The Table, Penang

03 October


Sebenarnya saya terjumpa kafe ni secara tak sengaja sewaktu berjalan-jalan di sekitar Georgetown baru-baru ni. Masa jalan-jalan tu sebenarnya saya sedang mencari kedai makan lain, tapi dah alang-alang ternampak kedai ni, maka saya pun memutuskan untuk cuba makan kat sini pula. The Table ni terletak di Lebuh Carnarvon, Georgetown. Dari luar lagi kafe ni dah menarik perhatian dengan dekorasi dalamannya yang unik.





Ruang dalaman The Table agak sempit, tapi terbahagi kepada dua tingkat. Masa kami makan kat sini, ruang di bawah dah penuh jadi kami makan di atas. Boleh nampak menara KOMTAR dari tingkap kafe ni tau. Terasa sungguh 'Penang'! Hehe. Kafe ni boleh dikatakan hipster juga sebab ada menghidangkan pelbagai jenis kopi serta makanan barat (ni definisi kafe hipster pada saya lah hehee).



Ada pelbagai hidangan disediakan di sini, antaranya spaghetti (RM17.00 - RM 20.00), fish and chips (RM16.00), dan aneka snek macam nugget dan meatball (RM6.50 - RM13.50). Disebabkan ini kali pertama saya cuba makan kat sini, jadi saya terus bertanya pada abang baju merah yang jaga kaunter tu tentang hidangan popular mereka. Abang tu mencadangkan Signature Burger Big Daddy yang berharga RM15.00.


Big Daddy - RM15.00

Haa nampak menarik kan? Look at that burger patty, so thick and juicy! Kepada peminat burger daging, anda memang patut cuba sendiri Big Daddy ni. Memang terasa betul aroma dagingnya. Burger ni dihidangkan dengan kentang goreng. Kentang goreng dia pun sedap okay, rangup di luar dan lembut di dalam. Oh ya, satu perkara tentang burger ni ialah: saiz hidangannya terlalu banyak untuk saya! Haha. Saya terpaksa berkongsi dengan kawan pula sebab tak mampu nak habiskan sendiri. Nasib baik kawan saya tu pun cuma pesan set nugget ayam je, jadi dia mampulah juga tolong saya habiskan burger tu haha.

Nugget with Fries - RM10.50
Untuk minuman pula, saya pesan minuman kegemaran saya sepanjang masa; iced chocolate! Air ni pun saya kongsi dengan kawan juga sebab gelas dia agak besar dan saya tak mampu nak habiskan. Iced chocolate pada saya haruslah mempunyai rasa coklat yang pekat dan tak terlalu manis gula atau manis susu semata-mata; dan yay, iced chocolate kat sini menepati cita rasa saya! Serius, memang berbaloi makan kat sini.

Classic Iced Chocolate - RM10.00

Dari segi servis, kami terpaksa menunggu kira-kira setengah jam untuk makanan sampai. Mungkin sebab orang agak ramai masa tu dan mereka kekurangan pekerja. Abang yang hantar makanan kami pun siap kata "sorry lambat, saya seorang kat bawah tadi". Tapi takpe, penat menunggu dah terbalas dengan kesedapan makanan tu hehehe.


Haa inilah dia tuan punya kedai (baju biru)! Haha sempat pula bergambar sebelum kami meninggalkan kafe tu. Kepada yang berminat nak makan kat sini, berikut ialah butiran tentang The Table:

Alamat: No. 27, Carnarvon Street, Georgetown, Penang.
Waktu Operasi: 6 petang - 12.30 malam. Tutup pada setiap Khamis.
Nombor telefon: 012-385 3892 

Terima kasih kerana membaca!
Love,
Jaji

You Might Also Like

0 comments