5 Perkara AJAIB yang Berlaku Apabila Anda Bela Kucing

08 October



Siapa kat sini suka kucing, sila angkat ekor kucing anda! Haha. *sambil angkat ekor kucing* Saya memang tersangatlah sayangkan haiwan gebu berbulu ni (walaupun ada juga jenis yang tak berbulu). Walaupun saya ada alahan dengan bulu kucing (mudah bersin), tapi tu tak menghalang saya untuk terus menyayangi haiwan yang juga merupakan haiwan kesayangan Rasulullah ni. Pada saya, ada beberapa perkara ajaib yang berlaku apabila kita jaga atau bela kucing.

Simba!
Sebenarnya saya dapat idea untuk tulis tentang keajaiban kucing ni sebab saya baru je dapat lepas geram bermain dengan kucing kepunyaan seorang rakan di USM. Selama ni saya memang ada bagi kucing makan kat luar bilik, tapi disebabkan rakan sebilik saya yang baru takutkan kucing, jadi saya perlulah hormat dia dan dah jarang bagi kucing makan. Disebabkan rindu pada sang bulu, saya minta untuk bermain dengan kucing kepunyaan kawan saya tu (Simba), dan saya terus dapat rasakan keajaibannya! Hmm, jom tengok sama ada perkara-perkara ajaib ni turut berlaku pada anda atau tak.



1. Rasa gembira

Tak kisahlah macam mana buruk pun mood kita pada hari tersebut, segalanya seakan terubat dengan kehadiran seekor kucing (atau berekor-ekor kucing lah bagi yang memang bela banyak kucing). Tak perlu buat apa apa, cuma perhatikan telatah kucing tu je pun dah boleh buat kita rasa gembira!

2. Rasa selamat

Mungkin ni cuma perasaan saya je, tapi saya cenderung untuk rasa lebih selamat dengan kehadiran kucing. Sama ada di rumah atau di hostel, setiap kali saya bawa kucing masuk untuk tidur bersama, saya akan rasa lebih selamat, seolah-olah kucing tu menjadi peneman (dan bodyguard?!). Hahaha.

3. Serangga berkurangan

Kalau di rumah, serangga terutamanya lipas memang akan berkurangan dengan hadirnya sang bulu. Mungkin lipas semua menyorok sebab takut kena ngap dengan miau! Haha.


4. Rasa lebih sihat

Kan selalu orang kata, "laughter is the best medicine"? Haa kalau dah tengok telatah kucing, tak sah kalau tak ketawa! Kalau tak percaya, cuba Goole "funny cat videos" dan tengok sama anda anda ketawa atau tak. Hehehe. Tengok gaya miau dalam gambar atas ni tidur pun dah rasa nak ketawa hahaha.


5. Rasa sempurna

Ya, saya rasa lebih sempurna dengan kehadiran miau dalam hidup saya. Tak ada teman lelaki pun takpe, asalkan ada kucing! Eh? Hahaha jk.  Rasanya keluarga yang bela kucing pun mesti akan rasa macam kucing tu bukan sekadar haiwan peliharaan, tapi dah jadi sebahagian daripada pelengkap keluarga.

Saya yakin mesti ramai pencinta kucing turut rasa 'keajaiban' ni kan? Mungkin ada banyak lagi keajaiban yang berlaku, dan hanya orang yang jaga atau bela kucing je yang boleh rasa keajaiban tu. Kalau anda rasa ada lagi perkara mengagumkan yang berlaku dengan hadirnya kucing dalam hidup anda, mohon kongsikan di sini ye!

Terima kasih kerana membaca
Miau,
Jaji.

You Might Also Like

0 comments