Makan Buah Tanpa Perlu Makan Buah dengan KITSUI Belly Loss Fiber

04 October


Manusia normal perlu membuang air besar sekurang-kurangnya sekali sehari. Jika kurang daripada tu, anda mungkin mengalami masalah sembelit. Sejak dari sekolah rendah lagi kita dah didedahkan dengan perlunya serat (fiber) dalam badan supaya dapat melawaskan sistem perkumuhan. Saya ingat lagi, masa sekolah rendah dulu saya suka sangat subjek Sains terutamanya yang berkait dengan kesihatan, siap pernah berangan nak jadi nutritionist lagi! Haha.


Dah besar-besar ni, walaupun saya tak dapat jadi nutritionist, saya tetap mengamalkan gaya hidup sihat serta pemakanan yang seimbang. Buah-buahan merupakan salah satu makanan kegemaran saya. Sesiapa yang pernah baca post-post saya sebelum ni mesti tahu yang saya agak menjaga makan (walaupun kadang-kadang ngap je semua :p). Haa kalau dah jaga makan tu, mestilah buah termasuk dalam sebahagian daripada diet saya kan. Kadang-kadang saya gunakan buah sebagai ganti kepada satu lagi makanan kegemaran saya - ais krim! Hahaha. Bayangkan buah epal sejuk-sejuk, potong kecil-kecil letak dalam mangkuk, lepas tu makan dengan sedikit sos Thousand Island! Huish sedapnyaaa.


Tapi tu lah, kadang-kadang gaya hidup yang sibuk membataskan saya untuk makan buah dengan kuantiti yang cukup setiap hari (bukan alasan k haha). Yelah kalau macam saya ni, duduk pun kat kolej, peti ais pun tak ada untuk simpan buah. Sebab itulah saya perlukan makanan tambahan yang dapat memberikan serat yang cukup, dan buat masa ni pilihan saya ialah KITSUI Belly Loss Fiber yang diperbuat daripada 100% bahan asli (campuran sayur dan buah). Dah hampir setahun juga saya makan fiber ni, dan kesannya sangat memuaskan hati.


KITSUI Belly Loss Fiber hadir dalam satu kotak yang mengandungi 15 sachet. Dos yang dicadangkan untuk pengambilan fiber ni adalah sebanyak 1 paket sekali setiap dua hari selepas makan (untuk detox dan kesihatan badan). Kalau untuk menurunkan berat badan pula, anda disarankan untuk mengambil fiber ni 1 paket sekali setiap hari sebelum makan. Kalau macam saya pula suka ambil setiap kali sebelum tidur, dan pada mulanya saya makan 1 paket sehari, tapi sekarang saya cuma ambil setengah paket je sehari. Setengah paket pun dah cukup untuk saya, jimat pun jimat. Hehee.


Cara makan fiber ni mudah je. Cuma campurkan dengan air kosong atau apa apa jus, kacau sehingga larut, dan minum! Rasanya macam sayur-sayuran dan buah-buahan yang telah dikisar. Tak ada lah sedap sangat, tapi tak ada lah pelik sangat juga haha. Saya suka ambil sebelum tidur sebab bila bangun je esoknya tu, terus dah rasa nak pergi tandas.

Pengalaman saya makan fiber ni, hmm agak banyak melibatkan tandas hahaha. Sebab fiber ni melawas dan mencuci perut, jadi segala kekotoran tu haruslah keluar di saluran yang betul kan hehehe. Kalau anda pertama kali nak cuba fiber ni, haa kena bersedialah untuk kerap ke tandas. Tapi hasilnya badan akan terasa lebih sihat. Macam saya dulu, lepas seminggu makan fiber ni je dah rasa perut kempis sikit dan badan pun rasa ringan je.

Kitsui Belly Loss Fiber boleh didapatkan di Watsons pada harga RM38.80. Oh ya, kalau anda makan fiber ni, jangan lupa untuk minum banyak air kosong juga untuk kesan yang lebih baik ya!


Terima kasih kerana membaca
Love,
Jaji

You Might Also Like

0 comments