Kenapa Masa Berlalu Terlalu Cepat?

03 September


I was just looking at my phone last night when I realised it says "Thursday, 1 September." Oh hi September! Sekejapnya kita dah masuk bulan terakhir dalam suku ketiga tahun 2016. Masa kecil-kecil dulu, saya rasa masa tu sangat lambat berjalan. Dari pagi nak ke tengah hari, dari tengah hari ke petang, dari petang ke malam, sampailah dari malam nak ke pagi semula. Saya tertunggu-tunggu; bilalah aku nak besar agaknya? Hehehe. Sekarang, masa dah besar ni barulah terasa betapa cepatnya masa berlalu. Sebenarnya saya mula rasa yang masa tu berlalu dengan pantas sejak tamat sekolah menengah. Rasa macam baru je lagi saya masih bersekolah, dan sekarang kawan-kawan sekolah dah kahwin dah pun! Haha. Hmm, setelah saya merenung jauh (wahh haha), saya terfikir akan beberapa sebab yang membuatkan saya rasa masa tu berlalu terlalu cepat; dan semakin cepat. 

Saya dan adik kira-kira 19 tahun lepas
1. Terlalu sibuk
Apabila kita terlalu sibuk, masa yang ada diluangkan untuk bekerja/menyiapkan sesuatu tu je, sampai kita tak sedar yang banyak masa dah berlalu sebenarnya. Macam tahun lepas (2015) merupakan tahun yang paling pendek untuk saya, sebab dalam tahun tersebut saya sibuk dengan urusan sebagai pelajar sarjana muda tahun akhir. Pada tahun tersebut juga saya mula bekerja (latihan industri), berkonvokesyen, dan mula menjadi pelajar sarjana pula. Dalam sibuk-sibuk tu, tahu-tahu je dah masuk tahun 2016!


2. Terlalu lapang
Haa, walaupun bertentangan dengan 'terlalu sibuk', terlalu lapang juga boleh membuatkan kita rasa masa tu berlalu dengan pantas. Apabila kita terlalu lapang dan tak ada buat perkara yang signifikan dalam hidup, masa yang berlalu tu seakan-akan tak ada makna. Contohnya macam saya lepas habis SPM dulu, hampir empat bulan bercuti di rumah sementara menunggu nak masuk tingkatan enam. Sepanjang cuti tu saya buat beberapa perkara yang sama je (belajar masak, baca buku cerita, tengok drama, keluar dengan kawan dan sebagainya), sehinggalah dah nak habis cuti tu, saya rasa macam "eh? Dah nak habis dah cuti?!" hahaa. Atau mungkin sebab manusia sebenarnya sangat sukakan cuti sampai kalau dapat cuti setahun dua pun masih tak cukup agaknya. :p Hehehe.

Gambar hiasan: Daripada Snapchat Zakaria Patrum
3. Tiada perubahan besar dalam hidup
Hampir sama dengan 'terlalu lapang', apabila tiada perubahan besar dalam hidup, setiap tahun yang berlalu tu dirasakan sama je. Diri kita masih sama, tiada perubahan, tiada tambah nilai. Berbeza kalau kita luangkan masa untuk buat sesuatu, contohnya berdiet mungkin? Hehe. :p Mesti kita rasa macam "wah akhirnya berjaya juga aku turun 2kg setelah berbulan-bulan diet!" haha. Masa yang kita guna untuk mengusahakan sesuatu tu terasa panjang sebab kita betul-betul guna masa tu untuk buat perkara yang kita sendiri tertunggu-tunggu hasilnya.

Kenangan menyambut hari lahir yang ke-17 di sekolah (sekarang dah 24!)
4. Suka bertangguh
Biasa kan kita dengar "bertangguh itu pencuri masa"? Contoh paling mudah (dan mungkin ramai yang biasa buat :p) adalah  bertangguh untuk menyiapkan tugasan/assignment. "Nantilah." "Sekejap lagilah." Haa tahu tahu je dah kena hantar dan kerja kita masih belum siap! Kalau yang Muslim pula mesti faham perasaan kalau bertangguh solat, tengok tengok je dah nak habis waktu dah. Hehe. Lagi kerap kita bertangguh, lagi cepat masa berlalu, maknanya lagi 'sedikit' masa yang kita ada. 

Sebenarnya tak kisah kalau kita rasa masa tu cepat atau lambat. Masa tetap masa, yang penting kita gunakan masa yang ada sebaiknya. Oh tapi kalau anda rasa satu minit tu sekejap, cuba buat plank (sejenis senaman). Haa lepas tu tengok satu minit tu sekejap ke tak! Hahaha. :p

Time is gold? Nope, gold have prices. I think time is life, because time is priceless. So hello September! Looking forward to improve myself in so many ways this month. Well, I believe every one of us are struggling to improve ourselves everyday right? And we can do this! Even every successful person we know has only 24 hours/day, so whats our excuse?

Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca!
Love,
Izazi

You Might Also Like

0 comments