Kedai roti Breadstory ni terletak di tingkat paling bawah.


Saat melangkah masuk je ke dalam kedai ni saya terpesona dengan hiasan dalamannya yang ringkas tapi selesa. Sesuai sangat untuk satu sesi sarapan atau minum kopi, sama ada dengan kawan-kawan atau bersendirian. Bau roti dalam kedai ni je pun dah mampu membangkitkan selera. Menurut pekerja kedai ni yang beragama Islam, kedai ni mempunyai pengesahan halal JAKIM (saya perlu bertanya sebab mereka tak pamerkan apa-apa di dinding).


Harga makanan di sini sangatlah berpatutan. Roti yang kami pilih berharga antara RM2.50 sehingga RM5.00 je setiap satu. Rasa rotinya sangat memuaskan hati!




Tengoklah roti tuna kat atas ni, memang sarat dengan tuna. Walaupun harganya murah, (RM3.50) tapi mereka langsung tak kedekut untuk letak banyak inti tuna. Selain roti, Breadstory turut menyediakan hidangan pencuci mulut seperti kek. Omg look at that chocolate cake!



Masa kami makan di sini, hanya kami je pelanggan dalam kedai ni. Mungkin sebab masih pagi jadi orang masih belum ramai. It feels good to catch up with my girls and have good food at the same time!

Thanks for reading
Love,
Izazi

You Might Also Like

2 comments